HRMIS

Anda penjawat awam? Sudahkah anda mengemaskini maklumat anda di HRMIS?

Jika belum, sila teruskan membaca untuk mengetahui fungsinya.

Anda akan terus update maklumat anda selepas mengetahui faedahnya.

hrmis online

Apa itu HRMIS?

hrmis 2.0

HRMIS adalah Human Resources Management System – Sistem Pengurusan Maklumat Sumber Manusia yang merupakan salah satu portal Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia untuk memastikan pengurusan Penjawat Awam lebih sistematik dan berinitegriti.

Manfaat kepada semua penjawat awam kecuali PDRM dan ATM kerana mereka mempunyai sistem tersendiri yang diurus tadbir oleh mereka.

HRMIS dibangunkan secara komprehensif dengan mengambil kira semua proses dan fungsi HR dari mula perlantikan sehingga kepada penamatan perkhidmatan. Semua rekod berkaitan kakitangan sepanjang perkhidmatan akan direkod dan disimpan secara digital. 

Fungsi HRMIS adalah:

·         Formulasi dan Penilaian Strategi

·         Perolehan Sumber Manusia

·         Pembangunan

·         Pengurusan Kerjaya

·         Pengurusan Saraan, Faedah, dan Ganjaran

·         Pengurusan Komunikasi dan Tatatertib Pekerja

·         Pengurusan Prestasi

·         Penilaian Kompetensi

·         Pengurusan Rekod Peribadi

·         Penamatan Perkhidmatan

·         Data Perjawatan

·         Perkhidmatan Maklumat

Aplikasi MyHRMIS eGL merupakan satu lagi inovasi baharu yang dibangunkan oleh JPA. Ia memaparkan rekod Surat Pengesahan Diri dan Pengakuan Pegawai (GL) untuk penjawat awam sebagai kaedah alternatif kepada eGL online atau manual.

Maklumat yang terkandung dalam aplikasi ini diambil dari Sistem HRMIS. 

Fungsi dalam Aplikasi MyHRMIS eGL:

1) Maklumat Pegawai: Memaparkan maklumat peribadi, profil perkhidmatan, gaji pegawai. Elemen yang dipaparkan adalah elemen yang digunakan oleh eGL.

HOT  Kluster Tabligh Lagi Mesra Dari Kluster Oversea Yang Menjengkelkan. Kata Doktor

2) Jana eGL: Membolehkan pegawai menjana eGL.

3) Ahli Keluarga: Memaparkan maklumat keluarga pegawai. Elemen yang dipaparkan adalah elemen yang digunakan oleh eGL.

4) Direktori Hospital/Klinik: Memaparkan nama, nombor telefon dan alamat hospital/klinik Kerajaan.

Ciri-ciri yang terdapat dalam Aplikasi MyHRMIS eGL:

1) Kemudahan ingat kata laluan.

2) Kemudahan link kepada MyHRMIS Cuti.

Panduan mengemaskini

  1. Laman web atau
  2. Aplikasi di playstore/App store
  3. Log in atau daftar jika anda pertama kali akses, masukkan IC anda dalam ruangan ID dan Kata Laluan. Tukar kata laluan untuk tujuan keselamatan.

Proses mengemaskini HRMIS online:

  1. Klik pada rekod peribadi 
  2. Klik pada fungsi
  3. Klik kemaskini rekod peribadi

Data yang wajib diisi penjawat awam

  1. Data peribadi,keluarga dan pendidikan
  2. Pengisian data lain digalakkan.

Kemaskini maklumat berkaitan Gelaran, Nombor Surat Beranak, No Tel, Email, Alamat Tetap dan Surat Beranak.

Klik Hantar 

 Kemaskini data keluarga

  1. Klik pada pautan keluarga.
  2. Sekiranya tiada maklumat keluarga,klik pada tambah
  3. Anda boleh tambah maklumat tentang suami, isteri, ibu, bapa, ibu tiri, bapa tiri, anak kandung, anak angkat dan lain-lain.
  4. Untuk menambah maklumat tentang anak, anda harus mengisi maklumat tentang isteri terlebih dahulu.
  5. Untuk memastikan ahli keluarga mendapat kemudahan perubatan, klik ‘YA’ pada status tanggungan, status waris dan penerima pencen.

Tonton video di bawah untuk tutorial lengkap untuk mengemaskini secara online.

Anda juga boleh tonton video di bawah ini untuk tutorial lengkap untuk mengemaskini HRMIS dengan menggunakan aplikasi:

Tiga Komponen utama aplikasi HRMIS .

  • myHRMIS Profil

Segala butiran di sini bolehdisemak dan dikemaskini

  • myHRMIS eGL

Alternatif bagi  memaparkan rekod surat pengesahan diri serta perakuan pegawai (GL) bagi keperluan di hospital dan klinik kerajaan untuk mendapatkan rawatan. 

  • myHRMIS Cuti
HOT  M2U: Cara Transfer Duit Dengan Maybank2u

Dengan myHRMIS, anda boleh memohon cuti secara online dengan mudah.

Melalui kemudahan layan diri yang disediakan, penjawat awam dapat memudahkan proses berikut:

(i) mengemas kini rekod peribadi; 

(ii) memohon dan menyemak cuti rehat; 

(iii) mengemukakan tuntutan; 

(iv) memantau prestasi kerja; 

(v) memohon kursus yang bersesuaian; 

(vi) membuat penilaian kompetensi; 

(vii) memohon pertukaran; dan 

(viii) memohon kaunseling. 

Dengan portal HRMIS, anda akan dapat mengemaskini maklumat diri anda secara online dan memudahkan urusan anda untuk hal-hal seperti persaraan, cuti dan manfaat kesihatan.

Kini semuanya hanya di hujung jari sahaja!

Bacaan Lanjut: Cara Semak Penyata Gaji Secara Online