Pokok bunga hiasan luar rumah
Advertisement

Pokok bunga hiasan luar rumah adalah pilihan yang paling bijak seandainya anda sedang mencari cara untuk menaikkan seri rumah lebih-lebih lagi sekiranya anda mempunyai ‘tangan sejuk’.

Selain dapat menaikkan seri rumah, tumbuhan juga dapat membersihkan udara dan persekitaraan akan tampak lebih tenang. 

Manfaat tambahan lain adalah dapat mengeluarkan peluh ketika menjaga tanaman.

Dalam membuat pemilihan pokok bunga yang anda suka, elemen penting yang perlu diambil kira adalah keperluan fisiologi tanaman iaitu jumlah cahaya matahari, kelembapan yang diperlukan dan tempat teduh. 

Sekiranya perkara ini sudah diberi perhatian terlebih dahulu penjagaan tanaman menjadi lebih mudah dan hasil akan lebih memuaskan.

7 Pokok Bunga Hiasan Luar Rumah

Seperti yang kami tekankan di atas, keperluan fisiologi tanaman perlu menjadi faktor utama dalam memilih pokok hiasan rumah. 

Sudah tentu anda berasa gusar kerana tidak pernah tahu jenis pokok dan keperluan fisiologi mereka. 

Jangan risau kerana kami akan bantu anda dengan menyenaraikan 7 pokok hiasan luar rumah.

  • Bunga Kertas
Pokok Bunga Hiasan Luar Rumah

Disebabkan bunganya yang nipis dan seperti kertas, pokok ini dinamakan Pokok Bunga Kertas. 

Bunga ini terdiri dari pelbagai pilihan warna dan lebih menarik ianya kembang sepanjang tahun. 

Penjagaan yang mudah dan jangka hayat yang lama menjadikan pokok bunga ini pilihan utama hiasan luar rumah buat kebanyakan orang.

  • Bunga Siantan
Pokok Bunga Hiasan Luar Rumah

Pokok bunga ini biasanya dikenali sejak kecil lagi, ia sering menjadi mainan kanak-kanak kerana bunganya apabila dicantum boleh menjadi rantai, gelang mahupun cincin! 

Terdapat nama lain untuk bunga ini iaitu pecah periuk, jarum-jarum, jejarum, seganding atau seganding jantan. 

Spesies tumbuhan ini lebih gemar di tanah berasid. Ia amat sesuai dijadikan bonsai dan sering kali ditanam di taman-taman serta berfungsi sebagai tanaman pagar.

  • Bunga Raya
Pokok Bunga Hiasan Luar Rumah

Bunga raya merupakan bunga kebangsaan negara kita dan mempunyai warna seperti merah, jingga, biru, ungu kuning dan merah jambu. Nama saintifiknya hibiscus rosa-sisensis. 

Ia merupakan sebuah tanaman hiasan yang mudah membiak. Tanaman hiasan ini amat sesuai ditanam di negara yang beriklim panas dan lembap sepanjang tahun. 

HOT  Tips untuk Ibu Bapa dan Pendidik Menggabungkan Kepelbagaian Dalam Bercerita

Teknik yang sering digunakan untuk menanam bunga raya adalah keratan batang. 

  • Pokok Kaktus
Pokok Bunga Hiasan Luar Rumah

Pokok kaktus antara pokok yang paling senang dari segi penjagaan ini kerana ia tidak perlu disiram tiap hari dan boleh tahan di bawah pancaran matahari secara berterusan. 

Terdapat 1,750 jenis kaktus yang berbeza bentuk dan warna, anda hanya tinggal memilih mengikut selera dan citarasa.

  • Lidah Buaya

Bukan sahaja terkenal sebagai sebuah tanaman hiasan, malah  pokok ini juga masyhur dengan kebaikkannya yang pelbagai. 

Antaranya, menjadi makanan dan minuman, sebagai sapuan seperti gel, losyen atau minyak.

Tanaman ini memerlukan pencahayaan matahari dan siraman yang cukup namun tidak boleh terlebih kerana akan menyebabkan daunnya kekeringan atau kelihatan seperti terbakar.

  • Lidah Jin

Dengan daun yang berstruktur silinder dan tajam di hujungnya, pokok lidah jin adalah sebuah tanaman hiasan yang unik. 

Ia tidak memerlukan jagaan rapi dan boleh dibiarkan buat jangka masa yang agak lama. 

