Advertisement

Bitcoin adalah cryptocurrency atau bahasa mudah untuk difahami ianya adalah matawang digital. Pada Januari 2009, ia telah dicipta oleh Satoshi Nakamoto.

Uniknya tentang Bitcoin ini adalah ia boleh digunakan sebagai medium pertukaran untuk memiliki sesuatu barang dan perkhidmatan dalam dunia sebenar.

Jadi, apa itu bitcoin yang sebenarnya?

Bitcoin Bukan Instrumen Pelaburan

Sebenarnya ramai yang masih salah faham mengenai Bitcoin. Ada yang beranggapan ia adalah sebuah instrumen pelaburan.

Apa itu Bitcoin?

Bitcoin merupakan mata wang, bukannya dibeli ketika harganya rendah dan akan dijual pada harga tinggi seperti kebiasaan yang dilakukan pada mana-mana medium pelaburan yang lain.

Hal ini kerana nilai Bitcoin adalah tidak stabil. Meskipun ianya menggunakan konsep ‘supply & demand’, namun terlalu banyak spekulasi di dalam Bitcoin ini.

Biarpun secara lumrahnya apabila permintaan terhadap sesuatu barang adalah tinggi maka harganya akan naik begitu juga sebaliknya.

Bitcoin Merupakan Sebahagian Daripada FinTech

Ramai yang tak jelas dan masih tertanya-tanya apa itu bitcoin disebabkan ianya hanya wujud di Internet dan tidak bersandarkan sebarang aset fizikal yang wujud di alam nyata ini.

Lebih misteri lagi tiada siapa yang mengawalnya! Namun ada yang mengatakan ia dari rakyat ke rakyat.

Ini bermakna sebarang transaksi Bitcoin ini tidak dipantau oleh mana-mana pihak berautoriti atau bank. Untuk pengetahuan anda, sebarang transaksi Bitcoin adalah rahsia, tiada rekod siapa pembayar dan siapa penerimanya.

Asas Bitcoin Adalah Teknologi Blockchain

bitcoin

Mari kita perhalusi apa itu Bitcoin. Asas kepada Biitcoin adalah teknologi blockchain, di mana ianya merupakan rantaian maklumat yang tidak dikendalikan oleh pihak ketiga. Ia menggunakan kunci peribadi atau ‘private key’.

Kod unik ini mengandungi maklumat yang telah disulitkan (encrypted) yang mengandungi setiap Bitcoin serta pemilikannya. Oleh sebab inilah si pemegang Bitcoin dapat menjalankan urusniaga tanpa mendedahkan maklumat peribadi mereka.

HOT  Sakit Kepala Sebelah Kanan - Kenal Pasti dan Cara Mengatasinya

Aplikasi Rangkaian dan penyelenggaraan protokol blockchain membenarkan transaksi ini. Untuk mudah difahami, ianya hampir sama dengan transaksi atas talian yang lain seperti menggunakan kad kredit dan Paypal. Cuma bezanya di sini adalah Biitcoin tiada orang tengah, ianya berhubung terus antara pembayar dengan penerima Biitcoin itu.

Di Antara Kelebihan Bitcoin

1. Mudah Untuk Digunakan

Sesuatu transaksi Biitcoin hanya mengambil masa yang sekejap sahaja terutama transaksi antarabangsa. Oleh sebab itu ramai individu yang menggemari Biitcoin ini kerana ianya mudah untuk digunakan.

2. Tanpa Butiran Peribadi

Anda tidak perlu menggunakan sebarang butiran peribadi seperti nama, alamat atau apa-apa sahaja maklumat yang boleh mengaitkan anda sebagai pemilik Biitcoin.

3. Setiap Transaksi Adalah Muktamad

Transaksi Biitcoin adalah muktamad, tidak boleh dibatalkan. Ianya tidak seperti kad kredit dimana anda boleh membatalkan transaksi dan mendapatkan semula wang anda. Dalam Bitcoin anda akan gunakan dua kunci, satu kunci awam (public key) dan satu lagi kunci peribadi (private key).

Hanya anda seorang sahaja yang mengetahui tentang kunci peribadi dan apabila digabungkan kedua-dua kunci tersebut barulah transaksi akan berlaku. Ianya selamat selagi mana anda tidak bocorkan maklumat berkenaan kunci peribadi anda.

