Advertisement

Apabila anda melakukan trading forex, kemahiran dan pengetahuan anda adalah nombor 2.

Emosi dan psikologi anda mengatasi segala-galanya.

Ia bukanlah suatu yang mudah. Anda perlu mengawal perasaan dengan betul ketika duit banyak masuk dan juga ketika duit banyak hangus!

Bila anda untung, hati akan berbunga-bunga, senyum sampai ke telinga. Tapi bila rugi, muka terus masam mencuka.

Masa inilah keluarnya perasaan marah, bengang sehingga terpaculnya sumpah seranah.

Perasaan suka dan duka begini memang dialami oleh forex trader Malaysia. Sebagai trader yang bagus, anda perlu tahu bagaimana untuk mengawal emosi ini agar ianya tak mengganggu trading anda.

Kenapa Emosi Memberikan Kesan Buruk Kepada Trading?

Semasa trading forex, terdapat dua jenis emosi yang wajib anda kawal dan berhati-hati; sikap tamak (greed) dan ketakutan (fear).

Setiap trader pastinya berharap setiap posisinya akan mendapat keuntungan. Adalah lumrah bagi seorang trader yang baru menceburi trading. Mereka hanya membayangkan duit berkepuk-kepuk semata-mata.

Sebab itu posisi ‘entry’ biasanya dibiarkan berjalan tanpa target profit atau batasan kerugian. Mereka tak ingin membataskan keuntungan dengan posisi ‘take profit’ atau tidak menggunakan ‘short loss’ kerana merasakan harga masih boleh berbalik kepada posisi merugi.

Jika tindakan-tindakan ini diambil tanpa analisa yang jelas, maka emosi trading tamak (greed) telah mempengaruhi keputusan trader untuk melakukannya. Kategori emosi trading ini biasanya berkaitan dengan overconfident (terlalu yakin).

Selain itu, terdapat juga keadaan yang dihadapi oleh trader yang baru bermula yang mahu cepat-cepat menutup posisi. Ini adalah disebabkan ketakutan (fear). Mereka terburu-buru menutup posisi trading kerana takut kerugian yang lebih besar atau untuk melindungi keuntungan yang diperoleh.

Kedua-dua emosi boleh membebankan trader.

HOT  Best Copy Trading Platforms Malaysia: Kelebihan dari XM

Cuba bayangkan, kalau ianya berterusan tanpa kawalan, anda sukar untuk mendapatkan keuntungan yang konsisten dan sering mengalami kerugian. Ianya perlu dibendung dengan disiplin dan kaedah pengurusan wang (money management).

Sistem Trading Yang Membantu Mengatasi Emosi Trading

1. Trading Technique

Jika anda dah kenalpasti teknik apa yang hendak digunakan, cuba disiplinkan diri untuk fokus dan istiqamah menggunakan teknik tersebut. Jangan suka campur aduk teknik. Nanti anda sendiri akan pening!

Jika anda menghadapi ‘stop loss’, belajar redha dan bersabar. Tunggu untuk masuk posisi pada entry berikutnya. Kadang-kadang, anda akan mengalami ‘stop loss’ beberapa kali sebelum jumpa trade yang ‘take profit’ berturut-turut.

Ini kerana pasaran matawang tak sama sepanjang masa. Justeru, sebelum anda membuat keputusan untuk menggunakan sesuatu teknik itu, anda haruslah buat kajian market yang lepas sekurang-kurangnya setahun ke belakang.

Dengan kajian ini, anda dapat mengumpul data tentang berapa entry yang ‘stop loss’ dan berapa pula yang ‘take profit’. Bila ada data dan analisa, anda lebih yakin untuk trade. Akhirnya, emosi anda stabil ketika melakukan trading forex.

2. Pengurusan Wang (Money Management)

Takde siapa yang boleh menjangkakan bila akan berlaku market crash. Dalam sekelip mata sahaja duit di dalam akaun boleh hangus.

Sebab itulah anda memerlukan kaedah pengurusan wang atau money management.

Ianya adalah beberapa set peraturan yang membantu anda untuk memaksimakan keuntungan dan keminimumkan kerugian.

