upu online

Ini merupakan panduan lengkap untuk anda isi Borang UPU online.

Jangan tangguhkan lagi, masa depan anda bermula sekarang. Mudah sahaja nak isi borang UPU secara online, di sini ada panduannya.

Mari mulakan.

Beli Nombor PIN Dahulu Di BSN

upu online

Untuk mengakses borang permohonan online, anda perlu ada nombor PIN yang boleh dibeli di Bank Simpanan Nasional (BSN).

Dua cara mudah untuk membeli nombor PIN adalah dengan melalui ATM BSN GIRO dan ke kaunter, perbankan SMS.

  • Jangan dedahkan nombor PIN anda kerana maklumat ini adalah SULIT.
  • Tarikh belian nombor PIN boleh disemak di laman web BSN
  • Jualan nombor unik ID ditutup sehari awal daripada tarkh tutup permohonan UPU
  • Nombor unik ID ini berharga RM15.60 (Tiada GST untuk permohonan UPU online)
  • Jualan nombor unik ID ditutup sehari awal daripada tarkh tutup permohonan UPU
  • Nombor unik ID ini berharga RM15.60 (Tiada GST untuk permohonan UPU online)

Siapa Yang Perlu Beli Nombor PIN UPU?

  1. Program Lepasan SPM/setaraf
  2. Program Lepasan STPM/setaraf
  3. Sarjana Muda Politeknik
  4. Pensijilan Kemahiran Malaysia

Cara Beli Nombor Unik UPU

1. Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN)

  • Pergi ke mana-mana cawangan BSN dengan kad pengenalan/My Kad dan wang untuk membuat pembayaran.
  • Sediakan juga salinan kad pengenalan/My Kad semasa pembelian

2. ATM

Pembelian juga boleh dibuat melalui mesin ATM dengan menggunakan Matriks BSN Matrix, i Kad Giro.

Kalau anda tidak dan kad BSN berikut, anda boleh meminjam daripada kenalan.

Cara untuk mmbuat pembelian di ATM adalah dengan;

  • Masukkan kad ATM dan nombor pin
  • Pilih “Beli Pin’
  • Pilih Jenis Permohonan: “IPTA’. Contohnya “SPM” atau SPTM”
  • Isikan nombor kad pengenalan/My Kad pemohon
  • Semak Maklumat
  • Klik pada “SETUJU” untuk meneruskan atau “BATAL”  untuk membatalkan urusan.  Resit akan dicetak. Simpan untuk rujukan masa depan.
HOT  5 Things You Need to Know About FinTech in Malaysia

3. Beli melalui perbankan SMS

Untuk pembelian ini anda perlu mendaftar perbankan SMS. aftardi Kaunter, CDM (Cash Deposit Machine), atau ATM.

Untuk cara ini, anda perlu mempunyai akaun BSN dan kad ATM BSN.

Berikut adalah cara-caranya:

  • Masukkan Kad MATRIX BSN dan Pilih Bahasa
  • Masukkan nombor pin dan pilih “Urusan Lain”
  • Pilih Perbankan SMS dan Pilih Pendaftaran
  • Masukkan nombor telefon bimbit
  • Urusan telah berjaya dan resit akan dikeluarkan dengan cetakan 4 digit UAC
  • SMS pendafataran berjaya juga akan diterima melaui nombor yang didaftar adi.
  • Selepas mendaftar, anda boleh embeli nombor PIN unik UPU melalui SMS

Taip Taip PIN<jarak>M-PIN<jarak>ORG<jarak>Nombor Kad Pengenalan / My Kad dan k=hantar ke 36898

i. Contoh: PIN 012345 SPM 960101010101

ii. (M-PIN dalah nombor PIN kad Matrix BSN)

Apa Yang Diperlukan Untuk Memohon UPU Online Untuk Lepasan SPM

Mengikut laman web UPU, lepasan SPM yang ingin membuat permohonan UPU online perlu;

  1.  Daftar sebelum login
  2.  Perlu memiliki Unik ID
  3.  Pilihan program pengajian selepas 5 hari keputusan SPM dihebahkan
  4.  Padanan keputusan peperiksaan SPM
  5.  Tarikh tutup permohonan pada 17.04.2020**

**Untuk lepasan SPM Sesi Akademik 2020/2021

Apa Yang Diperlukan Untuk Memohon UPU Online Untuk Lepasan STPM

upu online

Untuk lepasan STPM pula, anda perlu;

