i-Citra KWSP
Advertisement

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) merupakan sebuah institusi kerajaan yang ditubuhkan pada tahun 1951. KWSP bertujuan untuk membantu pekerja-pekerja di Malaysia dalam hal pengurusan simpanan hari tua.

Dengan berlandaskan Akta Kumpulan Wang Simpanan Pekerja 1991, KWSP telah menyediakan bantuan dalam pengurusan wang simpanan seperti i-Sinar, i-Lestari dan i-Citra.

Ketiga-tiga bantuan adalah bersesuaian mengikut situasi yang dihadapi oleh pekerja-pekerja di Malaysia, terutamanya pada musim pandemik Covid-19 ini.

Majoriti rakyat Malaysia terkesan secara langsung akibat pandemik Covid-19 sejak Mac tahun lalu. Antaranya ialah kehilangan kerja, pemotongan gaji dan sebagainya.

Oleh itu, KWSP memperkenalkan bantuan pengurusan wang simpanan yang terbaharu iaitu i-Citra. Ia adalah untuk mengurangkan beban rakyat Malaysia dalam menghadapi PKP 3.0 dalam jangka masa pendek.

Sehubungan itu, artikel ini akan menerangkan secara ringkas mengenai bantuan KWSP yang terkini iaitu i-Citra. Teruskan membaca.

Apa itu i-Citra KWSP?

kwsp

i-Citra ialah inisiatif daripada pihak kerajaan menerusi Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Rakyat (PEMULIH). Ia bertujuan untuk membantu rakyat Malaysia dalam membiayai perbelanjaan bulanan seperti membeli keperluan harian.

Selain itu, peniaga-peniaga kecil juga boleh memanfaatkan bantuan ini untuk menampung perbelanjaan perniagaan mereka.

Berikut ialah info-info penting yang anda perlu tahu mengenai i-Citra.

Syarat Kelayakan Memohon i-Citra KWSP?

kwsp

Perkara utama yang anda perlu tahu ialah kelayakan anda sebagai pemohon i-Citra.

1)   Pencarum Sah KWSP

Syarat utama untuk individu yang ingin memohon i-Citra ialah individu tersebut ialah seorang pencarum KWSP yang sah serta berumur 55 tahun dan ke bawah.

2)   Status Kewarganegaraan

Adakah i-Citra khas untuk warganegara Malaysia sahaja?

Tidak! Bukan warganegara Malaysia pun layak untuk memohon i-Citra.

HOT  5 NASI LEMAK BERLAUK TERBAIK DI SEKITAR LEMBAH KLANG

Meskipun i-Citra merupakan bantuan kewangan yang disalurkan kepada rakyat Malaysia, namun nasib yang menimpa orang yang bukan warganegara Malaysia juga terjejas sama.

Oleh itu, pihak kerajaan dan KWSP bersama-sama menghulurkan bantuan kewangan kepada mereka yang berada dalam kesempitan sepanjang tempoh PKP ini.

3)   Jumlah Baki Simpanan

Antara perkara penting yang anda perlu tahu ialah jumlah baki simpanan bagi akaun 1 dan akaun 2. Jumlah baki ini akan menentukan status keahlian anda sebagai pencarum sah KWSP.

Pada tarikh permohonan i-Citra, anda perlu memastikan bahawa jumlah baki simpanan akaun KWSP anda mempunyai RM150. Sekiranya tidak, anda tidak boleh mengeluarkan amaun maksimum.

Had Pengeluaran

Sebagai seorang pencarum sah KWSP, anda perlu tahu had pengeluaran i-Citra yang telah ditetapkan oleh pihak KWSP.

Nak tahu berapa had pengeluaran i-Citra?

Teruskan membaca butiran yang disediakan di bawah:

1)          Amaun Maksimum ialah RM5000

Pencarum perlulah patuh kepada had pengeluaran amaun yang telah ditetapkan oleh pihak KWSP. Maksimum amaun yang boleh dikeluarkan ialah RM5000.

2)          RM5000 – Sekaligus Atau Secara Bulanan?

Dengan jumlah wang yang besar itu, pastinya ramai tertanya tentang kaedah pengeluarannya.

Bolehkah RM5000 tersebut dikeluarkan sekali gus?

Jawapannya, tidak.

Pihak KWSP telah menetapkan syarat bahawa pencarum akan menerima RM1000 per sebulan. Baki bayaran bulanan akan dikreditkan kepada pencarum pada bulan-bulan seterusnya.

Tetapi, jika jumlah baki akaun KWSP pencarum tidak memenuhi syarat pengeluaran, jumlah pengeluaran wang yang dibenarkan adalah kurang daripada RM1000.

Ini kerana jumlah pengeluaran wang yang dibenarkan adalah tertakluk kepada jumlah baki yang ada di dalam akaun KWSP.

