doa selepas solat
Advertisement

Mengamalkan doa selepas solat yang menjadi sunnah Nabi S.A.W bukan sahaja dituntut. Ia juga adalah amalan mulia yang perlu kita amalkan selepas solat.

“Doa merupakan senjata bagi orang-orang mukmin.” (Hadith Riwayat Hakim). Hadis daripada Nabi Muhammad S.A.W itu adalah dalil tentang kelebihan doa. Lebih-lebih lagi, kita digalakkan melakukan doa selepas solat yang mengandungi banyak pahalanya.

Doa merupakan sejenis bentuk ibadah yang boleh diamalkan pada bila-bila masa. Ia menunjukkan kerendahan hati seorang hamba kepada Allah Taala.

Ya, kita digalakkan membaca doa ringkas selepas solat.

Apalah salahnya selepas menunaikan solat dan menghadap Allah, kita baca sedikit wirid selepas solat sebab bacaan doa juga salah satu amalan yang dituntut agama.

Solat kita mungkin mengandungi kekurangan. Dengan doa selepas sembahyang ni, bolehlah menampung kekurangan tersebut.

Selain itu, bacaan doa seusai solat juga boleh menjadi salah satu cara untuk meluahkan rasa serta rintihan kepada Allah. Secara tidak langsung, ia mendekatkan diri kita kepada Allah S.W.T.

Di sini akan dikongsikan panduan lengkap dan mudah bacaan doa selepas solat, serta zikir dan wirid selepas solat.

Zikir Dan Wirid Selepas Solat

Selepas selesai menunaikan solat, duduk sebentar dan berzikir. Usah bergegas-gegas untuk meninggalkan sejadah.

Antara zikir selepas solat yang bagus untuk diamalkan:

  • Istighfar
  • Tasbih
  • Tahmid
  • Surah al-Fatihah
  • Ayatul Kursi

Bacaan Doa Ringkas Selepas Solat

Terdapat pelbagai bacaan doa yang sering diamalkan oleh imam-imam di masjid.

Kebiasaannya, terdapat dua bacaan doa selepas solat yang boleh diamalkan.

Di sini akan dikongsikan dua bacaan doa selepas solat, berserta bacaan rumi dan maksud.

Anda boleh pilih, hafal dan amalkan salah satu atau kedua-duanya sekali.

HOT  3 Tips Yang Dikongsi Oleh Ustaz Ebit Lew Mengenai Hutang

Bacaan doa selepas solat versi I

https://i0.wp.com/aliff.co/wp-content/uploads/2017/04/doa-selepas-solat-versi-1-kemaskini-2018.png?resize=768%2C1301&ssl=1

Doa selepas solat rumi

Bismillahirrahmanirrahim, alhamdulillahirobbil ‘alamin, wassolatu wassalaamu ‘alaa sayyidina muhammadin ashrofil mursalin, wa’alaa aalihi wasohbihi ajma’in.

Allahumma ahyina bil iimaan, wa amitna bil iimaan, wa adkhilnal jannata ma’al iimaan, Allahummaghfirlana zunuubana waliwaa lidaina warhamhuma kamaa robbayaanaa soghiro,

Allahummakhtim lanaa bi husnil khotimah, wala takhtim ‘alaina bi suu’il khotimah, robbana laa tuzigh qulubana ba’daiz hadaitana wahablana milladunka rohmatan innaka antal wahhab.

Robbana aatinaa fiddunya hasanah wafil aakhirotihasanah waqinaa ‘azaabannar, wasollallahu ‘ala sayyidina muhammadin wa’ala aalihi wasohbihi wasallam, walhamdulillahirobbil ‘alamiin.

Maksud doa:

“Dengan nama Allah, yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang. Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad yang semulia-mulia pesuruh-Nya, serta ke atas keluarga dan sekalian sahabat-sahabatnya.”

“Ya Allah! Hidupkanlah kami dengan iman dan matikanlah kami dengan iman, serta masukkanlah kami ke dalam syurga bersama-sama iman. Ya Allah! Ampunilah segala dosa-dosa kami dan dosa-dosa kedua ibubapa kami. Kasihanilah kedua ibubapa kami sepertimana mereka berdua mengasihani kami sewaktu kami masih kecil.”

