insurans
Advertisement

Ha! Biar betul ada aktiviti lasak yang insurans tak cover? Habistu tak boleh sertai sukan ekstremlah ni?

Beberapa hari lepas kami ada scroll twitter: 

Sumber

Kami sendiri ambil insurans. Jadi tiba-tiba ingin tahu, kenapa pula tak dilindungi syarikat insurans ya? 

Dah bayar mahal-mahal tapi TERsertai sukan ekstrem, tak cover pula ya?

Tapi selepas digali dan dicari, sebenarnya jawapan kepada soalan ini adalah, salah!

Jom baca untuk tahu lebih lanjut.

Perbezaan Insurans Nyawa dan Insurans Kesihatan

Untuk menghuraikan perbezaan antara ke dua-dua pelan ini, anda perlu ketahui perkara asanya dahulu.

Insurans nyawa atau hayat adalah skim caruman kewangan yang dibayar dalam jumlah tertentu secara bulanan atau tahunan.

Jadi ianya akan memberikan manfaat kepada tanggungan atau waris pencarum dalam bentuk kewangan jika pencarum meninggal dunia.

Tujuan utama insurans hayat adalah untuk membantu individu dalam tanggungan pencarum yang mungkin terjejas dari aspek kewangan.

Jadi pencarum perlu menyenaraikan penama-penama penting yang bakal mewarisi wang pampasan sewaktu mencarum.

Jika tidak, waris atau tanggungan pencarum menyediakan Surat Pemberian Probet atau Surat Arahan Perintah Pembahagian untuk menerima manfaat.

Namun manfaat atau wang pampasan ini tidak boleh dituntut sekiranya pencarum membunuh diri.

Apa Pula Insurans Kesihatan Dan Insurans Perubatan?

Pelankesihatan atau perubatan juga skim caruman kewangan yang perlu dibayar pada jumlah tertentu mengikut premium yang dipilih secara bulanan atau tahunan.

Bezanya adalah, insurans ini akan memberikan bantuan kewangan kepada pencarum sekiranya berlaku sebarang masalah kesihatan kepada si pencarum.

Tujuan pelan perubatan diwujudkan adalah untuk membantu pencarum sekiranya dia terjejas kemampuan untuk menjana pendapatan bagi melunaskan apa-apa bil berkaitan masalah perubatan.

HOT  7 Penggunaan Baja Organik Yang Betul Untuk Tanaman Anda

Antara faedah pelan perubatan adalah, klinik atau hospital panel yang didaftarkan untuk mendapatkan rawatan kerana premium ini yang akan cover.

Tetapi tidak semua jenis penyakit yang akan ditanggung kos rawatan dan ubatan oleh pihak insurans bergantung pada terma dan syarat.

Sebagai contoh, penyakit kronik seperti kanser dan strok mungkin perlukan pencarum untuk mencarum caruman lain iaitu insurans penyakit kritikal.

Secara singkat terdapat empat jenis utama pelanperubatan di Malaysia:

Insurans kemasukan ke hospital dan pembedahan

Anda akan dilindungi dari segi kos rawatan di hospital dan kos pembedahan untuk penyakit yang tersenarai dalam polisi

Pelan penyakit ditakuti dan penyakit kritikal: 

Ini menyediakan faedah sebaik sahaja didiagnosis 36 jenis penyakit kritikal

Insurans pendapatan hilang upaya

Memberikan sumber pendapatan berterusan untuk menggantikan pendapatan sebelum hilang upaya dan jika tidak mampu bekerja akibat penyakit atau kecederaan.

Apakah Perbezaan Sebenar Antara Insurans Nyawa dan Insurans Kesihatan?

Polisi insurans nyawa; manfaat kewangan akan diperolehi oleh penama-penama di dalam skim caruman.

Polisi insurans perubatan; manfaat kewangan akan diperolehi jika pencarum mengalami masalah keadaan kesihatan.

Adakah Sukan Ekstrem Tidak Dilundungi Insurans?


Jawapan pendekā€¦. Tidak. Maksud kami, sukan ekstrem dilindungi insurans, cumanya anda perlu declare.

Nak kami jelaskan dengan lebih telus?

Baiklah. Teruskan membaca.

Kebanyakan sukan atau aktiviti harian yang anda lakukan biaasanya dilindungi oleh pelan perlindungan takaful atau insurans biasa.

