Sebenarnya, nasi ayam adalah masakan yang berasal dari China. Ianya bukan menu asal dari Malaysia. Tapi, kini ianya sudah menjadi antara menu kegemaran pelbagai kaum di Malaysia.

Nasi ayam ada pelbagai variasi. Ada yang kukus, ada yang bakar dan ada juga berkuah madu.

Bagi saya, variasi paling mudah dan jimat masa untuk disediakan adalah, resepi resepi nasi ayam Hainan.

Anda boleh masak guna rice cooker yang 2-in-1 (ada steamer+periuk nasi). Jadi, sambil-sambil tunggu nasi siap masak, ayam juga akan dikukuskan sekali.

Bahan-bahannya:

Bahan A (Perapan Ayam) :

  1. Kicap manis 1 sudu (jenama Mudim paling sesuai dan sedap)
  2. Kicap cair 2 sudu
  3. Sos tiram 1 sudu
  4. Bawang merah 1 biji (kisar)
  5. Bawang Putih 2 ulas (kisar)
  6. Halia 2 cm (kisar)
  7. Ayam 2 ketul (potong 12)

Bahan B (untuk nasi) :

  1. Lemak ayam (rahsia utama resepi nasi ayam cina)
  2. 5 cawan beras
  3. Bawang merah 1 biji
  4. Bawang Putih 2 ulas
  5. Halia 2 cm (ketuk hancur)
  6. Minyak bijan 1 sudu (bagi bau sedap)
  7. Mentega (rahsia rasa lemak masin)
  8. Garam

Bahan C (untuk sup dan sos) :

  1. Bawang merah 1 biji
  2. Bawang putih 4 ulas
  3. Halia 3 cm (2 cm untuk sos dan 1 cm untuk sup)
  4. Kicap cair 3 sudu
  5. Gula melaka (untuk rasa lemak manis)
  6. Cili merah 2 batang
  7. 1 sudu minyak bijan

Proses Penyediaan Ayam :

  1. Bersihkan ayam dan trim keluarkan lemaknya. Lebihan lemak ini akan digunakan untuk masak nasi ayam nanti.
  2. Sediakan stok ayam. Caranya, buka api besar. Bila air menggelegak, masukkan ayam dan tunggu sampai suku masak (sekitar 2-3 minit)
  3. Keluarkan ayam dan rendamkan air ais selama 5 minit. (Proses ni menjadikan ayam kita juicy. Bila masak nanti, luar Nampak cantik dan isi dalam berair.)
  4. Perapkan ayam dengan bahan A. Kalau nak sedap, perapkan ayam selama 1 jam.

Cara Memasak:

  1. Mula-mula cairkan butter serta 1 sudu minyak bijan. Tumiskan bawang merah, bawang putih, halia dan lemak ayam.
  2. Bila bau bahan tumis dah mula layu dan garing, masukkkan beras dan kacaukan.
  3. Masukkan 2 suku cawan stok ayam yang kita sediakan masa proses penyediaan ayam. Kalau nak ada rasa sikit, boleh tambah garam sikit.
  4. Letakkan ayam pada ruang mengukus dan tutup periuk nasi. Bila nasi masak nanti, ayam pun akan masak sekali.

Nota: Kalau anda tiada rice cooker 2-in1 dan malas nak kukus ayam berasingan… Anda juga boleh bakar terus dalam oven. Perapan ayam ini sesuai juga untuk ayam roasted.

Selamat Mencuba!

Sumber:
Resepi asal didapati dari blog foodlab.my