Ingin membuat semakan MyASNB anda?

Kini semuanya mudah dengan menggunakan portal MyASNB Online.

Amanah Saham Bumiputra atau lebih dikenali sebagai ASB adalah jenis pelaburan yang ramai diceburi oleh rakyat Malaysia. Namun, masih ramai lagi yang tidak mengetahui apa itu ASB dan kelebihannya. 

Artikel kali ini ingin memberitakan tentang cara bagaimana anda hendak memulakan pelaburan ASB.

Anda juga akan mengetahui cara-cara untuk menyemak semua baki pelaburan dengan menggunakan MyASNB portal.

Apa Itu ASB?

asb

Amanah Saham Bumiputera (ASB) merupakan dana unit amanah khas untuk Bumiputera Malaysia.

Ia diuruskan oleh Amanah Saham Nasional Berhad atau lebih dikenali sebagai ASNB.

Kini pihak ASNB telah melancarkan satu kaedah yang mudah untuk semua pelanggannya iaitu MyASNB online.

Semakan boleh digunakan melalui dua cara:

– melalui laman web

– aplikasi di dalam telefon bimbit.

Walaubagaimanapun, pengguna harus mendaftar melalui laman web sahaja. Setelah pendaftaran, pengguna boleh terus mendapatkan akses ASNB login.

Cara Daftar ASB Online

Bagi penyimpan dan pelabur ASB, hujung tahun adalah masa yang ditunggu-tunggu untuk “menuai” hasil pelaburan.

Bila masuk tahun baru, ramailah yang akan beratur untuk melihat penyata kewangan masing-masing di kaunter ASB, bank-bank, kiosk ASB dan pejabat pos.

Sebenarnya, terdapat cara yang lebih mudah untuk semak akaun ASB online pada bila-bila masa. Dengan MyASNB anda boleh:

i) menyemak baki terkini

ii) membuat pelaburan tambahan

iii) melihat penyata tahunan

Tapi sebelum anda membuat mana-mana aktiviti di atas, anda perlu mendaftar sebagai pengguna MyASNB.

Berikut adalah 4 langkah mudah untuk mendaftar ASNB online:

asb online

1. Kemaskini Nombor Telefon

Dapatkan nombor akaun 12 digit dan pastikan nombor telefon bimbit adalah aktif dan yang terkini untuk mendapat kod TAC.

2. Layari Laman Web MyASNB

www.myasnb.com.my

Pergi terus ke laman web rasmi MyASNB, https://www.myasnb.com.my/ dan klik pada bahagian “daftar di sini”. Baca terma dan syarat dan klik setuju jika anda sudah berpuas hati.

3. Isi Maklumat Anda

myasnb online

Lengkapkan proses pendaftaran dengan mengisi semua maklumat yang diperlukan.

4. Pengesahan

Setelah mengisi maklumat, semak nombor  telefon yang tertera dan klik “permintaan TAC”.

Kod TAC akan dihantar ke telefon bimbit anda dan masukkan nombor tersebut untuk proses seterusnya.

5. Daftar Akaun

Setelah selesai mengisi dan mengesahkan maklumat, anda perlu buat satu username dan password yang baru.

Anda akan mendapat satu password sementara sebelum membuat password yang kekal.

Cara Semak Akaun ASB Online

Anda boleh menyemak akaun ASB anda pada bila-bila masa sahaja dan di mana sahaja.

Mudah dan tidak perlu beratur panjang di bank.

Dengan adanya ASNB portal ini, anda boleh mengemaskini penyata dan menambah jumlah unit saham anda.

Mari kita lihat langkah demi langkah untuk menyemak akaun ASB melalui ASNB online.

1. LOGIN

asnb login

Mula-mula, pergi ke laman web https://www.myasnb.com.my/ dan cari bahagian “Log Masuk”. Klik di situ.

2. MASUKKAN ID

Selepas itu, masukkan username atau ID yang telah didaftarkan tadi.

Bagi yang telah lama daftar dan terlupa, di bawah itu ada pilihan “Lupa ID pengguna”. Klik di situ jika terlupa kata laluan dan anda akan menerima ID yang baru.

3. MASUKKAN KATA LALUAN SEMENTARA

Selepas selesai mendaftar sebelum ini, anda diberikan password sementara. Masukkan password sementara di bahagian yang tertera.

Kemudian taipkan frasa keselamatan dengan betul. Periksa betul-betul supaya tidak tersilap memasukkan password.

