kanser payudara lelaki

Kanser payudara dilaporkan kanser yang paling tinggi dan kerap dihidapi oleh kaum wanita. Namun adakah kaum lelaki juga mempunyai risiko untuk menghidapinya? Ia muncul apabila sel-sel payudara mulai tumbuh secara tidak normal. Sel-sel inilah yang menjadi tiitk permulaan kepada kanser.

Simptom Kanser Payudara

  1. Kesakitan/ketulan pada bahagian ketiak atau payudara yang berterusan
  2. Tanda kemerah merahan atau bengkak pada payudara
  3. Keluar cecair daripada puting seperti cairan darah bercampur nanah.
  4. Perubahan puting yang tenggelam (ketara)
  5. Bentuk payudara yang berubah atau tidak sama saiz
  6. Payudara atau puting yang berkeruping atau menggelupas

Dianggarkan lebih kurang 1 dalam 19 wanita menghidapi kanser payudara di Malaysia. Persoalannya sekarang, adakah lelaki juga mempunyai risiko menghidapi kanser ini?

Setiap lelaki mempunyai tisu payudara walaupun bilangan tisu tersebut tidaklah banyak seperti wanita, mereka juga masih berisiko untuk mendapat penyakit ini. Kanser payudara dikalangan lelaki agak susah untuk dikesan berbanding perempuan kerana bentuk payudara yang agak leper serta amaun tisu payudara yang sedikit menyebabkan ianya susah didiagnosis.

Tanda-tanda kanser payudara kebiasaanya tidak terlalu kelihatan atau menonjol pada peringkat awal, menyebabkan ianya sukar dikesan pada awal peringkat. Sel kanser kelihatan telah merebak secara perlahan tanpa disedari oleh pesakit.

Siapakah dikalangan lelaki yang berisiko?

Lelaki yang berumur 60 hingga 70 dilaporkan mempunyai risiko untuk mendapat kanser payudara berbanding yang berumur 60 tahun ke bawah. Pesakit yang mempunyai latar belakang keluarga yang menghidapi kanser payudara juga cenderung untuk mewarisi kanser ini.

Perkara yang mendatangkan kecenderungan untuk mendapat kanser payudara bagi lelaki

1. Saudara lelaki atau keturunan yang sebelumnya yang ada sejarah kanser payudara.

Bertanyalah dan mengambil berat akan keturunan keluarga yang mempunyai sejarah kanser payudara, mangambil langkah berjaga-jaga dapat mencegah diri daripada terkena penyakit yang sama dan ianya adalah tidak mustahil jika anda mewarisi penyakit keturunan ini.

2. Testosteron

Hormon estrogen adalah hormon wanita, namun ada sesetengah lelaki yang mengambil hormon ini atas sebab-sebab tertentu. Hormone testosterone ini kebiasaanya didapati dalam penjualan ubat hormon yang membantu membina otot-otot pada tubuh badan lelaki. Golongan yang obses dengan bina badan adalah mereka yang ada mengambil ubat-ubatan atau supplement yang mengandungi bahan terkawal ini. Pengambilan testosterone ini akan membantu mereka mencapai bentuk badan yang diidamkan tanpa latihan yang berlebihan.

Seterusnya, golongan lelaki yang merubah fizikal lelaki mereka kepada perempuan atau lebih dikenal sebagai transgender. Kaum lelaki ini menginginkan bentuk tubuh badan seperti wanita. Pengambilan testosterone akan membantu mereka mendapat bentuk buah dada dan pinggul seperti wanita, ubat hormon ini akan membantu mengubah fizikal mereka secara perlahan. Pengambilan testosterone sedikit sebanyak meningkat risiko untuk mendapatkan kanser.

3. Sindrom klenifelter

Sindrom klenifelter adalah sindrom yang jarang berlaku, ianya apabila seseorang lelaki mempunyai kromosom X yang berlebihan daripada yang biasa. Sindrom ini adalah masalah genetik, antara ciri ciri yang mempunyai sindrom kelnifelter ini ialah karakter yang lebih cenderung kepada perempuan seperti mempunyai tulang pinggul lebar seakan wanita, kurang berbulu dan tidak subur. Mereka yang mempunyai sindrom ini dilaporkan mempunyai risiko untuk mendapat kanser payudara. Kekerapan untuk lelaki menghidapi masalah genetik ini adalah 1 daripada 500 hingga ke 700 orang lelaki.

4. Terdedah kepada radiasi

Lelaki yang pernah atau bekerja di tempat yang terdedah kepada mana-mana radiasi yang berbahaya mempunyai risiko kanser payudara kerana tubuh telah terdedah dengan sinaran radiasi yang berbahaya. Radiasi boleh menyebabkan perubahan sel-sel didalam badan. Bukan kanser payudara sahaja bahkan mana-mana kanser juga mungkin terdapat risiko yang tinggi untuk aktif didalam badan seseorang.