  1. Daftar sebelum login
  2. Perlu memiliki Unik ID
  3. Pilihan program pengajian selepas 5 hari keputusan STPM dihebahkan (Bagi Kategori STPM/Asasi/Matrikulasi/STAM)
  4. Padanan keputusan peperiksaan  (Bagi Kategori STPM/Asasi/Matrikulasi/STAM)
  5. Perlu memiliki MUET
  6. Tarikh tutup permohonan pada 17.4.2020**

**Lepasan STPM/Setaraf Sesi Akademik 2020/2021

Cara Memohon UPU Online

Bagi permohonan daftar kali pertama, anda perlu mengakses UPU online dan masukkan 6 info berikut;

  • No Kad Pengenalan
  • Alamat E-mel
  • Nama Ibu
  • Soalan Keselamatan
  • Kata Laluan (pastikan kata laluan senang diingati)
  • Pengesahan kata laluan
HOT  KlikBCA Individual : Panduan Registrasi dan Transaksi Online.

Selesai dengan itu, anda perlu isikan maklumat ini juga untuk memohon buat kali pertama;

  • No. Kad Pengenalan/MyKAD Semasa Pendaftaran Peperiksaan
  • No. Unik ID (beli nombor pin di BSN mengikut kategori masing : SPM/Setaraf, STPM/Setaraf)
  • Jenis Permohonan
  • Program Pengajian (buat pilihan mengikut susunan)
  • Kategori (pilih kategori mengikut kelulusan, rujuk kategori dibawah)

KATEGORI SPM

KATEGORI STPM/SETARAF

upu online
upu online
upu online

Perbandingan Mengikut Lepasan

PERKARALEPASAN SPMSTPM/MATRIKULASI/
ASASI/STAM
DIPLOMA/ SETARAF
Pendaftaran UPU OnlineWajibWajibWajib
Pembelian Unik IDRM 15.60RM 15.60RM 15.60
Pengisian Maklumat PeribadiWajibWajibWajib
Pengisian Maklumat KeluargaWajibWajibWajib
Pengisian Keputusan Maklumat SPMTidak perluWajibWajib
Pengisian Keputusan Maklumat STPM/MATRIKULASI/STAMTidak perluTidak perluWajib
Memuat naik salinan dokumen berkaitan    ✖    ✖    ✔
Kemaskini lebih dari sekali  ✔  ✔  ✔
Penukaran Kategori lepasan setaraf    ✖    ✖    ✔
Bilangan minimum pilihan program pengajian6 Pilihan6 Pilihan6 Pilihan
Bilangan maksimum pilihan program pengajian12 Pilihan12 Pilihan8 Pilihan
Pilihan program pengajianSelepas 5 Hari Keputusan SPM dihebahkanSelepas 5 Hari Keputusan STPM dihebahkanSelepas 5 Hari Keputusan STPM dihebahkan
Penukaran program yang ditawarkan    ✖    ✖    ✖
Mencetak permohonan UPU Online    ✔    ✔    ✔

**Sumber: UPU Online

Perlukah Maklumat Lebih Lengkap?

Untuk maklumat yang lebih lengkap anda boleh sentiasa ke laman web rasmi UPU di sini. Anda digalakkan untuk menyemak tarikh, dan apa-apa maklumat di situ kerana tarikh akan sentiasa di kemas kini di laman web rasmi.

HOT  Cara-cara Mendaftar, Membuat Permohonan dan Menyemak SPA8i Jawatan Kerajaan

Untuk lepasan SPM/Setaraf, sebaik sahaja keputusan SPM diumum, pilihan program akan dibuka 5 hari selepas keputusan diumukn.

Hanya kursus yang layak dengan kelulusan akademik diperolehi dan hanya program pengajian yang sesuai akan terpapar dalam senarai.

Untuk lepasan STPM/STAM/Matrikulasi/Asasi pula, pendaftaran boleh dibuat kali pertama tetapi pemilihan pengajian dibuka selepas 5 hari keputusan STPM diumumkan.

Seperti SPM, hanya kursus yang layak dengan kelulusan akademik diperolehi dan hanya program pengajian yang sesuai akan terpapar dalam senarai.

Jika program pengajian yang ingin dipohon tidk ada di dalam senarai, itu bermakna kelayakan akademik anda tidak mencukupi untuk memohon program itu.

Semoga berjaya. Kongsikan artikel ini supaya ramai lagi mendapat manfaat.