Utama Info Kursus Kahwin – Cara Daftar, Persediaan & Harganya

Kursus Kahwin – Cara Daftar, Persediaan & Harganya

Kursus kahwin atau kursus pra perkahwinan telah diwajibkan kepada bakal pengantin sejak tahun 1990’an lagi yang mana ianya bertujuan untuk mendedahkan bakal pengantin kepada kehidupan sebenar pasangan sebelum dan selepas perkahwinan.

Ianya mengandungi hukum-hakam perkahwinan, soal hubungan pasangan dan keluarga, proses dan prosedur perkahwinan serta kisah-kisah benar rumahtangga yang boleh anda jadikan sempadan atau teladan.

Kursus kahwin ini berada di bawah tanggungjawab Jabatan Agama Negeri. Ada Jabatan Agama Negeri yang dibantu oleh syarikat-syarikat swasta untuk melaksanakan kursus kahwin dan ada juga Jabatan Agama Negeri yang menganjurkannya sendiri.

Bagi negeri-negeri yang membenarkan syarikat-syarikat swasta membuat penganjuran, mereka perlulah mendapatkan kelulusan atau permit dari Jabatan Agama Negeri mengikut syarat-syarat dan peraturan-peraturan yang telah ditetapkan.

Permit penganjuran dikeluarkan oleh Jabatan Agama Negeri dan ianya perlu diperbaharui dari tahun ke tahun. Dan pembaharuan permit ini amat bergantung kepada prestasi syarikat, kesalahan tata-tertib dan ianya pemantauan oleh Jabatan Agama Negeri masing-masing.

Terdapat tujuh perkara penting yang anda perlu tahu tentang penganjuran kursus pra perkahwinan ini – dan nombor tujuh andalah perkara yang paling penting yang anda perlu ambil perhatian.

Apa Itu Kursus Kahwin?

Kursus nikah/kahwin merupakan kursus pra-perkahwinan, yang bertujuan:

  • Memberikan input dan ilmu berkenaan tanggungjawab suami isteri didalam rumahtangga.
  • Menyediakan individu supaya ada ilmu asas berkaitan agama sebelum mendirikan sebuah perkahwinan.
  • Menjadi langkah untuk mengelakkan dan mengurangkan risiko penceraia.
  • Memberikan informasi berkenaan prosedur yang perlu dilalui oleh bakal pengantin untuk mendirikan rumahtangga

Sebenarnya tujuan utama kursus nikah ini adalah untuk memastikan setiap individu mendapat informasi, pendedahan dan sedar akan tanggungjawab mereka terhadap pasangan.

Hal ini kerana masih ramai individu muslim di Malaysia pada hari ini yang masih tidak mempunyai asas yang kukuh baik dari segi agama dan ilmu kekeluargaan.

Ia sebenarnya amat merbahaya kerana ia sedikit sebanyak menjadi punca utama kepada berlakunya penceraian.

Jadi, kursus kahwin bertujuan untuk membuka mata, fikiran dan menyedarkan kesemua individu bahawa ilmu agama dan ilmu rumahtangga adalah sangat penting.

Kenapa Perlu Kursus Kahwin?

Jika dahulu, kursus kahwin sangat digalakkan bagi mereka yang mahu berkahwin. Namun kini ia telah dijadikan satu kewajipan bagi mereka yang bakal berkahwin. Suka atau tidak, anda tetap perlu untuk menghadiri kursus kahwin.

Jika anda merasakan kursus ini bakal membuatkan anda bosan, anda silap sebenarnya. Pihak penganjur setiasa mendapatkan feedback daripada para peserta kursus dan mereka sentiasa berusaha untuk menambah kualiti kursus yang dianjurkan mereka.

Anda sendiri boleh lihat berapa ramai yang menganjurkan kursus ini jadi saingan adalah tersangat tinggi. Jadi, para penganjur akan memastikan kursus mereka adalah yang terbaik supaya lebih ramai peserta akan menghadiri kursus pra perkahwinan anjuran mereka.

Kalau anda kata anda masih belum ingin berkahwin atau belum mempunyai pasangan, anda tak perlu risau. Kursus ini boleh dihadiri secara individu juga.

Apa Yang Diajar Dalam Kursus Kahwin?

kursus kahwin

Seperti apa yang kami terangkan awal-awal tadi, kursus kahwin biasanya akan cover bab berikut:

  • Prosedur perkahwinan.
  • Asas rumah tangga dari segi aqidah, ibadah dan akhlak.
  • Pengurusan kewangan dan masa.
  • Bentuk komunikasi antara suami isteri.
  • Pengurusan stress dan konflik rumahtangga.
  • Hal berkaitan talaq, takliq dan fasak.
  • Pengurusan kesihatan

Jangan risau kerana anda akan mendapat banyak input baru dalam setiap sesi dalam kursus tersebut. Kebanyakan penceramah juga merupakan pakar dalam bidang mereka dan cara penyampaian mereka juga sangat menarik.

Jika anda merasakan diri anda seorang yang serba tahu sekalipun, anda pasti akan tetap mendapat informasi baru yang belum pernah anda dengar.

Kursus Kahwin Berapa Hari?

Kebiasaannya kesemua kursus nikah mengambil masa sekitar 2 hari. Setiap hari akan dibahagikan kepada beberapa slot atau modul. Setiap slot atau modul ini pula akan dibentangkan oleh mereka yang pakar dalam bidang tersebut. Kebiasaannya kesemua modul adalah berdasarkan Modul Bersepadu Kursus Pra Perkahwinan Islam (MBKPPI). Modul ini disediakan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Dalam tempoh 2 hari kursus kahwin ini, ia biasanya bermula seawal pukul 8 pagi sehingga pukul 5 petang atau awal lagi. Anda akan diberikan rehat sekitar 2 kali iaitu untuk minum pagi dan juga rehat tengahari. Ada sesetengah penganjur menyediakan semuanya sekali untuk anda termasuklah makan dan minum. Penginapan biasanya tidak disediakan.

Berapa Harga Kursus Kahwin?

Secara purata, harga untuk kursus kahwin yang dianjurkan di kebanyakan kawasan adalah sekitar RM80. Namun, bagi kursus yang dianjurkan oleh institusi pengajian, harganya adalah sekitar RM50-60. Jika anda masih lagi bergelar seorang student, pastikan anda tidak terlepas kursus yang dianjurkan oleh institusi anda.

Cumanya peraturan atau kod pakaian di institusi pengajian adalah lebih strict berbanding diluar. Sebagai contoh, ada kemungkinan anda perlu berpakaian kemeja putih, berseluar hitam, berkasut hitam dan bersongkok jika anda menghadiri kursus anjuran institusi pengajian anda. Peraturan pakaian bagi kursus yang dianjurkan diluar biasanya lebih longgar.

Prosedur Pendaftaran Kursus Kahwin

Untuk daftar kursus kahwin, prosedurnya sangat mudah. Anda boleh terus ke pejabat pihak penganjur untuk mengisi borang kursus nikah atau anda juga boleh daftar online. Dari segi bayaran, anda boleh terus membayarnya secara online atau anda boleh bayar secara cash pada hari kursus bergantung kepada penganjur.

Exit mobile version