“Ya Allah! Akhirilah umur kami dengan kesudahan yang baik dan janganlah Engkau akhiri umur kami dengan kesudahan yang tidak baik. Ya Allah! Janganlah kiranya Engkau pesongkan iman kami sesudah Engkau kurniakan kepada kami petunjuk. Anugerahilah kami rahmat kerana sesungguhnya Engkau Maha Pengurnia.”

“Wahai Tuhan kami, kurniakanlah kepada kami kebaikan di dunia dan juga di akhirat. Peliharalah kami daripada azab neraka. Semoga Allah mencucuri rahmat dan sejahtera ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan ke atas seluruh keluarga serta sahabat-sahabat Baginda. Segala puji bagi Allah, Tuhan pentadbir seluruh alam.”

HOT  Surah al Mulk - Pelindung Diri Daripada Azab Kubur?

Bacaan doa selepas solat fardhu versi II

https://i0.wp.com/aliff.co/wp-content/uploads/2017/04/Doa-Selepas-Solat-Versi-2-1.png?resize=768%2C2001&ssl=1

Bacaan rumi:

Bismillahirrahmanirrahim, alhamdulillahirobbil ‘alamin, wassolatu wassalaamu ‘alaa asyrofil anbiyaa iwalmursalin sayyidina muhammadin wa’alaa aalihi wasohbihi ajma’in.

Allahumma taqobbalminnaa solaatana wadhu’aa ana innaka antassami’ul ‘alim, watub ‘alainaa innaka antattawwaburrohim.

Allahummaj ‘aldinanaa diinannabiyyi muhammadin sollallahu ‘alaihi wasallam, wa islaamana islaamal muslimiin, wa iimananaa iimanal mu’minin, wasolaatana solaatal khoosyi’in.

wa a’maalana a’maalassolihin, waniyyaa tana niyyatal mukhlisin, wazunuubana ya Allahu zunuubal mustaghfirin.

Wahayaatana hayaatal ‘ulama’, wamautana bimautissyuhada, wa adkhilnal jannata ma’al anbiyaa’i ‘alaihimusoolatu wassalam.

Robbona aatina fiddunya hasanah, wafil aakhiroti hasanah, waqina ‘azaabannar, wasollallahu ‘ala khoiri khoqihi sayyidina muhammadin wa’ala aalihi wasohbihi wasallam, subhaana robbika robbil ‘izzati ‘amma yasifun, wasalaamun ‘alal mursalin, walhamdulillahi robbil ‘alamin.

Maksud doa:

“Dengan nama Allah, yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang. Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam atas semulia-mulia para nabi dan rasul, junjungan kami Muhammad dan ats keluarga dan sahabat Baginda seluruhnya.”

“Ya Allah, ya Tuhan kami! Terimalah solat dan doa kami. Sesungguhnya Engkau Maha Mendengar dan Maha Mengetahui. Berilah keampunan kepada kami, sesungguhnya Engkau Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”

“Ya Allah, jadikanlah agama kami agama Nabi Muhammad. Keislaman kami, Islam yang sebenar-benarnya. Keimanan kami, iman yang sempurna. Solat kami, solat yang khusyuk. Amal kami, amal yang soleh. Niat kami, niat yang ikhlas. Jadikanlah dosa-dosa kami, dosa-dosa yang terampun. Jadikanlah hidup dan kehidupan kami, hidup dan kehidupan para ulama. Mati kami dengan mati syahid. Ya Allah, masukkanlah kami ke dalam syurga bersama dengan para Nabi.”

“Ya Tuhan kami, kurniakanlah kami kebaikan di dunia dan di akhirat. Jauhkanlah kami daripada seksaan neraka. Semoga Allah mencurahkan kesejahteraan ke atas sebaik-baik makhluknya, junjungan kami Nabi Muhammad, keluarga dan sahabatnya. Maha suci Tuhan yang Maha Mulia daripada sebarang kekurangan. Salam sejahtera ke atas para rasul dan segala puji hanya bagi Allah, Tuhan sekalian alam.”

HOT  Panduan Umrah Dan Cara Mengerjakan Umrah Lengkap

Pautan video di bawah juga boleh membantu anda belajar membaca doa selepas solat:

Semoga kita mendapat manfaat daripada perkongsian doa ini. Amin.