Kelebihan menanam secara hidroponik

Tahukah anda, terdapat beberapa kelebihan menanam secara hidroponik yang anda patut tahu?

Teknik penanaman ini merujuk kepada tanaman yang menggunakan air dan baja larutan sahaja. Ia sering ditanam di kawasan perbandaran dan rumah kondominium kerana kekurangan ruang tanah. 

Kelebihan menanam secara hidroponik tidak boleh disangkal kerana ia amat mudah diuruskan, jaminan kualiti selain kerap kali digunakan di negara-negara maju.

Teruskan membaca hingga habis kerana kami akan berkongsi dengan lebih lanjut mengenai kelebihan menanam secara hidroponik.

Apa Itu Hidroponik?

Hidroponik adalah penanaman di dalam larutan nutrien tanpa menggunakan tanah. 

Tanaman akan diletakkan di dalam takungan larutan nutrien dan dari penyerapan air dan nutrien, tumbuhan mampu terus hidup. 

Tahukah anda bahawa melalui kaedah ini, tanaman ini tak perlu disiram?

Dengan ini, anda tidak risau sekiranya anda terlupa atau terlebih menyiram pokok.

Keperluan Dalam Penanaman Hidroponik

Kelebihan Menanam Secara Hidroponik
  • Tanaman Yang Sesuai

Pilih tanaman yang sesuai dan dalam jangka masa pendek seperti sayuran dan herba. 

Pelbagai tanaman boleh ditanam secara hidroponik tetapi cara penanaman adalah berlainan mengikut jenis tanaman.

Sebagai contoh, bekas tanaman untuk sayuran seperti cili perlulah lebih besar berbanding sayuran daun seperti salad. 

Hal ini kerana keperluan air dan nutrien bagi setiap tanaman juga adalah berbeza.

  • Bekas

Bekas tanaman hidroponik terbahagi kepada dua iaitu bekas tanaman dan bekas takungan larutan nutrien. 

Jika anda ingin mencari bekas tanaman, pastikan saiz bekas itu bersesuaian dengan jenis tanaman yang anda inginkan. 

Bekas takungan juga perlulah cukup besar untuk menampung penggunaan air oleh tanaman. 

Sebagai contoh, bekas hidroponik yang menampung 15 liter larutan nutrien sesuai untuk lebih kurang 8 cawan sayuran daun membesar sehingga dituai.

  • Media
HOT  SOCSO : Ramai Yang Tidak Tahu Manfaat Ini

Media yang biasa digunakan dalam penanaman secara hidroponik antaranya ialah cocopeat, rockwool, span, dan hydroton. 

Fungsi utama media hidroponik adalah untuk “memegang” air dan nutrien, menyokong tanaman, dan membekalkan pengudaraan yang baik untuk akar tanaman. 

  • Sumbu
Kelebihan Menanam Secara Hidroponik

Media yang digunakan atau akar tanaman perlulah sentiasa mencecah larutan nutrien supaya tanaman menerima air dan nutrien. 

Antara bahan yang boleh digunakan untuk membuat sumbu ialah tali mop dan fabrik filter akuarium. 

Sumbu yang digunakan perlulah sesuai dengan tanaman dan cara tanam kerana keupayaan sumbu untuk menarik air adalah berbeza mengikut saiz dan bahan.

  • Semai

Ada dua cara semaian iaitu semai terus ke media hidroponik atau semai dan alih. 

Jika menggunakan cocopeat, sayuran daun terus boleh disemai ke bekas tanaman. 

Sayuran seperti cili dan terung sebaiknya disemai di dalam tray semaian dan kemudian dialihkan ke bekas tanaman hidroponik. 

  • Lokasi

Bekas tanaman perlulah diletakkan di tempat yang mendapat cahaya matahari dan terlindung daripada hujan. 

Tanaman perlu mendapat sekurang-kurangnya 4-5 jam cahaya matahari secara terus. 

Jika tanaman hidroponik anda menerima cahaya matahari secara terus sepanjang hari, anda perlu pastikan tanaman anda menerima jumlah air yang mencukupi. 

Lebih sesuai diletakkan di bawah pinggir bumbung supaya terlindung daripada hujan dan hanya mendapat cahaya matahari secara terus dari pagi hingga tengahari.

  • Larutan Nutrien

Nutrien dibekalkan kepada tanaman dengan menggunakan baja larut air atau baja AB.

Kadar kepekatan larutan nutrien adalah bergantung kepada umur dan jenis tanaman. 

Bagi sayuran daun, kepekatan larutan nutrien tidak perlu diubah sepanjang pertumbuhannya. 

Bagi sayuran buah pula, kepekatan larutan nutrien perlu ditingkatkan sewaktu peringkat berbunga dan berbuah. 