3)          Pengkreditan Amaun Mengikut Prosedur Bank Pilihan Pencarum

Sebarang aktiviti pengkreditan amaun daripada akaun KWSP kepada akaun bank lain adalah pilihan pencarum.

HOT  Membongkar Mitos dan Meningkatkan Kesedaran tentang Kesihatan Mental

Namun, pencarum perlu ingat bahawa setiap bank mempunyai prosedur tersendiri. Oleh itu, pengkreditan amaun dari akaun KWSP akan memakan masa dalam 1-3 hari berkerja.

Tarikh Permohonan

kwsp

Berita baik buat bakal pemohon i-Citra!

Tarikh permohonan i-Citra telah dibuka sejak 12 Julai 2021 sehingga 30 September 2021.

Cara-Cara Membuat Permohonan Baru i-Citra KWSP

Permohonan i-Citra boleh dilakukan secara dalam talian (online). Untuk ini, pencarum yang memenuhi syarat kelayakan boleh memohon i-Citra di laman portal rasmi KWSP i-Citra.

Setelah itu, pencarum perlu mengisi butiran-butiran peribadi untuk mengesahkan identiti mereka.

Berikut merupakan butiran yang pencarum perlu tahu untuk membuat permohonan i-Citra:

1. Masukkan nombor kad pengenalan (IC) dan nombor telefon yang masih AKTIF

(Bagi bukan warganegara Malaysia, anda dikehendaki untuk memasukkan nombor MyPR atau MyKAS)

2.  Masukkan nombor One Time Password (OTP) atau soalan keselamatan untuk pengesahan identiti

3. Tetapkan amaun pengeluaran

4. Lengkapkan maklumat yang diminta oleh pihak KWSP (Maklumat Pemohon, Maklumat Pembayaran dan Kaji Selidik)

5. Semak maklumat yang telah diisi

6. Selesai

kwsp
kwsp

 

Cara Menyemak Online I-Citra

kwsp

Setelah anda melakukan permohonan i-Citra, anda boleh menyemak status permohonan di laman web portal i-Citra KWSP.

Anda hanya perlu memasukkan nombor kad pengenalan dan nombor telefon untuk pengesahan identiti.

Kemudian, anda perlu menekan butang “Semak Status” untuk mengetahui permohonan anda diluluskan atau tidak.

Namun begitu, anda boleh menyemak status pemohonan ini pada tarikh 16 Julai 2021.

Tarikh Pembayaran i-Citra

kwsp

Pastinya anda tertanya-tanya, bilakah tarikh pembayaran i-Citra akan dibuat?

Pembayaran i-Citra ke akaun bank pilihan pencarum akan dilaksanakan pada 2 Ogos 2021. Pembayaran tersebut akan dilakukan secara berperingkat.

HOT  Tips Belajar Sejarah Dengan Berkesan

Untuk makluman pemohon i-Citra, pembayaran i-Citra ke akaun bank akan dilaksanakan pada 2 Ogos 2021 secara berperingkat.

Apakah yang dimaksudkan dengan secara berperingkat?

Pembayaran i-Citra secara berperingkat adalah berdasarkan jumlah amaun akan dikreditkan ke akaun anda.

Jadual pengkreditan amaun ke bank akaun pilihan adalah berbeza mengikut jadual yang telah ditetapkan.

Untuk mengelak sebarang kekeliruan, anda dinasihatkan untuk screenshot jadual bayaran semasa anda membuat permohonan secara atas talian.

Semak Baki KWSP

kwsp

Sebelum membuat pengeluaran wang daripada akaun anda eloklah sekiranya anda menyemak jumlah baki KWSP terdahulu.

Mudah sahaja!

Pertama sekali, anda hanya perlu memuat turun (download) aplikasi i-akaun di dalam telefon pintar anda. Aplikasi ini boleh didapati di kedua-dua sistem, Google Play Store dan juga iOS.

Selepas proses muat turun selesai, anda boleh log masuk ke akaun dengan mengisi ID milik anda. Setelah itu, anda kini boleh menyemak jumlah baki akaun KWSP dengan mudah.

Wabak pandemik Covid-19 bukan suatu kejadian yang boleh dipandang enteng oleh mana-mana pihak.

Rakyat Malaysia kini berterusan diuji dengan pelbagai rintangan. Maka, pihak kerajaan dan pihak berkuasa bersama-sama menghulurkan pelbagai bantuan kepada rakyat Malaysia.

kwsp

i-Citra merupakan salah satu inisiatif daripada pihak kerajaan bagi mengurangkan beban rakyat Malaysia dalam isu perbelanjaan.

Oleh itu, rakyat Malaysia terutama golongan pencarum sah boleh memohon i-Citra bagi menampung pembelanjaan harian dan menyara keluarga.

Anda boleh mendapatkan maklumat lebih lanjut berkaitan i-Citra melalui portal rasmi dan juga akaun Twitter KWSP.