Maybank2u login
Advertisement

Maybank2u login merupakan platform perbankan atas talian yang sangat popular daripada Malayan Banking Berhad (Maybank).

Ia menawarkan pelbagai kemudahan perbankan secara online seperti transaksi pemindahan wang, pemohonan kad credit, pembayaran bil utiliti, semakan penyata akaun dan pelbagai ciri-ciri yang lain.

Setiap hari, terdapat lebih daripada 60 ribu orang melayari laman web Maybank ini bagi menguruskan hal kewangan mereka.

Jadi, bagaimana hendak mendaftar akaun Maybank2u, seterusnya melakukan transaksi perbankan atas talian ini?

1. Daftar No Telefon untuk TAC Code

Untuk mendaftarkan akaun Maybank2u, anda terlebih dahulu perlu mendaftar nombor telefon anda di mesin ATM yang berdekatan dan nombor telefon ini akan digunakan untuk mendapatkan TAC Code yang akan digunakan untuk mengesahkan segala aktiviti/transaksi di dalam akaun anda.

Pergi ke mana-mana cawangan Maybank yang menyediakan mesin ATM. Kemudian masukkan kad debit anda di mesin ATM, pilih bahasa dan masukkan 6 digit no pin kad ATM. Seterusnya pergi ke bahagian Maybank2u/Phone Banking/ATM Sms Alerts

ATM Maybank Phone Alert

Pilih Kemaskini Tel. Bimbit M2U TAC


Masukkan no telefon bimbit yang anda mahu guna untuk Maybank menghantar TAC code.


2. Daftar Akaun Maybank2u Secara Online

Setelah selesai mendaftar nombor telefon, anda boleh melayari laman web Maybank2u di: https://www.maybank2u.com.my dan klik di bahagian Register Now yang terdapat di bahagian menu.


Kemudian anda akan di bawa ke page seterusnya di mana anda perlu memasukkan:

  1. Nombor debit ATM (12 digit)
  2. Nombor pin keselamatan (6 digits)

Seterusnya klik di bahagian I agree with the term and condition dan klik butang Continue.

Apabila selesai, anda akan di bawa ke page seterusnya di mana ada perlu mencipta profile untuk akaun anda. Anda yang perlu anda isi ialah:

Maybank2u Profile

1. Username (e.g ahmad72)
2. Password (e.g #Kunci2281)
3. Confirm Password (e.g #Kunci2281)
4. E-Mail (e.g ahmad@gmail.com)

HOT  Gel Gamat: Pendekatan Semulajadi untuk Penyembuhan Luka

Kemudian klik butang request for TAC dan masukkan TAC code yang di hantar ke smartphone anda dan tekan butang Next.

Seterusnya anda akan di bawa ke page seterusnya di mana anda perlu memilih gambar dan security phase yang akan digunakan untuk tujuan keselamatan ketika anda ingin log masuk ke akaun Maybank2u anda.

Kemudian anda perlu memilih 3 soalan yang di jawab dan perlu di ingati semua soalan dan jawapan yang anda pilih. Ini adalah langkah keselamatan tambahan jika anda terlupa details login akaun anda.


Setelah selesai, tekan butang Done dan kemudian anda akan di bawa ke page seterusnya dan mesej Succesful akan keluar sebagai tanda jika anda telah berjaya mendaftar akaun anda.

3. Login ke akaun Maybank2u

Untuk log masuk ke akaun anda perlu kembali semula ke muka hadapan laman web Maybank2u iaitu di: https://www.maybank2u.com.my

Maybank2u login

Masukkan username akaun anda dan kemudian tekan butang Login dan akan keluar pop up di mana anda perlu sahkan gambar dan security phase yang anda pilih semasa mendaftar akaun anda sebelum ni. Jika username dan gambar serta security phase adalah betul, tekan butang YES dan masukkan password anda.

password

Jika kombinasi username dan password anda betul, anda akan di bawa ke page akaun Maybank2u anda di mana anda boleh melakukan segala aktiviti dan transaksi kewangan seperti menyemak baki akaun, pemindahan wang, menyemak penyata akaun, memohon kad kredit, membayar bil utiliti, membeli barang atas talian dan pelbagai lagi ciri-ciri yang tersedia untuk anda.

Akaun Maybank2u

Baca: SAPS – Login Semakan Ibu Bapa