Hamper Corporate
Advertisement

Di Malaysia, ketika musim perayaan, kebanyakan syarikat mula mencari gift hamper korporat untuk dihadiahkan kepada para pelanggan, pengarah syarikat, kakitangan dan seumpamanya.

Kemuncak permintaan hamper yang tinggi kebiasaannya ketika musim perayaan seperti Tahun Baru Cina, Aidilfitri, Deepavali dan Krismas. Selain itu, hamper turut menjadi pilihan ketika majlis keraian seperti sambutan pembukaan syarikat, Hari Setiausaha, persaraan dan seumpamanya.

Namun begitu, ramai yang kurang arif tentang pemilihan hamper yang sesuai untuk sektor korporat.Kebiasaannya, hamper korporat haruslah menonjolkan aspek kualiti dari segi penggunaan bakul, makanan, minuman dan hadiah yang digunakan.

Kategori hamper dapat dinilai menerusi hadiah yang terdapat di dalamnya, jenis makanan atau minuman seperti biskut, dodol, muruku, air sparkling, wain, buah-buahan kering, kurma dan lain-lain lagi.

Berikut adalah tips memilih hamper korporat yang baik.

1. Bakul atau Tapak Hamper

tapak hamper

Perekabentuk hamper korporat biasa memilih bakul berasaskan buluh kualiti, kotak kayu berukir, songket, kulit pvc mahupun besi. Kotak songket amat sesuai untuk syarikat yang mementingkan elemen tradisi. Hotel amat sesuai untuk penggunaan kotak songket kerana dapat mengetengahkan budaya Malaysia.

Pilihlah bakul atau bekas yang mempunyai warna bumi seperti hitam, cream, putih. Elakkan memilih warna terang seperti jingga dan pink.

2. Coklat

coklat hamper

Hamper untuk dihadiahkan kepada golongan vip kebiasaannya menggunakan coklat hasil tangan yang bermutu tinggi seperti Patchi dan Godiva. Harga coklat buatan tangan ini boleh mencecah ribuan ringgit untuk sebekas.

Manakala coklat Ferrero Rocher boleh dikategorikan sebagai kualiti sederhana.

3. Teh

twg tea

Sekiranya anda ingin memilih hamper korporat, boleh perhatikan hamper yang memasukkan teh kualiti seperti TWG Tea. Nilaian teh ini boleh mencecah ratusan ringgit untuk setiap kilogram. Keaslian tehnya yang menjadikan nilai bermutu tinggi. Sebagai contoh sekiranya anda memilih teh buah peach, anda akan dapati di dalam ramuan teh tersebut terdapat kepingan buah peach asli yang telah dikeringkan.

HOT  i-Citra KWSP: Cara-Cara Buat Permohonan dan Semak Status

4. Makanan atau Minuman

cmw

Biskut yang terdapat di dalam hamper kebiasaannya menggunakan ramuan mentega asli dan bukannya marjerin. Selain itu, sekiranya menggunakan cip coklat, mereka mencari yang mempunyai kandungan koko tinggi seperti jenama Callebaut.

Elakkan memilih hamper yang meletakkan potongan kek di dalam. Ini kerana dibimbangi apabila tiba di tangan pengguna, kek tersebut sudahpun tamat tempoh. Elakkan biskut yang berwarna-warni keterlaluan. Biskut untuk dibuat hamper yang saya cadangkan adalah biskut dari Cookies Most Wanted (CMW) ini kerana packaging, harga dan biskutnya memang sedap.

5. Hadiah Kekal

hadiah-hamper

Ciri utama hamper korporat adalah ianya harus mempunyai hadiah di dalamnya. Hadiah tersebut boleh terdiri daripada pinggan mangkuk berjenama, set sudu garpu, canister, barangan pewter dan seumpamanya.

Tujuan diletakkan hadiah barangan kekal adalah supaya penerima dapat ingat dan menyimpannya untuk kegunaan mereka.


Antara perekabentuk hamper korporat yang menjadi pilihan banyak syarikat besar di Malaysia adalah O’vanila. Berpengalaman menyediakan perkhidmatan hamper korporat di seluruh tanahair. Boleh hubungi WhatsApp/Call : +6012-6345895 atau layari facebook mereka di O’Vanila.

Baca : Top 5 SEO Companies in Malaysia