Ramai di kalangan kita lebih suka pasang ‘cut loss’ berbanding pasang ‘stop loss’. Mereka memberi asalan market akan kejar ‘stop loss’ dulu, baru dia jalan.

Bagi saya ini tanggapan yang salah. Sekiranya kita memilih broker yang betul, ianya takkan terjadi sebegitu melainkan kita meletakkan ‘stop loss’ bukan di tempatnya. Untuk meletakkan ‘stop loss’ tu pun ada ilmunya tersendiri juga.

HOT  Apa Itu Forex? Dan beberapa perkara mengenai Forex.

Sebagai orang berniaga, anda kena tahu yang bukan saja untung yang perlu kita fikirkan – rugi juga wajib kita kira.

3. Trading Period

Kalau hari ini loss, esok masih ada. Begitu juga seterusnya. Anda harus fleksibel dalam meletakkan target. Sekurang-kurangnya untuk tempoh setahun. Terkadang minggu ini rugi, minggu depan dan minggu seterusnya masih ada untuk anda cover loss dan generate profit.

Kalau bulan ni untung lebih, mungkin bulan depan untung kurang atau bulan seterusnya breakeven. Anda jangan streskan diri dengan membuat peraturan trading seakan-akan market tu anda yang punya.

Kita bukan market mover, kita sekadar retail trader yang mengikut rentak pergerakan pasaran. Jadi ada masa kita betul dan ada masanya kita tersasar.

Memanglah modal kita hari ini kecil, tapi lambat laun jika kita terus bersabar dan disiplin, ianya akan berkembang jadi besar. Tak mustahil.

Tapi tak dinafikan juga ada trader yang kaya raya dalam masa yang singkat, ianya mungkin satu dalam sejuta. Namun kebanyakan kita perlu melalui proses yang panjang untuk jadi matang sebagai seorang trader forex.

Kuncinya sabar dan konsisten dalam trade!

Kesimpulannya, mengawal emosi dalam trading adalah sesuatu yang sangat penting. Hal ini kerana bila emosi sudah menguasai diri, kita akan cenderung untuk terburu-buru dalam membuat keputusan untuk trade.

Selain itu, bila emosi menguasai diri, kita akan ada sikap nak cepat dapatkan hasil yang besar tanpa memikirkan risiko. Ingat ya seperti yang sudah diberitahu, emosi tamak ini sangat berbahaya kalau seorang trader tidak mampu mengawalnya dengan baik.

Apa-apa pun anda disarankan untuk menimba ilmu belajar forex. Bila ada ilmu barulah anda lebih yakin untuk trade. Ramai guru forex dan kelas-kelas forex yang ditawarkan di luar sana. Tak rugi bagi orang yang ingin menimba ilmu!

HOT  XM Memenangi 3 Trofi di CFI.co 2023

Oh ya! Sekiranya anda mencari broker yang bagus dan dipercayai, secara peribadinya saya mencadangkan anda untuk menggunakan perkhidmatan broker XM.

Promosi Terkini dari XM: Nikmati USD50 Bonus Dagangan untuk Pelanggan Baru!

Bagi mereka yang baru mendaftar dengan XM, terdapat tawaran istimewa yang menanti anda. Dapatkan bonus dagangan sebanyak USD50 No Deposit Bonus sebagai insentif untuk memulakan perjalanan perdagangan anda dengan XM. Dengan adanya bonus ini, pedagang boleh merasai pengalaman menggunakan servis dan syarat dagangan XM. Jangan lepaskan peluang ini untuk meningkatkan modal perdagangan anda. Daftar sekarang dan sertai komuniti pedagang yang berjaya dengan XM!

Dengan menyertai XM, anda tidak hanya mendapatkan akses kepada platform dagangan yang canggih, tetapi juga pelbagai instrumen kewangan dan sokongan pelanggan dan pendidikan untuk pedagang yang baru juga ditawarkan. Pendidikan adalah penting kerana jenis pelaburan ini melibatkan risiko tinggi dan ia tidak sesuai untuk semua orang. Daftar hari ini dan maksimakan potensi keuntungan anda dalam pasaran forex yang dinamik ini.

Semoga perkongsian kali ini serba sedikit dapat memberikan manfaat kepada anda. Selamat berjaya!