Untuk menurunkan paras gula kepada tahap normal, seseorang itu perlu merubah gaya hidup kepada yang lebih sihat dan mengambil ubat yang disyorkan oleh doktor.
Ini kerana kebanyakan pesakit diabetes tidak sedar mereka sedang berhadapan dengan komplikasi kencing manis. Apabila sudah sedar penyakit semakin kronik, ianya sudah terlambat.
Dianggarkan 3.5 juta penduduk Malaysia menghidapi masalah kencing manis dan separuh daripada mereka tidak mengetahui mereka telah mempunyai penyakit itu (Kajian Kesihatan Morbiditi dan Kesihatan Kebangsaan 2015).
Kadar Diabetes Tertinggi Di Asia Tenggara
Institut Diabetes Negara (NADI) melaporkan Malaysia mempunyai kadar Diabetes paling tinggi di Asia Tenggara.
Menurut Pengerusi NADI, sesetengah pesakit Diabetes Jenis 2 langsung tidak menunjukkan sebarang gejala sehinggalah berlakunya komplikasi – seperti terkena serangan jantung, strok, masalah buah pinggang, potong kaki dan buta mata.
Diabetes merupakan pembunuh senyap yang merosakkan organ-organ dalaman tanpa simptom yang jelas.
Simptom seperti semakin kurus atau gemuk secara mendadak menjadi sebab mengapa tidak ramai menyedari dia telah menghidapi sakit kencing manis.
Sama seperti apa yang terjadi kepada Encik Nasir Bin Kadim, 70 tahun yang berasal dari Segamat, Johor.
Tidak Sedar Mendapat Sakit Kencing Manis
Klik video di bawah untuk mendengar sendiri luahan Encik Nasir:
Simptom pertama yang dihadapi Encik Nasir adalah beliau dikatakan semakin kurus oleh isterinya. Namun beliau masih tidak mempercayainya.
Jangkaannya meleset.
Selepas membuat pemeriksaan di klinik, doktor mengesahkan beliau mendapat kencing manis. Lebih buruk lagi, bacaan gula darah beliau semakin hari semakin meningkat.
Beliau dinasihati doktor untuk sentiasa menjaga pemakanan dan kekal aktif. Beliau yang juga seorang pemandu teksi masih tidak memandang serius akan hal ini dan mengabaikan nasihat doktor. Kesedaran beliau masih kurang. Beliau tak peduli, tetap sarapan roti canai, teh tarik dan nasi lemak.
Mula dengan luka yang kecil di hujung jari kaki, lama-kelamaan menjadi semakin teruk sehingga kakinya rasa teramat sakit.
Disebabkan luka yang semakin teruk, akhirnya doktor akur untuk memotong ibu jari kaki beliau. Namun, kesakitan yang dialami rasa seksa tak tertahan. Beliau merayu kepada doktor untuk memotong saja kaki kirinya.
Pada mulanya, doktor enggan. Encik Nasir kemudian berkeras dan mengambil keputusan ke hospital swasta untuk mendapatkan rawatan. Masih dengan keputusan yang sama, akhirnya doktor memotong kaki kiri beliau.
Buat Pembedahan Kaki
Selepas kaki kirinya dipotong, beliau menjalankan kehidupan seperti biasa, malah dapat menunaikan umrah.
Pulang dari umrah, kaki kanannya pula melecet dan luka menyebabkan beliau tidak selesa. Jari kakinya mula menjadi hitam dan berkilat akibat paras gula darah yang tidak dikawal. Pergerakan semakin terbatas menyebabkan beliau sudah tidak lagi memandu teksi.
Tapi semuanya mula berubah. Anak beliau mengesyorkan Phytax sebagai makanan tambahan untuk membantunya melawan sakit kencing manis.
Encik Nasir mula mengambil Phytax hari demi hari. Beliau juga masih mendapatkan nasihat doktor untuk mengamalkan pemakananan yang sihat.
