Bagi mereka yang telah disahkan menghidap Diabetes, mereka terpaksa membuat penyesuaian pada gaya hidup terutamanya pada diet makanan. Ini untuk membantu mengurangkan komplikasi Diabetes serta membantu menstabilkan paras gula di dalam darah.
Berikut adalah beberapa tip penyediaan menu makanan serta rancangan pemakanan untuk pesakit kencing manis.
Makanan Untuk Pesakit Kencing Manis
Corak pemakanan pesakit tidak lagi seperti biasa. Diet untuk pesakit kencing manis juga adalah berbeza daripada orang lain. Secara umumnya, pesakit perlu ‘berpantang’ daripada makanan yang tinggi kandungan gula.
Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia, pesakit kencing manis perlu mengelakkan makanan bergula seperti gula putih, gula tebu, madu, minuman bergas, jem, gula-gula, aiskrim dan susu pekat manis kerana ia akan meningkatkan paras gula darah secara mendadak.
Menu juga perlu diubah. Sekiranya dulu pesakit berselera makan kuih muih tanpa had, kini menu ditukar kepada pilihan beras perang atau beras basmati.
Dulu lauk yang ada minyak mesti boleh dihabiskan, kini lauk hanya dimasak secara stim sahaja.
Saiz juadah juga berubah. Sekiranya dulu pesakit mungkin makan nasi sehingga 1 pinggan penuh, sekarang hanya boleh ambil separuh pinggan sahaja.
Bolehkah Pesakit Kencing Manis Ambil ‘Fast Food’?
Walaupun terdapat pilihan makanan untuk pesakit kencing manis, namun memilih makanan fast food adalah pilihan yang tidak sesuai.
Banyak kajian mendapati makanan segera adalah tidak berkhasiat dan memudaratkan kesihatan dalam jangka panjang. Kandungan gula yang tinggi dalam makanan segera boleh membahayakan kesihatan pesakit kencing manis.
Walaubagaimanapun, menghidap diabetes bukanlah pengakhirannya. Tiada sebab untuk pesakit tidak dapat menikmati hidup dengan bahagia.
Terdapat beberapa cara untuk menyediakan makanan yang sihat dan menyelerakan.
Rancangan Pemakanan Sihat Dan Menyelerakan
Bagi pesakit Diabetes, membuat pilihan makanan yang sihat dan sesuai dengan gaya hidup mereka adalah agak sukar.
Ini kerana mereka kurang maklumat tentang makanan untuk pesakit kencing manis.
Untuk itu, penyediaan pelan pemakanan yang sihat serta menyelerakan dapat membantu pesakit menentukan jenis-jenis makanan yang sesuai dengan tahap diabetes mereka.
Kajian daripada Persatuan Diabetes Amerika pada tahun 2015 mendapati dengan mempelbagaikan corak pemakanan, ia dapat membantu pesakit kencing manis menikmati makanan tanpa stres.
Pesakit tidak perlu lagi risau untuk memilih makanan yang sesuai dan berpadanan dengan tahap kesihatan mereka.
Pesakit perlu menentukan:
- Masa makan – waktu makan anda dalam seharian.
- Berapa banyak makanan diambil – berapa jenis menu makanan.
- Apa makanan yang perlu diambil – makanan yang disyorkan oleh doktor.
- Nutrien makanan – jenis-jenis nutrien yang perlu diambil dalam komponen makanan seimbang.
Setelah ketiga-tiga perkara itu ditentukan, barulah pesakit boleh menyediakan rancangan makanan berdasarkan pilihan makanan di bawah:
A. Makanan Rendah Karbohidrat
Ini adalah pilihan pemakanan yang memilih makanan rendah karbohidrat seperti brokoli, kacang hijau, kale, sayur salad dan makanan protein seperti daging, ayam, ikan, kerang, telur, keju, kacang dan biji, lemak (minyak, mentega, zaitun dan avokado).
Pengambilan sayur-sayuran ini adalah disyorkan dalam portion dua tapak tangan di setiap pengambilan.
Namun begitu, pesakit perlu mengehadkan pengambilan atau mengelakkan makanan karbohidrat kompleks seperti nasi, roti, pasta, mi, dan kekacang.
Pengambilan makanan dari kumpulan ini hendaklah dalam portion satu genggam pada setiap hidangan utama.
B. Pengambilan Lemak Yang Sihat
Pengambilan lemak yang sihat seperti asid lemak omega-3 yang terdapat di dalam minyak zaitun, ikan dan telur amatlah disyorkan.
Ini kerana omega-3 kaya dengan bahan anti-radang yang membantu kesihatan tubuh badan.
Pesakit boleh makan ikan 2 ke 3 kali seminggu dan sekurang-kurangnya 3 biji telur dalam sehari.
Penghidap Diabetes juga perlu berhati-hati dan elakkan pengambilan lemak trans seperti margerin yang memudaratkan.
C. Cara Mediterranean
Corak pemakanan Mediterranean memberikan tumpuan kepada makanan berasaskan tumbuhan seperti sayur-sayuran, buah-buahan, bijirin dan kekacang serta minyak zaitun sebagai sumber utama lemak sihat.
Selain itu, ia boleh ditambah dengan produk tenusu seperti keju dan yogurt.
Banyak kajian mendapati corak pemakanan Mediterranean bermanfaat melindungi daripada penyakit jantung, strok dan beberapa jenis kanser serta membantu menstabilkan paras gula dalam darah.
Variasikan Rancangan Makanan Untuk Menghasilkan Menu Makanan Untuk Pesakit Kencing Manis
Sekiranya pesakit tidak ada idea untuk menu makanan sihat dan menyelerakan, gabungkan jenis makanan dalam setiap rancangan makanan untuk menjadikan satu menu makanan yang lazat.
Perlu diingat bahawa nutrien penting dalam komponen makanan seimbang perlu ada dalam menu makanan tersebut.
Berikut adalah beberapa contoh menu makanan yang boleh disediakan:
- Sandwich telur rebus dengan salad untuk sarapan pagi.
- Nasi putih dan sup ayam untuk menu makan tengahari.
Kesimpulan
Pemilihan makanan untuk pesakit kencing manis memerlukan rancangan yang tersusun untuk membantu pesakit dalam jangka masa panjang.
Sebaiknya dapatkan nasihat doktor yang merawat untuk menu makanan yang tepat.
Terpulang kepada pesakit diabetes untuk menyediakan makanan yang mereka dapat nikmati dan sesuai dengan citarasa mereka.
Bagi anda yang mencari makanan tambahan terbaik untuk mengurangkan paras gula dalam darah, cubalah Kunyit Hitam Plus by Herbarich.
Dapatkan sebotol Kunyit Hitam Plus untuk diri anda atau untuk orang yang tersayang.
Mahu baca lebih lanjut tentang khasiat Phytax?