lee chong wei
Advertisement

Hari ini kita dikejutkan dengan pengumuman persaraan jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei. Ini adalah tribute kepada beliau.

Semua rakyat Malaysia berasa sedih apabila Datuk Lee Chong Wei mengumumkan persaraannya daripada dunia badminton. Ia adalah berita yang agak mengejutkan kerana Datuk merupakan ikon sukan negara kita.

Beliau mengumumkan persaraannya pada sidang media di media KBS pada hari ini.

Seperti yang ramai ketahui, Datuk Lee Chong Wei adalah nama besar di dalam bidang sukan badminton. Sejak beliau berkecimpung pada tahun 2003, Datuk telah memenangi hampir kesemua kejuaraan badminton tanahair dan dunia.

Keputusan menggantung raket itu diumumkan kerana atas sebab kesihatan beliau.

Ia adalah keputusan paling sukar pernah dibuatnya. Namun atas pandangan isterinya Datin Wong Mew Choo, Datuk terpaksa bersara lebih awal.

Berikut adalah ucapan sidang media beliau:

“Saya ada ke Taiwan pada April lalu dan doktor yang merawat saya merasakan tidak sesuai lagi untuk saya meneruskan latihan dengan intensiti tinggi.

“Jadi selepas pulang saya mengambil masa selama sebulan untuk memikirkan mengenainya sebelum saya membuat keputusan untuk bertemu Menteri Belia dan Sukan (Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan Presiden BAM (Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria) bagi meminta pandangan mereka.

“Saya akhirnya membuat keputusan untuk menggantung raket selepas sambutan Aidilfitri tempoh hari, ia adalah keputusan berat untuk saya tetapi apa yang paling penting adalah isu kesihatan saya,” katanya.

Bagi rakyat Malaysia, kami merasa kehilangan cukup besar. Tiada siapa yang dapat menggantikan tempat beliau pada masa ini. Pelapis baru belum menyinar lagi.

Ikon Sukan Malaysia

Siapa yang tidak ingat pencapaian-pencapaian hebat ini:

  • Pingat perak di temasya Sukan Olimpik 2008 dan 2012.
  • Rakyat Malaysia pertama yang layak ke pusingan akhir acara perseorangan lelaki Olimpik Malaysia.
  • Tangga teratas dalam ranking pemain badminton lelaki perseorangan selama 199 minggu berturut-turut, iaitu pada 21 Ogos 2008 hingga 14 Jun 2012.
  • Satu-satunya jaguh badminton Malaysia yang mempertahankan kedudukan teratasnya selama lebih dua minggu dan banyak lagi.
HOT  Perbandingan Kes Covid-19 Antara Malaysia dan Kanada Yang Sama Populasi.

Masihkah anda ingat Datuk juga pernah muncul dalam filem?

Pada Disember 2017, treler pertama filem biopik beliau telah dikeluarkan; Lee Chong Wei: Rise of the Legend dipertontonkan pada 9 Mac 2018 di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Ianya kemudian ditayangkan di seluruh negara pada 15 Mac 2018.

Apa yang pasti, kami mengharapkan Datuk cepat sembuh daripada kesakitan yang dialami.

Terima kasih Datuk Lee Chong Wei!

Sumber imej: straitstimes.com