Kelemahan Bitcoin

1. Belum Diterima Oleh Seluruh Dunia

Salah satu sebab mengapa Biitcoin belum diterima seluruh dunia adalah kerana sifat Biitcoin yang tidak membenarkan chargeback atau transaksi reverse bagi memulangkan wang kepada pembeli sekiranya terdapat sebarang pertikaian selepas transaksi.

Hal ini kerana, tiada sebarang rekod yang disimpan jadi bagaimana hendak mendapatkan balik refund bagi transaksi yang telah berlaku.

2. Kelemahan Storan Bitcoin

Salah satu kelemahan storan Biitcoin yang disimpan dalam cakera keras adalah ianya mungkin menjadi rosak. Selain itu, sekiranya anda hilang data dalam hard disk, maklumat mengenai Biitcoin juga turut hilang.

HOT  Beli Joie Stroller dan Baby Car Seat di Butik The Baby Store

Kebanyakan wallet atas talian pula kurang selamat. Ini disebabkan anda menggunakan nama dan kata laluan bagi menyimpan “rahsia” Biitcoin anda.

3. Kerajaan Kurang Bersetuju

Apabila sebut perihal mata wang digital, rata-rata kerajaan seluruh dunia pastinya akan gentar.

Mana-mana kerajaan akan berasa takut sekiranya Biitcoin berpotensi untuk menggantikan mata wang negara masing-masing. Hal ini kerana jika menggunakan Biitcoin, tidak dapat mengesan siapa pemilik Bitcoin.

Selain itu, sukar bagi kerajaan untuk mengenakan cukai pendapatan sehinggalah untuk membasmi aktiviti kurang sihat seperti pelacuran, senjata api dan jual beli dadah.

Ini disebabkan pengguna dan pengusaha tidak dapat dikenal pasti, sukar untuk kerajaan membuat tangkapan dan mengenakan dakwaan.

Cara Penyimpanan Bitcoin

Buat masa sekarang terdapat 3 cara penyimpanan Biitcoin:

  • Wallet perisian yang terdapat dalam cakera keras komputer
  • Perkhidmatan berasaskan web
  • Perkhidmatan bilik kebal

Namun kini terdapat juga mobile wallet dimana anda boleh menyimpan dan melakukan transaksi Biitcoin ini melalui aplikasi dengan menggunakan telefon bimbit. Ia juga dapat menyimpan kunci peribadi dan laku digunakan seperti anda membawa kad kredit atau kad debit.

Beli Server atau Hosting Digital Ocean dengan Bitcoin

Jika anda ingin membeli hosting atau server menggunakan bitcoin juga boleh. Contohnya anda ingin membeli hosting di Digital Ocean Bitcoin, anda perlu membeli melalui BitSumo. Ini disebabkan Digital Ocean tidak menerima payment method melalui Bitcoin, maka anda perlu menggunakan servis di BitSumo.

Kesimpulan

Semoga melalui perkongsian ini anda mendapat gambaran dan sudah faham serba sedikit tentang apa itu Biitcoin.

Apa yang pasti, Biitcoin ini bukanlah suatu pelaburan. Asas Biitcoin adalah ianya sebagai mata wang digital yang membantu memudahkan transaksi antara pembeli dan penjual, dan tiada pihak yang memantau.

HOT  Panduan Lengkap Memohon Bantuan Sara Hidup (BSH)

Sekiranya anda berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Biitcoin, saya cadangkan anda menggunakan khidmat Weltrade secure broker ini. Sangat dicadangkan dan dipercayai!

Kelebihan menggunakan perkhidmatan Weltrade:

  • Broker STP yang cemerlang berurusniaga
  • Spread yang rendah dan tiada sebut harga semula
  • 77 instrumen perdagangan
  • Leverage sehingga 1:1000
  • Pelaksanaan perdagangan segera dari 0.5 saat
  • Platform perdagangan terbaik di dunia

Weltrade adalah sekumpulan 65 profesional dengan pengalaman antarabangsa yang meluas dalam bidang kewangan dan teknologi internet. Menyediakan perkhidmatan berkualiti tinggi 24jam kepada pedagang dan pendekatan secara individu untuk setiap pelanggan.

Kenapa anda perlu menggunakan perkhidmatan Weltrade?

  • 12 tahun dalam Pasaran Forex
  • Broker berlesen yang dikawal selia
  • 100 000 pedagang dari 18 buah negara
  • Anugerah kewangan berprestij
  • Sokongan penuh pelanggan 24/7
  • Pembayaran dalam masa 30 minit

Semoga perkongsian kali ni memberikan manfaat kepada anda. Selamat Berjaya!