swimming pool contractor

Swimming pool atau kolam renang memang adalah salah satu binaan yang akan meningkatkan value kediaman anda atau homestay anda. Jika anda ingin membina kolam renang, saya sarankan anda ambil tahu 6 perkara ini sebelum mencari kontraktor untuk membina swimming pool (kolam renang) anda.

1. KONTRAKTOR

Cari kontraktor yang betul-betul arif tentang binaan kolam renang (swimming pool) dan hal berkaitan kolam renang (swimming pool). Banyak isu boleh timbul dengan binaan kolam renang (swimming pool) yang tidak betul, antaranya kolam bocor dan sistem kolam yang salah dan menyebabkan banyak kos tambahan dikemudian hari. Sudah banyak kes kolam bocor dan akhirnya kontraktor lari.

2. SAIZ SWIMMING POOL

Harga sesebuah kolam banyak bergantung kepada saiz kolam renang (swimming pool). Semakin besar kolam, secara kasarnya kolam semakin mahal. Kolam renang (swimming pool) yang besar juga mempunyai isi padu air yang lebih banyak menyebabkan sistem kolam yang perlu digunakan lebih tinggi.

3. SISTEM SALIRAN

Kolam renang kebiasaannya ada 3 jenis sistem saliran. Anda perlu bijak memilih jenis yang sesuai dengan anda.

  • Skimmer box
  • Overflow
  • Infinity pool

Bergantung kepada jenis, budget dan saiz kolam yang anda hendak bina untuk menentukan sistem saliran mana yang anda hendak guna.

4. SISTEM KITARAN

Air kolam secara asasnya ada 3 jenis sistem kitaran. Air keluar dari kolam, air masuk semula ke kolam dan air buang. Bagi melengkapkan sistem ini, anda perlu ada pum air, penapis (filter) dan beberapa aksesori tambahan seperti ball valve dan check valve. Dan yang paling penting, pum kolam renang dan pum air untuk rumah adalah TIDAK SAMA! Saiz paip dan jenis paip yang digunakan untuk kolam renang juga adalah berbeza dengan jenis yang digunakan untuk piping paip air rumah.

5. HARGA BINAAN KOLAM RENANG (Swimming Pool)

Untuk menentukan berapa kos yang anda perlu keluarkan, ianya bergantung kepada 3 perkara besar dan beberapa perkara kecil. Perkara besar tersebut adalah :

  • Saiz kolam.
  • Jenis binaan kolam dan finishing dalam kolam, dan jenis mosaic sekiranya berminat dengan kolam konkrit mosaic.
  • Jenis deck kolam.
  • Aksesori tambahan kolam seperti air terjun, lampu LED dalam air, air pancut, shower, tangga dan sebagainya.

6. MAINTENANCE

Kolam renang sebenarnya mudah jika kolam yang dibina adalah betul dari mula. Perkara penting dalam maintainance kolam renang adalah :

  • Hidupkan pump.
  • Bersihkan dasar kolam dengan pool vacuum.
  • Bersihkan permukaan air kolam dengan leaf rake.
  • Bubuh klorin

Kolam yang dijaga dengan baik biasanya tidak perlu tukar air selalu, malah setahun sekali sudah memadai. Jika air kolam anda cepat kotor atau berlumut, itu menunjukkan kolam anda tidak diselenggara dengan betul dan mungkin cara membina kolam renang (swimming pool) anda adalah salah. Gunakan kontraktor yang boleh bantu anda dalam perkara ini.

Jika anda ingin membina kolam renang. Saya rekemen anda hubungi kontraktor specialist kolam renang ini melalui WhatsApp/Call : 01158515752 (House Pool Builder Enterprise) atau layari facebook mereka di Kontraktor Kolam Renang

Baca : Top 5 Baby Shop Near Me in KL & Selangor