CUMA, bagi sukan ekstrem dan aktiviti rekreasi lain syarikat insurans selalunya menyediakan pakej pelan perlindungan yang khusus.

Jenis Perlindungan Pelan perlindungan khusus ini secara amnya dipanggil Sport Personal Accident (SPA) atau lain-lain mengikut syarikat tersebut.

SPA adalah pelan perlindungan peribadi untuk mereka yang melibatkan diri dalam aktiviti luar atau sukan yang disenaraikan oleh syarikat sebagai aktiviti yang dilindungi.

HOT  Apa Beza Cukai Tanah dan Cukai Petak Di Selangor?

Aktiviti ini termasuklah aktiviti air atau darat yang tidak dilindungi mana-mana pelan perlindungan takaful atau insurans biasa.

Oleh sebab aktiviti ini bukanlah aktiviti rutin bagi setiap orang – ada yang cuma lakukan aktiviti ekstrem sebagai hobi sahaja, kadar sumbangan atau premium adalah dalam bentuk tahunan dengan jumlah yang berpatutan.

Apakah Sukan Atau Aktiviti yang dilindungi Dibawah Pelan Ini?

  1. Aktiviti Sukan
  • Olahraga
  • Memanah
  • Badminton
  • Bola Keranjang
  • Berbasikal
  • Ekuestrian
  • Lawan Pedang
  • Hoki Padang
  • Golf
  • Gymnastik
  • Bola Baling
  • Maraton
  • Seni Mempertahankan Diri (kecuali tinju dan gusti)
  • Bola Jaring
  • Ragbi
  • Sepak Takraw
  • Squash
  • Bola Sepak
  • Softball
  • Menembak
  • Paintball
  • Ping Pong
  • Bola Tampar
  • Angkat Berat
  1. Aktiviti Air
  • Menyelam
  • Jet Ski
  • Kayak
  • Perahu Layar
  • Snorkeling
  • Berenang
  • Parasailing
  • Meluncur
  • Mendayung
  • Berakit
  • Polo Air
  1. Aktiviti Lasak/Ekstrem
  • Abseiling
  • Bungee Jump
  • Menjelajah Gua
  • Go Kart
  • Hang Gliding
  • Inline Skating
  • Mountaineering/Hiking
  • Parachuting
  • Power Boat
  • Roller Skating
  • Roller Hockey
  • Selam Skuba
  • Skateboarding
  • Skydiving

Jadi anda tak perlu risau kalau nak beriadah sukan ekstrem. Anda cuma perlu declare. Kalau tak declare, macam mana pihak di sana nak tahu, kan?

Yang penting, anda perlu rujuk dahulu dengan agen anda atau tanya terus kepada HQ. 

Bolehlah mereka susun pelan anda dengan lebih baik.

Syarikat yang menawarkan Pelan Perlindungan Personal Accident.

  1. Etiqa Takaful (Takaful Buddy PA)
  2. MISG Insurance (MSIG Sports Personal Accident Insurance)
  3. Tune Protect (Sports+ Plan)
  4. Great Eastern (Sports Insurance)

Manfaat Perlindungan Personal Accident

Setiap syarikat takaful atau insurans menawarkan manfaat yang berbeza-beza tapi kami senaraikan di bawah manfaat yang biasanya ada dalam pelan perlindungan ini.

  1. Manfaat kematian
  2. Manfaat kecacatan kekal dan menyeluruh
  3. Manfaat kos rawatan hospital
  4. Elaun harian hospital
  5. Perbelanjaan perubatan hospital dan bilik wad
  6. Perbelanjaan perubatan pesakit luar.
HOT  Cara Renew Road Tax & Insurans Kereta Selain MyEG (Mudah dan Jimat 10%)

Ha.. Dah jelaskan? Kalau belum jelas, anda perlu dapatkan nasihat agen anda dahulu untuk keterangan yang lebih lanjut.

Ah terang betul keterangan!

Hal ini kerana setiap syarikat mempunyai polisi yang berbeza-beza. 

Ada yang mengatakan untuk leisure activity  tak akan dilindungi, ada pula yang kata akan dilindungi.

Apa-apa pun dapatkan nasihat dahulu ya!

Klik di sini untuk baca artikel lain berkaitan topik yang berkaitan.