macaroni cheese
Advertisement

Bulan Syawal tidak akan lengkap tanpa rumah terbuka untuk Hari Raya. Selepas seminggu berhari raya menziarahi keluarga dikampung halaman, kebanyakkan warga kota yang kembali ke rumah masing-masing mengambil kesempatan hujung minggu untuk menganjurkan rumah terbuka. Trend kebanyakkan warga kota yang bekerja untuk “kumpulkan sekaligus” rakan-rakan datang beraya selagi masih tersisa blan Syawal. Rayakan sebulan!

Saya kongsikan bersama resipi mudah mesra rumah terbuka yang sesuai untuk semua memandangkan masing-masing semestinya sudah muak dengan juadah tradisi Hari Raya seperti lemang, lontong, ketupat dan rendang.

Resipi Macaroni Bakar Cheese Leleh

Bahan-Bahan:

  1. Daging kisar – 300g
  2. Meat Ball & Sosej
  3. Prego Bolognese (Perisa cendawan)
  4. Cendawan butang
  5. Bawang Holand-1 biji
  6. Telur – 5 biji
  7. Macaroni
  8. Cheedar Cheese
  9. Mozarela Cheese
  10. Nenas slice dalam tin
  11. Oregano, lada hitam, garam.

Cara-Cara

  1. Cincang bawang holand dan tumis bersama daging kisar, meat ball dan hirisan sosej sehingga bahan tersebut masak. Masukkan Prego Bolognese sebanyak 4 atau lima sudu besar. Masukkan cendawan butang yang telah dihiris halus. Masukkan bahan perasa (Oregano, lada hitam dan garam). Biarkan kuah ini mendidih sebentar dan siap!
  2. Rebus macaroni sehingga empuk. Jangan lupa letakkan sedikit minyak dalam air rebusan supaya macaroni tidak melekat.
  3. Sediakan satu bekas besar untuk kita gabungkan kuah bolognese dan macaroni tadi. Pukul 5 biji telur hingga kembang dan satukan semua; kuah bolognese, macaroni yang sudah direbus dan telur yang telah dipukul.
  4. Sediakan bekas pembakar. Gris dengan butter supaya tidak melekat. Lapisan paling bawah susunkan Chedar Cheese kemudian masukan separuh dari macaroni bolognese dan lapiskan pula dengan nenas slice. Lapisan kedua, susunkan lagi Chedar Cheese dan masukkan separuh lagi baki macaroni bolognese tadi dan susunkan nanas slice dibahagian atas serta toppingkan sebanyak mungkin Mozarela Cheese.
  5. Panaskan oven pada suhu 160c selama 5 minit dan bakar macaroni tersebut dalam masa 15-20 minit sehingga masak. Selesai!
HOT  Menu Berbuka Puasa (Lazat dan Menyihatkan)

*Boleh juga dibakar didalam cawan pastri pie yang kecil supaya mudah untuk dihidangkan bagi tetamu yang ramai.

Selamat Mencuba!