Penyiraman air yang minima sudah memadai dan diletakkan di tempat yang mempunyai cahaya matahari yang cukup dan tempat teduh.

Namun, peralihan dari tempat teduh ke tempat di bawah sinar matahari perlu dilakukan secara berperingkat untuk mengekalkan serinya.

  • Pandan

Pandan merupakan antara bahan yang wajib dalam masakan melayu. Dengan aromanya yang segar dan sifatnya yang pelbagai guna merupakan racun serangga semula jadi. 

Maka, menjadi pilihan kebanyakan orang sebagai tanaman hiasan. 

Bak kata pepatah sambil menyelam minum air, sambil kita menaikkan seri rumah dengan pokok pandan kita juga dapat berjimat kerana tidak perlu meletakkannya dalam senarai bahan yang perlu dibeli. 

Cara Menjaga Pokok Bunga Hiasan Luar Rumah

Setelah mengetahui pilihan pokok hiasan luar rumah, kini kami kongsikan kepada anda tips agar pokok anda kekal segar dan memainkan peranan mereka sebagai penyeri rumah.

  1. Pastikan anda telah membuat kajian untuk setiap pokok berkenaan penjagaan air
HOT  Pembekal Beg Umrah dan Haji Malaysia

Persoalan seperti berapa kekerapan menyiram dalam seminggu dan jumlah sukatan setiap siraman adalah sangat penting dan perlu dijawab terlebih dahulu.

  1. Kadar matahari yang sesuai perlu diberi perhatian. Ini kerana, sesetengah pokok akan kehilangan seri mereka apabila terdedah kepada cahaya matahari terlalu kerap sebagai contoh pokok Lidah Jin. 

Jalur kuning keemasan pada pokok Lidah Jin akan bertukar menjadi putih apabila terdedah dibawah matahari yang melampau.

  1. Sesetengah pokok walaupun kelihatan kecil, mempunyai akar yang serabut dan banyak. 

Untuk memastikan pokok dapat membesar dengan baik dan tidak terbantut, pemilihan pasu yang sesuai  adalah sangat penting.

  1. Baja yang berkualiti juga memainkan peranan besar dalam penjagaan tanaman hiasan luar rumah. 

Pilihan yang tepat akan membuatkan tanaman anda tampak segar dan berseri. Untuk itu, kami mengesyorkan baja PowerGRO yang sangat sesuai untuk pemula dalam tanaman hiasan.

Kesimpulannya, dalam memilih pokok bunga hiasan luar rumah, terdapat beberapa faktor yang perlu diambil kira seperti yang dinyatakan di atas. 

Tanaman yang kami senaraikan antara yang paling mudah untuk dijaga selain ciri mereka yang menawan. 

Dalam memastikan tanaman anda kekal segar, sangat penting untuk memastikan ia dijaga rapi dari segi siraman, cahaya matahari, gubahan dan pilihan baja. 

Jika anda sedang mencari baja pokok yang berkualiti dan dihasilkan secara organik, anda boleh cuba baja PowerGRO!

Pokok Bunga Hiasan Luar Rumah

Baja ini merupakan keluaran bumiputera yang berkualiti tinggi, bebas daripada campuran bahan-bahan kimia, dan juga sesuai untuk digunakan pada tanaman pokok bunga.  

Berikut merupakan details bagi produk PowerGRO: 

  • Tiada campuran kimia
  • Membaiki struktur tanah 
  • Tidak terkandung sisa haiwan 
  • Hanya mengandungi 100% bahan organik 

Bagi penanaman pokok bunga, anda hanya perlu meletakkan baja ini sebanyak 2 kali dalam satu bulan sahaja. 

HOT  5 Klinik Pakar Kulit Terbaik di Malaysia (UPDATE 2023)

Hanya dengan 3ml baja PowerGRO dan dicampur dengan 1 liter air, pokok bunga hiasan anda akan menerima nutrisi yang mencukupi dan tumbuh secara sihat. 

Kebaikan baja ini pula adalah seperti berikut: 

  • Membaiki komposisi tanah 
  • Menggalakkan pertumbuhan tunas dan akar yang lebih sihat 
  • Mengelakkan tanaman anda dari terkena serangan penyakit 

Jadi, tunggu apa lagi? 

Dapatkan Baja PowerGRO Sekarang Juga!