Harta Sepencarian di Kelantan

Harta Sepenceraian bukan sahaja melibatkan emosi dan hubungan, malah turut membabitkan urusan pembahagian harta. Dalam konteks undang-undang Islam di Malaysia, khususnya di Kelantan, isu harta sering menjadi perbincangan hangat. Ramai yang masih keliru tentang hak masing-masing selepas perpisahan, dan lebih membimbangkan, ada yang langsung tidak menuntut apa yang sepatutnya menjadi milik mereka.

Apa Itu Harta Sepencarian?

Harta sepencarian merujuk kepada harta yang diperoleh bersama oleh suami dan isteri sepanjang tempoh perkahwinan, sama ada melalui sumbangan secara langsung seperti membeli rumah atau kenderaan bersama, atau sumbangan tidak langsung seperti menjaga rumah tangga dan anak-anak.

Undang-Undang Berkaitan Harta Sepencarian di Kelantan

Di Kelantan, tuntutan harta sepencarian boleh dibuat di Mahkamah Syariah selepas berlaku perceraian atau kematian pasangan. Mahkamah akan mempertimbangkan beberapa faktor sebelum membahagikan harta, termasuk:

  • Tempoh perkahwinan
  • Sumbangan secara langsung atau tidak langsung
  • Nilai harta yang dituntut
  • Sama ada pasangan bersetuju secara bersama atau perlu melalui proses penghakiman

Ramai yang beranggapan bahawa harta hanya boleh dituntut sekiranya ia dibeli atas nama bersama. Sebenarnya, walaupun harta itu didaftarkan atas nama satu pihak sahaja, ia masih boleh dituntut sebagai harta sepencarian sekiranya wujud bukti sumbangan atau usaha semasa perkahwinan.

Kenapa Ramai Gagal Buat Tuntutan?

Antara sebab utama ialah kurang pengetahuan tentang hak masing-masing, takut berurusan dengan mahkamah, atau tidak tahu bagaimana untuk memulakan proses. Sedangkan, tuntutan harta sepencarian ini adalah hak yang diiktiraf oleh undang-undang syariah dan boleh memberi kelegaan kepada pihak yang teraniaya selepas penceraian.

Perlukan Bantuan?

Sekiranya anda berada dalam situasi penceraian dan tidak pasti bagaimana untuk menuntut harta sepencarian di Kelantan, anda tidak bersendirian. Dapatkan maklumat lanjut serta panduan lengkap di artikel ini:
Harta Sepencarian di Kelantan: Hak Anda Selepas Berpisah

HOT  Tips Berpantang Terbaik Untuk Ibu Lepas Bersalin

Artikel tersebut menghuraikan langkah-langkah tuntutan, dokumen yang diperlukan, dan bagaimana seorang peguam syarie boleh membantu anda menuntut hak anda dengan lebih yakin dan tersusun.