4. KEMASKINI PASSWORD BARU

Sekarang, tukar password sementara yang diberi oleh MyASNB tadi dengan password baru pilihan anda.

Sebagai eringatan, lagi panjang password itu, lagi bagus. Pastikan anda boleh ingat password baru ini.

Password yang dipilih itu perlu mengandungi huruf kecil dan nombor.

5. SEMAK BAKI DAN PENYATA

myasnb online

Baiklah, bila sudah selesai password tadi, anda bolehlah menyemak baki dan mengemaskini butiran peribadi anda.

Anda juga boleh menambah pelaburan ASB anda. Mudah!

Hanya paut pada akaun bank online dan bank transfer yang anda nyatakan untuk disimpan di ASB.

Jika anda mendaftarkan akaun ASB anak di atas nama anda, anda juga boleh menyemak dan buat urusniaga dalam akaun yang sama.

Cara Semak dan Membuat Pelaburan ASB Melalui Maybank2u

Mungkin ramai pengguna ASB tidak menyedari kewujudan Maybank2u untuk ASB.

Pemindahan duit ke akaun ASB kini boleh dibuat melalui Maybank2U.

Dengan cara ini, ia menjimatkan masa anda serta memudahkan simpanan secara konsisten pada setiap bulan untuk jangka masa panjang.

Di bawah ini terdapat langkah demi langkah untuk membuat semakan.

Rujuk pada setiap gambar yang disertakan. Pastikan anda sudah ada nombor ahli dan buku ASB.

1. Login ke maybank2u

2. Pilih ruangan “investment”

maybank2u asnb

3. Pilih “ASNB unit trust”

asnb unit trust

4. Pilih “ASNB payment”. Pastikan akaun ASB yang didaftarkan berstatus “active”.

C:\Users\AIMAN\Desktop\asb-2_400x250.jpg

5.Ppilih akaun pemegang unit ASB (ada nama pengguna sekali) dan klik “continue”

6. Baca dan fahami akaun pengesahan. Klik kotak akaun pada “decelaration” dan klik “continue”

7. Isi amaun pelaburan (minimum RM10) dan klik “continue”

asnb online

8. Transaksi Berjaya. Anda dah tidak perlu bersusah payah masukkan duit simpanan akaun ASB di kaunter bank. Kini, segalanya di hujung jari sahaja.

Cara Semak Akaun ASNB Melalui Maybank2u

1. Log masuk ke maybank2u.

2. Tekan menu diatas dan cari pilihan Wealth.

3. Akaun ASNB akan tertera dan tekan view unutk paparan baki akaun.

4. baki akaun dipaparkan dan tekan untuk lihat 5 transaksi akhir akaun anda.

5. Pastikan anda memuat turun kemaskini aplikasi Maybank2u yang terkini di Google Playstore atau apple Store.

C:\Users\AIMAN\Desktop\49769264_286836888686090_4107944169161359360_n-side-1024x501_400x250.png

Diharapkan panduan ini dapat membantu anda membuat semakan ASB dan MyASNB online dengan mudah.


Tahukah anda, WELTRADE adalah salah satu secure broker forex untuk anda memulakan perdagangan?

Mereka juga memberikan khidmat pelaburan serta perkhidmatan “copy trade” untuk anda dengan mudah.

Apa yang anda perlu lakukan adalah mulakan pendaftaran dan melakukan khidmat pelaburan serta “copy trade”.

C:\Users\AIMAN\Desktop\wt90x90_400x250.png

Kelebihan menggunakan perkhidmatan Weltrade:

  • Broker STP yang cemerlang berurusniaga
  • Spread yang rendah dan tiada sebut harga semula
  • 77 instrumen perdagangan
  • Leverage sehingga 1:1000
  • Pelaksanaan perdagangan segera dari 0.5 saat
  • Platform perdagangan terbaik di dunia

Weltrade adalah sekumpulan 65 profesional dengan pengalaman antarabangsa yang meluas dalam bidang kewangan dan teknologi internet.

Mereka menyediakan perkhidmatan berkualiti tinggi 24 jam kepada pedagang dan pendekatan secara individu untuk setiap pelanggan.

Kenapa anda perlu menggunakan perkhidmatan Weltrade?

  • 12 tahun dalam Pasaran Forex
  • Broker berlesen yang dikawal selia
  • 100 000 pedagang dari 18 buah negara
  • Anugerah kewangan berprestij
  • Sokongan penuh pelanggan 24/7
  • Pembayaran dalam masa 30 minit