klang

Sejarah Klang telah muncul lebih awal daripada Melaka. Negara ini adalah sebahagian dari jajahan takhluk kerajaan Sri Vijaya dan Majapahit. Asal usul nama Klang adalah dari bahasa Mon-Khymer iaitu “Klong”. Klong boleh diertikan sebagai gudang seperti mana yang dikemukakan oleh C.O. Blagden yang menyatakan Klang menjadi sebuah Pelabuhan terpenting yang mempunyai banyak gudang-gudang. Manakala pendapat Charles A. Fishr yang menyatakan “Klang” itu bermaksud “terusan” atau jalan air.

Pendapat ini dipersetujui di mana Klang mempunyai banyak jalan air iaitu anak-anak sungai tersebut ialah Sg. Klang, Sg. Bertek, Sg. Pinang, Sg. Sementa, Sg. Agas, Sg. Kandis, Sg. Binjai, Sg. Kapar, Sg. Jati, Sg. Aur, Sg. Rasau dan Sg. Putus. Nama sungai ini terus kekal sehingga ke hari ini. Klang menjadi penting hanya selepas Kuala Selangor merosot khususnya selepas kemangkatan Sultan Muhammad (1826-1857). Sehinggalah pada tahun 1875, Klang di pilih sebagai ibu kota Selangor sebelum ditukar kepada Kuala Lumpur pada 1880. Pada tahun 1886, Klang dikatakan sebuah tempat yang cantik dan bersih.

Klang Bandar Bersejarah

Klang merupakan di antara bandar yang tertua di Malaysia. Mengikut sejarah, Klang mula diduduki sejak 2,000 tahun yang dahulu lagi. Catatan yang mula-mula ditulis mengenai Klang bermula pada Zaman Kerajaan Majapahit kira-kira 600 tahun dahulu. Di sinilah bermulanya detik-detik kebangkitan Klang yang ketika dahulu tidak terikat dengan mana-mana kawasan. Malah pada ketika itu Klang adalah sebuah kuasa besar di bawah pentadbiran Sultan Suleiman. Bagaimanapun, akibat ketidaksefahaman maka berlakulah perang saudara antara Raja Mahadi dengan Raja Abdullah iaitu waris Sultan Suleiman. Ketika itu, Klang di dalam keadaan huru-hara dengan dibayangi peperangan untuk merebut kekuasaan. Kota Raja Mahadi yang terletak berhampiran Bangunan Majlis Perbandaran Klang adalah antara peninggalan perang saudara yang tercetus disuatu ketika dahulu.

HOT  Berhenti Merokok: Cara Berkesan Dalam Masa 7 Hari

Tapak Bangunan MPK yang ada sekarang dahulunya adalah bekas tapak Kota Raja Mahadi yang pernah menjadi benteng pertahanan yang penting bagi mengekang kemaraan musuh semasa tercetusnya peperangan tersebut.Bagaimanapun akibat perubahan masa dan struktur bangunan yang tidak kukuh, kota yang dibina pada tahun 1860 telah roboh sebahagiannya. Apa yang tinggal cuma pintu gerbang yang menjadi mercu tanda kekuatan empayar Raja Mahadi. Bagaimanapun banyak bahan sejarah yang terkubur akibat perubahan arus dan masa. Salah satunya ialah ada sumber mengatakan Kota Raja Mahadi terletak di atas puncak bukit ini dilengkapi dengan terowong yang boleh menembusi ke Sungai Klang. Namun lorong tersebut kini telah tertimbus.

Latar Belakang ‘Royal Klang Town Heritage Walk’ (RKTHW)

Klang dikenali sebagai Bandar Diraja. Ia juga merupakan salah satu daerah yang tertua di Negeri Selangor Darul Ehsan. Terdapat banyak bangunan lama dan bersejarah yang boleh diterokai melalui produk pelancongan Royal Klang Town Heritage Walk / Jejak Warisan Klang. Royal Klang Town Heritage Walk merupakan aktiviti “berjalan kaki”  yang diketuai oleh pemandu pelancong terlatih, dan melalui 11 perhentian yang mempunyai nilai sejarah yang menarik.

Klang-Royal Klang Town Heritage

Laman Seni Safari Royal Klang Heritage Walk

Laman Seni Safari Royal Klang Heritage Walk merupakan satu tarikan terbaharu untuk dikunjungi di Klang. 

Laman Seni Safari terletak di Jalan Tengku Kelana mempamerkan Mural bermotifkan haiwan safari ini telah dirasmikan oleh Datuk Zainal Abidin Abu Hassan, Ketua Setiausaha KPKT pada 5 Jun 2020 semasa sesi Lawatan kerja beliau ke Majlis Perbandaran Klang (MPK).

Projek ini diusahakan oleh MPK di kawasan Jalan Tengku Kelana berdekatan dengan Galeri Diraja Klang untuk menarik lebih ramai pengunjung datang ke Klang. Sila kongsi dengan rakan anda dan jangan lupa abadikan gambar anda bersama pelbagai jenis haiwan di sekeliling kawasan.

HOT  5 Resepi Sotong Yang Terbaik Patut Anda Cuba (Update 2020)
Laman Seni Safari Klang

Tempat-tempat menarik lain yang wajib dikunjungi.

  • Taman Rakyat
  • Taman Pengkalan Batu
  • Terminal Star Cruise
  • Padang Sultan Suleiman
  • Taman Bandar DiRaja Klang
  • Taman 100
  • Pulau Ketam
  • Pelabuhan Klang
  • Dataran Seni
  • Taman Tugu Keris
  • Jalan Tengku Kelana

Kenali Hos Komuniti Selangor

Hos komuniti Selangor merupakan seorang warga sesuatu daerah yang memberi perkhidmatan kepada pelawat dan pelancong untuk merasai sendiri pengalaman unik yang berasaskan kepada warisan, budaya, gaya hidup dan tradisi komuniti setempat di daerah-daerah dalam negeri Selangor.

Host Selangor

PETA BUDAYA DAERAH-DAERAH SELANGOR

PETA BUDAYA DAERAH KUALA SELANGOR

PETA BUDAYA DAERAH SABAK BERNAM

UNTUK MENGETAHUI LEBIH MENGENAI HOST KOMUNITI SELANGOR, KUNJUNGI KAMI DI FB KAMI

https://www.facebook.com/communityhost

https://www.facebook.com/hoskomunitiselangor/