  • Penjagaan
HOT  10 Perkara Yang Anda Perlu Tahu Sebelum Membuat Tempahan Karpet Masjid, Surau & Pejabat

2 perkara yang perlu dipantau adalah memastikan larutan nutrien mencukupi dan kawalan serangga perosak tanaman.

Larutan nutrien perlu ditambah apabila ia sudah tidak mencukupi. Hal ini kerana apabila air menjadi sedikit, daun tanaman akan layu. 

Serangga perosak pula merujuk kepada ulat beluncas, afid, koya, lalat putih, dan nyamuk.

Penggunaan minyak semambu adalah amat sesuai bagi menghindari tanaman anda daripada diserang oleh makhluk perosak ini. 

Manakala, bagi mengekang bilangan nyamuk, anda perlu menukar larutan nutrien setiap 7 hari agar ia tidak membiak dalam bekas tanaman.

  • Tuai

Kebanyakan sayuran daun boleh dituai dalam sebulan dari waktu semaian. 

Sayuran daun digalakkan untuk menukar larutan nutrien kepada air, beberapa hari sebelum dituai bagi mengurangkan kandungan nitrat di dalam daun. 

Sayuran buah pula boleh dituai hasilnya sehingga umur 7-8 bulan sebelum anda menanam yang baru. 

Kelebihan Menanam Secara Hidroponik

  • Tanaman Tak Perlu Disiram Air

Seperti yang dinyatakan dia atas, anda tak perlu lagi siram pokok tanaman kerana ia sudah mempunyai air didalamnya! 

Jimat masa dan tenaga, bukan?

Ia sangat memudahkan urusan harian lebih-lebih lagi untuk anda yang mengalami kekangan masa disebabkan kesibukan kerja.

  • Lebih Nutrisi
Kelebihan Menanam Secara Hidroponik

Melaui teknik hidroponik ini, air dan baja dapat menyerap dengan lebih sempurna.

Ini kerana baja yang diletakkan tidak mengalami larut resap di mana dapat mengelakkan pembaziran baja.

  • Tak Memerlukan Ramai Tenaga Kerja

Anda seorang diri pun boleh mengendalikan tanaman hidroponik ini atas sebab proses penjagaan yang mudah. 

Malah, penggunaan kaedah ini hanya memerlukan ruang yang sedikit dan kecil sahaja. 

Jadi, anda boleh menjimatkan tenaga ketika mengendalikan tanaman ini seorang diri.

  • Mesra Alam Sekitar
HOT  The Timeless Appeal of Shirts: Versatile and Stylish Wardrobe Staples

Selain itu, kaedah ini juga mesra alam sekitar dimana ia tidak menggunakan racun serangga yang berbahaya. 

Malah, ia juga tidak menyumbang kepada pencemaran bau seperti bau najis dan sebagainya.

Kesimpulannya, penanaman kaedah hidroponik ini boleh dilakukan sama ada pada masa lapang atau jika anda betul-betul ingin mencubanya. 

Bagusnya tanaman fertigasi ini ia tidak mengambil ruang yang banyak dan anda tidak lagi perlu membelanjakan wang untuk dapatkan cili, tomato atau salad. 

Selain daripada tanaman ini, terdapat tanaman lain yang anda boleh gunakan kaedah hidroponik. Jika ingin tahu lebih lanjut, anda boleh dapatkan maklumat melalui artikelnya di sini

Kaedah hidroponik ini juga memerlukan baja yang berkualiti agar tanaman dapat tumbuh dengan baik. 

Jika anda inginkan baja bakteria yang berkualiti untuk tanaman hidroponik, anda boleh dapatkan baja PowerGRO. 

Penggunaan baja PowerGRO ini membantu untuk:

  • Meningkatkan hasil tanaman dengan lebih banyak
  • Anak pokok dapat membesar dengan baik dan penghasilan daun yang segar.
  • Akar tanaman dapat membiak dan berkembang. 
  • Tunas dan pucuk dapat tumbuh dengan banyak. 

Jangan risau. 

Cara penggunaan baja ini teramatlah mudah. Anda hanya perlu membancuh baja PowerGRO (dalam jumlah 3ml hingga 5ml)  dengan air tanpa klorin. 

Kemudian, anda sudah boleh sembur baja ini pada daun atau batang tanaman anda. 

Bagi memastikan tanaman anda menerima baja yang secukupnya (tanpa terkurang atau terlebih), pastikan anda sembur bancuhan baja ini seminggu sekali sahaja. 

Jadi, mari dapatkan baja PowerGRO ini sekarang agar tanaman hidroponik anda dapat tumbuh dengan lebih elok! 

Dapatkan Baja PowerGRO Anda Untuk Tanaman Hidroponik Di Sini!