Sejak dari itu, keadaan Encik Nasir semakin pulih. Malah kaki kanannya pulih dari luka dengan cepat, tumbuh kulit baru yang cantik dan berjaya diselamatkan dari dipotong.
Phytax Membantu Menyembuhkan Luka Pembedahan
Menurut beliau, pengambilan Phytax telah membantu beliau untuk sembuh daripada luka dan melecet kerana beliau agak aktif berjalan.
Setelah mengamalkan Phytax, bacaan gula turun sedikit demi sedikit sehingga bacaan yang rendah iaitu 5.5 mmol/l sahaja.
Phytax mempunyai khasiat tumbuhan dan buah-buahan terbaik untuk mengelak dan mengawal kencing manis.
Malah kandungan anti oksidannya boleh membantu pemulihan sel dengan pantas.
Penjagaan kesihatan pesakit diabetes perlu diberi keutamaan bagi mengelakkan risiko ianya menjadi lebih parah.
Dijangkakan, bilangan pesakit kencing manis akan meningkat menjelang 2030.
Malah, kos perubatan yang tinggi menyebabkan ramai pesakit mengambil inisiatif untuk tidak mengambil rawatan yang sewajarnya.
Menurut Dr Lee Boon Chye bekas timbalan Menteri Kesihatan, usaha untuk mencegah adalah lebih baik kerana proses merawat memerlukan masa yang panjang.
Sedikit info berkenaan Diabetes;
- Lebih 46,000 pesakit kencing manis dipotong kaki dan tangan
- Pesakit kencing manis berisiko untuk mendapat serangan sakit jantung walaupun berusia kurang dari 50 tahun
- 25-45% pesakit kencing manis berisiko mendapat masalah buah pinggang dalam masa 10-15 tahun
- Pengambilan air yang berlebihan tidak akan membilas air manis yang telah diminum
Amalan Gaya Hidup Sihat
Amalan gaya hidup yang sihat dapat mengawal Diabetes dan mengelakkan ianya dari terjadi.
Mulakan dengan pemakanan yang sihat untuk mengelak dan mengawal kencing manis.
- Elakkan minum air yang manis dan air bikarbonat kerana ianya akan meningkatkan paras glukosa darah dengan cepat.
- Kurangkan pengambilan minuman 3 dalam 1.
- Anda boleh membeli kit pemantauan gula darah untuk memantau dan mengetahui bacaan gula darah anda.
- Dapatkan nasihat doktor sekiranya anda ingin mengubah diet anda.
Bagi anda yang mencari makanan tambahan terbaik untuk mengurangkan paras gula dalam darah, cubalah Phytax.
Khasiatnya didapati daripada buah dan tumbuhan seperti;
- Roselle – Membantu mengawal hipertensi
- Beri Biru – Menyokong kesihatan mata dan penglihatan
- Kranberi – Memberi kesan anti-radang
- Acai Beri – Menyokong sistem imun
- Durian Belanda – Membantu mengawal tekanan darah tinggi
- Manggis – Menyokong kesihatan sistem kardiovaskular
- Delima – Membantu kawalan gula darah yang baik
- Kulit Pain – Menyokong kesihatan sendi
- Tomato – Menurunkan penghasilan bahan keradangan dalam badan
- Teh Hijau – Membantu membakar lemak & perlindungan dari serangan jantung dan strok
- Biji Anggur – Membantu mengawal penyakit kemerosotan diri
- Astaxanthin – Membantu mengatasi masalah kebas
Dapatkan nasihat doktor yang merawat untuk sebarang pengubahsuaian dos ubat dan insulin.
Phytax diformulasi berdasarkan teori yang memenangi ‘NOBEL PRIZE’ 2009. Phytax mampu membantu mengawal bacaan gula darah, menyihatkan tubuh dan memberikan tenaga terutamanya bagi penghidap kencing manis.
Dapatkan sebotol Phytax untuk diri anda atau untuk orang yang tersayang.
Mahu baca lebih lagi tentang khasiat Phytax? Klik di sini.