buah delima
Advertisement

Buah delima dikenali sebagai buah yang penuh dengan zat dan khasiat. Malah ianya enak untuk dimakan sebagai snek atau dibuat jus.

Buah delima atau dalam bahasa Latinnya, Punica Granatum, adalah buah yang berbentuk bulat dan berwarna merah kadangkala oren kekuningan. 

Isinya pula seperti biji-biji yang berwarna merah pekat. Pada asalnya buah ini datang dari Timur Tengah. Tetapi kini, buah ini banyak ditanam secara meluas di Malaysia.

Khasiat Buah Delima

Menurut kajian, buah delima mempunyai kandungan nutrisi yang baik untuk badan kita. 

Tambahan pula, kandungan lemak dan kolesterol dalam buah ini sedikit, menjadikan buah ini selamat untuk dinikmati sesiapa sahaja. 

Antara kandungan nutrisi buah adalah:

  • Vitamin C
  • Vitamin K
  • Vitamin B
  • Fosforus, magnesium, kalsium
  • Zink, zat besi
  • Serat 

Pendek kata, buah ini sememangnya mengandungi khasiat yang banyak. 

Walaupun saiznya kecil, khasiatnya memang menakjubkan. Namun demikian, apakah manfaat buah yang menakjubkan ini kepada badan kita? 

Mengurangkan Radang

buah delima

Salah satu kandungan delima adalah punicalagin, satu molekul yang sangat kuat dengan anti-oksidan. Ianya menjadikan buah ini bersifat anti-radang. Molekul ini terdapat pada buah dan juga kulit delima.

Terdapat kajian yang menunjukkan ia memberikan kesan anti-radang pada keradangan yang berlaku pada pelbagai bahagian badan seperti saluran pencernaan, bahagian yang diserang kanser serta sel-sel kanser. 

Membantu Mengawal Paras Gula Darah 

Pengambilan buah delima didapati membantu mengawal paras gula darah d ikalangan pesakit Diabetes Jenis 2. Ia juga didapati dapat meningkatkan kecekapan fungsi sel beta.

Merendahkan Tahap Kolesterol Dan Tekanan Darah Tinggi

Seperti yang diketahui, buah delima adalah buah yang mengandungi kandungan lemak dan kolesterol yang rendah. Ia juga dapat mengurangkan tekanan darah tinggi secara semulajadi. 

HOT  Tips Penjagaan Tanaman Hidroponik

Khasiat punicalagin dari buah ini dapat membantu melancarkan aliran darah seterusnya mengurangkan risiko penyakit jantung dan strok.

Bagus Untuk Ibu Mengandung Dan Bayi

Bayi di dalam kandungan juga boleh menerima manfaat buah delima untuk ibu hamil. Ibu hamil yang mengamalkan jus buah delima juga mendapat kebaikan folat yang baik untuk tubuh badan. 

khasiat buah delima

Malah kandungan nutrien di dalam buah delima bukan sahaja untuk bayi dalam kandungan tetapi kanak-kanak. 

Selain itu, buah delima kaya dengan vitamin C yang meningkatkan sistem imun badan untuk melawan penyakit.

Oleh kerana khasiat Vitamin C yang tinggi, buah delima sangat baik untuk kanak-kanak. Vitamin C membantu meningkatkan sistem imun dalam badan untuk melawan penyakit.

Membantu Untuk Mengelakkan Masalah Kulit

Masalah kulit yang membimbangkan sering dihidapi sesiapa sahaja. Bintik hitam dan kerosakan kulit boleh mendatangkan penyakit lain. 

Dengan mengamalkan buah delima, lapisan kulit luar akan dilindungi oleh khasiatnya.

Tambahan pula, kerosakan pada sel kulit dapat diperbaiki sekaligus menyembuhkan luka.

Menghapuskan Jerawat

Umum mengetahui vitamin C sememangnya ‘ubat’ jerawat yang sentiasa dicari. Selain untuk mencerahkan wajah dan mengelakkan muka menjadi kusam, vitamin C memang sangat penting untuk kesihatan kulit. 

Satu cara lain vitamin C membantu kulit adalah dengan menggalakkan pencernaan yang baik dan membaiki peredaran darah menjadi sihat.

Membasmi Kulit Kering

Khasiat buah delima yang diserap ke dalam kulit dapat melembabkan kulit secara semula jadi. Ini menjadikan wajah mendapat efek kulit glowing yang semula jadi.

Menangguhkan Proses Penuaan

Oleh kerana bahan aktif polifenol yang ada di dalam buah delima, kualiti anti-oksidan delima dikatakan lebih baik daripada buah beri biru, kranberi dan oren. 

Dengan mengambil buah delima atau jus ekstraknya secara konsisten, kulit akan mula menjadi lebih muda sekaligus melambatkan proses penuaan.

HOT  5 Perkara Anda Perlu Tahu Sebelum Renew Roadtax & Insurans Kenderaan

Bantu Mengelakkan Penyakit Kanser

khasiat buah delima

Terdapat juga kajian menunjukkan buah ini boleh meninggalkan kesan positif pada sel kanser dengan membunuhnya. 

Apabila sel-sel kanser ini dibunuh, pertumbuhan kanser menjadi terbantut dan merendahkan risiko kematian.

Tambahan pula, buah delima boleh mencegah kanser prostat di kalangan lelaki dengan mengurangkan tahap Prostate Specific Antigen (PSA).

Bukan itu sahaja, kanser payudara yang sinonim dengan golongan wanita juga dapat dihalang dengan ekstrak buah delima. 

Sel-sel kanser terbukti menjadi terbantut dan delima dapat melawan kanser daripada terus merebak.

Makanan Tambahan Ekstrak Buah Delima

Selepas anda mengetahui mengapa buah delima ini wajar dilabel sebagai buah ajaib, pasti anda ingin mencuba mengambilnya dalam diet seharian.

delima

Penyediaan buah delima selalunya dimakan begitu sahaja, direbus atau dipakai pada muka sebagai masker.

Tetapi dengan Phytax, anda tidak perlu lagi membuat persediaan seperti itu. Anda cuma sukat mengikut keperluan dos yang sesuai untuk anda.

Anda bukan sahaja dapat menikmati khasiat dari buah delima. Malah ia digabungkan dengan 11 khasiat tumbuhan lain yang boleh membantu anda melawan pelbagai penyakit. 

Ianya sedap dan kaya dengan nutrisi buah-buah dan tumbuh-tumbuhan seperti:

  • Biji Anggur,
  • Teh Hijau,
  • Kulit Pokok Pain,
  • Buah Delima,
  • Durian Belanda,
  • Kranberi,
  • Beri Biru,
  • Roselle,
  • Tomato,
  • Acai Beri,
  • Algae Hijau dan Manggis.

Testimoni Pelanggan