Utama Info NASI LEMAK EATSY YANG WAJIB ANDA CUBA!

NASI LEMAK EATSY YANG WAJIB ANDA CUBA!

Agak-agak menu tradisional apa yang sangat sinonim dengan rakyat Malaysia? Tiap pagi mesti kita kena pekena dia dulu, baru lengkap hari kita. Semestinya, nasi lemak yang sangat digemari oleh ramai orang. Bukan ‘Malaysian’ je yang minat tapi ‘foreigner’ pon suka!

Namun, ada ‘port’ baru nasi lemak yang sedap dan ‘underrated’ yang anda semua tak tahu. Mereka turut tawarkan 8 jenis nasi lemak tau!

Untuk pengetahuan semua, Nasi Lemak Eatsy ni antara yang terbaik dan paling padu! Saing-saing nasi lemak famous yang lain tau.

Teruskan membaca artikel ini kerana kami akan kongsikan kepada anda menu menarik Nasi Lemak Eatsy serta lokasi yang anda boleh kunjungi!

8 Jenis Menu Nasi Lemak Eatsy

Jom, kita tengok menu Nasi Lemak yang Eatsy tawarkan pula:

1. NASI LEMAK STANDARD

Nasi Lemak Standard @ Nasi Lemak Biasa adalah nasi lemak original yang selalu kita makan dimana-mana gerai atau restoran.

Nasi Lemak ini dibekalkan nasi, sambal, timun, kacang dan ikan bilis yang pasti dapat menambat selera anda.

Ditambah pula dimakan untuk sarapan, pasti anda akan bekerja dalam keadaan kekenyangan sampai tengahari!

 2. NASI LEMAK SPICE CHIC

Nama sahaja Nasi Lemak Spice Chic tapi sebenarnya ia adalah nasi lemak berlaukkan ayam berempah.

Ayam yang telah diperap dengan rempah istimewa dari chef Eatsy.

Gabungan yang amat mantap antara nasi lemak dan ayam berempah!

3. NASI LEMAK BUTTER CHICKEN

Selain itu, menu Eatsy nasi lemak yang paling digemari oleh ramai pelanggan ialah Nasi Lemak Butter Chicken.

Butter chicken yang berkrim dan berlemak pasti menjadikan anda ingin tambah berkali-kali!

4. NASI LEMAK GOLDEN EGG CHICKEN

Jika anda pencinta salted egg, anda mestilah mencuba Nasi Lemak Golden Egg Chicken daripada Eatsy.  

Digabungkan pula dengan sambal nasi lemak yang manis dan pedas. Cukup enak sekiranya dinikmati ketika panas.

Paling recommend kalau korang nak makan!

5. NASI LEMAK SESUCI LEBARAN

Kalau kita sebut lebaran mesti tak asing lagi dengan rendang kan. Nasi lemak kali ini ialah Nasi Lemak Sesuci Lebaran iaitu nasi lemak ayam rendang.

Usah risau, Nasi Lemak Sesuci Lebaran ni bukan ayam crispy tau. Memang resepi asli ayam rendang turun temurun. Memang padu la kalau makan!

6. NASI LEMAK MERECIKS CHICKEN

Menu baru yang Eatsy perkenalkan kepada kita semua, Nasi Lemak Mereciks Chicken! Apa yang mereciks sangat ni?

Nasi Lemak Mereciks Chicken adalah nasi lemak ayam percik! Percik = mereciks!

Pelik kan ayam percik dengan nasi lemak? Tak pelik, tapi unik!

7. NASI LEMAK K-DRUMMET

‘K-Drummet ke K-Drama?’

Mestilah K-Drummet! Ayam drummet Eatsy paling special tau sebab ada sos dia yang tersendiri.

Bila ayam drummet tu dicicah dengan sos, rasa dia memang mengancam! Tambah pula dimakan dengan nasi lemak. Pehh!! Memang menggiurkan!

‘Bagaimana agaknya rasa sos K-Drummet ni ya?’ Korang kena la cuba sendiri!

8. NASI LEMAK BLACK PEPPER CHICKEN

Nasi Lemak Black Pepper adalah menu terakhir yang ada dalam menu Eatsy.

Nasi lemak yang mengandungi ‘chicken popcorn’ dicampur pula dengan sos lada hitam, memang tidak disangkal lagi keenakannya.

Harga pon sangat berpatutan tau!

Eatsy menawarkan pilihan menu Nasi Lemak menggunakan bahan masakan yang segar dan penyediaan makanan yang berkualiti.

Bukan sahaja harga yang berpatutan malah portion setiap menu juga banyak, sememangnya menjanjikan kekenyangan.

Anda semua pasti tertanya-tanya lokasi Eatsy ni dimana kan?

Nama: EATSY

Lokasi: Shah Alam, Setia Alam, TTDI dan Bangsar

Waktu Operasi: 8.30am hingga 5pm

Rasai segera kesedapan Nasi Lemak Eatsy dan dapatkannya melalui GrabFood, FoodPanda, ShopeeFood dan EasyEats. Lebih mudah dan cepat untuk anda.

Anda juga boleh ‘pickup’ di mana-mana cawangan Restoran Temerloh Catering berdekatan anda.

Selamat mencuba!

Exit mobile version