Advertisement

Kencing manis atau diabetes mellitus memang antara penyakit yang ramai rakyat Malaysia hadapi. Pesakit kencing manis di Malaysia adalah antara yang tertinggi di Asia dan antara yang tertinggi di dunia selepas Arab Saudi.

Ia berpunca daripada kegagalan sistem badan mengekalkan kandungan gula pada tahap yang normal. Maka kandungan gula dalam darah meningkat daripada aras yang normal dan keadaan ini dipanggil sebagai hiperglisemia.

Tanda-tanda anda mengalami penyakit kencing manis

1) Kerap dahaga dan kerap kencing pada waktu malam

Tanda kencing manis yang paling biasa ialah selalu rasa haus. Apabila waktu malam pula, selalu ke tandas untuk kencing.

Lebihan glukosa dalam saluran darah membuatkan buah pinggang bekerja lebih keras untuk memprosesnya. Ini menyebabkan seseorang menjadi kerap membuang air kecil pada waktu malam.

Apabila air banyak hilang anda akan menjadi lebih dahaga. Itulah antara petanda badan anda sedang cuba menggantikan air yang telah hilang.

2) Berat badan menyusut dengan drastik

Anda kena hati-hati apabila berat badan menurun tiba-tiba walaupun kuantiti makanan yang diambil adalah sama setiap hari. Inilah antara tanda kencing manis.

Bagi sesetengah orang, kehilangan berat badan secara drastik dalam masa yang singkat mungkin menggembirakan mereka.

Tetapi awas kerana ia mungkin salah satu tanda anda menghidap kencing manis kerana disebabkan oleh kegagalan badan untuk memproses glukosa sebagai tenaga yang menyebabkan ia mula memecahkan otot dan lemak untuk menghasilkan tenaga.

3) Jarak penglihatan menurun

Antara tanda kencing manis yang orang selalu abaikan ialah tidak dapat melihat dengan jelas.

Kandungan gula dalam darah yang tinggi boleh menyebabkan perubahan pada bentuk kanta dan mata yang seterusnya mengakibatkan seseorang mengalami kabur penglihatan. Seseorang itu mungkin juga akan buta sekiranya ianya dibiarkan untuk tempoh yang panjang.

HOT  Tempahan Kaligrafi Islamik Di Seni Jauhari

4) Sering kebas pada tangan dan kaki

Ia berlaku disebabkan oleh kerosakan pada sistem saraf atau pembuluh darah yang menyebabkan seseorang mengalami kesemutan, kebas atau bengkak pada tangan dan kaki.

Ini kerana darah tidak lagi sampai pada hujung saraf anggota badan.

5) Luka yang lambat sembuh.

Ini tanda kencing manis yang paling menakutkan. Selalu orang kata, sampai boleh kena “Potong kaki!”.

Sistem saluran darah yang rosak kerana gula berlebihan juga turut memberikan kesan kepada penyembuhan luka kerana darah tidak dapat disampaikan kepada anggota-anggota badan. Pesakit juga mungkin tidak akan rasa sakit pada bahagian yang luka.

Paling menakutkan apabila luka-luka ini menjadi semakin teruk dan membusuk di mana hanya dengan memotong anggota badan tersebut merupakan jalan untuk menyembuhkannya.

Kesimpulannya, kurangkan makanan dan minuman bergula termasuk amalkan gaya hidup sihat melalui senaman dan pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran. Sayangi diri anda dan keluarga!

Jenis-Jenis Kencing Manis atau Diabetes

Secara umumnya, penyakit kencing manis dapat digolongkan sebagai:

  • Diabetes jenis pertama (I) juga dikenali sebagai diabetis bersandar insulin (IDDM – ‘Insulin Dependent Diabetes Mellitus’) atau diabetis awal remaja. Diabetis jenis I dicirikan dengan kegagalan penghasilan insulin oleh kelenjar pankreas. Biasanya, penghidap diabetis jenis pertama mula mendapat simptom penyakit semasa kanak-kanak atau remaja. Disebabkan oleh kegagalan penghasilan insulin semula jadi oleh badan, pesakit memerlukan suntikan insulin dari luar untuk pengawalan tahap glukosa darah.
  • Diabetes jenis kedua (II) boleh disebabkan oleh kerintangan insulin (penurunan sensitiviti tisu badan terhadap insulin) dan/atau penghasilan insulin yang berkurangan. Diabetes jenis II, oleh kerana masih mempunyai sedikit sebanyak insulin dari pankreas, boleh dikawal secara pemantauan pangambilan makanan, pengurangan berat badan, bersenam, dan pengambilan ubat secara makan/suapan ( suntikan insulin diperlukan dalam keadaan tertentu sekiranya pengambilan ubat secara makan kurang berkesan atau memberi kesan samping serius kepada pesakit).
  • Diabetes Gestasi ialah diabetes yang dialami oleh wanita ketika kehamilan. Diabetes gestasi adalah mirip diabetes jenis kedua disebabkan ketika kehamilan, insulin yang diperlukan oleh wanita hamil adalah lebih untuk keperluan bayinya. Jika badan tidak mampu untuk menghasilkan insulin tambahan untuk keperluan anak dalam kandungan maka ibu akan mengalami paras gula dalam darah yang tinggi.
HOT  Top 5 Kedai Baby Near Me in KL & Selangor

Rawatan Kencing Manis dan Diabetes

Rawatan untuk masalah ini perlulah dilakukan secara holistik dan merangkumi semua aspek. Ini kerana jika kawalan gula tidak betul, pesakit semakin lama akan mempunyai komplikasi terhadap penyakit ini.

Beberapa rawatan yang boleh dilakukan:

1. Perubahan gaya hidup

Pemakanan

Pesakit selalunya akan dirujuk kepada pakar pemakanan untuk diajar cara dan jenis makanan yang sesuai bagi mereka yang menghadapi masalah ini.

Makanan yang bagus dan terkawal akan dapat mengawal kandungan gula di dalam badan.

Aktiviti fizikal

Aktiviti fizikal yang cukup untuk badan akan menyebabkan berat badan kita berkurangan. Apabila berat badan berkurangan, insulin menjadi lebih sensitif dan lebih mampu untuk mengurangkan kandungan gula dalam darah.

Beberapa cadangan yang boleh dilakukan untuk anda adalah:

  • Bersenam 5 kali seminggu atau
  • Perlu bersenam lebih daripada 150 minit dalam seminggu

2. Penggunaan ubat

Ubat ini bergantung kepada bacaan Hba1c. Hba1c adalah bacaan kawalan gula yang diambil daripada darah pesakit. Bacaan ini akan mengambarkan kawalan gula bagi 3 bulan yang lepas. Pesakit yang mempunyai bacaan gula kurang daripada 6.5% selalunya tidak memerlukan apa-apa ubat jika kencing manis tersebut baru sahaja dikesan. Bagi pesakit jenis ini, ia cukup dengan kaunseling permakanan.

Tetapi jika bacaan Hba1c melebih 6.5%, ubat sudah perlu untuk diberikan kepada pesakit.

Beberapa jenis ubat yang selalunya digunakan untuk pesakit adalah:

  1. Metformin daripada kelas Biguanide
  2. Glibenclamide, Gliclazide dan Glimepiride daripada kelas sulphonylureas
  3. Acarbose daripada alpha-glucosidase
  4. Rosiglitazone daripada kelas Thiazolidinediones
  5. Sitagliptin, vildagliptin dan saxagliptin daripada kelas Dipeptidyl peptidase 4-inhibitor.

3. Penggunaan insulin

Bagi pesakit yang masih mempunyai kawalan gula yang teruk walaupun telah diberikan ubat kencing manis makan, maka solusi terakhir adalah penggunaan insulin.

HOT  Resepi Roti Canai - Jom Cuba

Insulin berfungsi untuk memasukkan gula daripada darah ke dalam sel. Ketika mana insulin rendah dalam badan ataupun insulin ini tidak berfungsi dengan betul, kandungan gula dalam darah akan meningkat.

Oleh sebab itulah, pesakit yang menghadapai masalah kencing manis ini juga boleh diberikan insulin.

Pesakit yang mempunyai Hba1c lebih daripada 10% perlulah diberi ubat ini untuk benar-benar mengawal kencing manis dalam badan.

4. Makanan Tambahan

Kami juga sangat rekemen anda mengamalkan makanan tambahan selain ubat-ubatan yang disediakan oleh doktor. Contohnya Kunyit Hitam Plus dari Herbarich.