cukai tanah selangor

Mengetahui hak dan melaksanakan tanggungjawab tentang cukai tanah amat penting kepada setiap pemilik hartanah.

Namun, ada segelintir yang masih mengabaikan pemahaman dan kewajipan mereka sehingga berhadapan tindakan tegas.

Perkongsian ini memberi panduan untuk membantu pemilik hartanah ketahui tentang info cukai tanah dan cukai petak Selangor yang terkini.

Apakah itu Cukai Tanah

cukai tanah selangor

Cukai tanah (Quit rent) merupakan cukai tahunan yang dikenakan ke atas tanah persendirian atau hartanah persendirian.

Di bawah Seksyen 5 Kanun Tanah Negara 1965, cukai tanah ditafsirkan sebagai:

i) apa-apa jumlah wang tahunan yang dikenakan kepada Pihak Berkuasa Negeri (PBN) sebagai cukaisewa

ii) apa-apa pembayaran tahunan lain yang terhutang kepada PBN yang menurut mana-mana undang bertulis, hendaklah dipungut seolah-olah ianya cukai sewa atau hasil tanah; dan

iii) apa-apa bayaran terhutang kepada PBN sebagai Tunggakan Cukai Sewa

Bagaimana pula dengan hartanah strata seperti rumah pangsa, apartment, kondominium dan rumah townhouse?

Kerajaan negeri Selangor telah menguatkuasakan cukai petak bagi menggantikan cukai tanah untuk hartanah strata.

Cukai petak (parcel rent) bukan cukai baharu atau cukai tambahan tetapi menggantikan cukai tanah.

Di bawah sistem lama, cukai tanah dikenakan kepada Badan Pengurusan Bersama sesebuah bangunan berstrata.

Kini, cukai petak dikenakan kepada pemilik petak (unit kediaman) yang terletak di dalam pembangunan strata.

Di Selangor, peralihan cukai tanah ke cukai petak ini telah dilaksanakan bermula pada Jun 2018 yang lalu.

Apabila cukai petak diperkenalkan, maka tiada lagi cukai tanah akan dikenakan ke atas hartanah strata berbanding sebelum ini.

Mengapa Cukai Tanah Diganti Cukai Petak Bagi Hartanah Strata

cukai petak

Hartanah strata merujuk kepada bangunan bertingkat atau skim yang mana bangunan atau tanah dipecah kepada lot berasingan.

HOT  5 Perkara Anda Perlu Tahu Sebelum Renew Roadtax & Insurans Kenderaan

Kediaman bertingkat tinggi seperti apartment, kondominium dan rumah jenis townhouse adalah contoh hartanah strata.

Komuniti di kawasan kediaman Gated and Guarded (G&G) juga termasuk dalam jenis hartanah strata.

Setiap bangunan ini dibina atas sebidang tanah yang sama dan pemilik berkongsi akses kemudahan bersama-sama.

Penggantian sistem lama kepada cukai petak bertujuan untuk memudahkan proses pindah milik hartanah strata.

Selain itu, kelebihan-kelebihan utama cukai petak ini adalah:

  • mempercepat sebarang urus niaga dan segala urusan hartanah dapat dilaksanakan dengan serta merta
  • membolehkan pemilik petak bertanggungjawab sepenuhnya ke atas cukai unit/rumah mereka
  • mengelakkan cukai tanah tidak dapat dibayar dan tertunggak disebabkan sebahagian pemilik unit tidak membayar cukai tanah kepada JMB (Jawatankuasa Pengurusan Bersama (Joint Management Body)) dan MC (Perbadanan Pengurusan (Management Corporation)).

Cukai petak inisiatif yang adil khususnya terhadap pemilik yang patuh kepada undang-undang untuk membayar cukai.

Manfaat cukai petak berbanding cukai tanah juga dapat dilihat daripada sudut yang lain seperti:

  • Urusan yang lebih telus
  • Memberikan keadilan
  • Memudahkan urusan pindahmilik (jual beli) atau gadaian petak
  • Mengurangkan beban Perbadanan Pengurusan

Siapa Perlu Menjelaskan Cukai Tanah dan Cukai Petak

cukai tanah selangor

Merujuk kepada Seksyen 95 Kanun Tanah Negara 1965, setiap pemilik tanah berdaftar atau wakil bagi pihaknya.

Adalah menjadi tanggungjawab setiap pemilik tanah tersebut untuk membayar cukai tanah kepada Pejabat Tanah dan Galian.

Cukai petak hanya terpakai kepada yang mempunyai hak milik strata berasingan. Oleh itu, setiap pemilik unit wajib membayar cukai petak masing-masing.

Cukai yang dibayar ini hasil daripada rakyat kepada rakyat yang dikutip untuk membiayai dan menyelenggara infrastruktur awam.

Baca Juga;

Cukai Tanah dan Petak Selangor : Cara Semakan E-Billing dan Pembayaran Cukai Tanah dan Cukai Petak

Bilakah Tempoh Untuk Membayar Cukai Tanah dan Cukai Petak

Cukai tanah dan cukai petak merupakan cukai tahunan yang dibayar setahun sekali iaitu sebelum 1 Jun pada setiap tahun.

HOT  Pilihan untuk Mencari Koleksi Baju Terkini dan Bergaya

Caj denda Lewat (Fi tunggakan) akan dikenakan jika lewat membayar daripada tempoh yang telah ditetapkan.

Implikasi Sekiranya Gagal Menjelaskan Cukai Tanah dan Cukai Petak

cukai tanah selangor

Merujuk kepada Seksyen 100 Kanun Tanah Negara, kegagalan membayar cukai tanah boleh menyebabkan tanah dirampas.

Oleh itu, setiap pemilik hartanah wajib menjelaskan cukai tanah dan cukai petak ini di bawah sistem undang-undang Malaysia.

Tindakan yang tegas akan dikenakan oleh kerajaan negeri dan majlis perbandaran jika gagal berbuat demikian.

Berikut merupakan kesan sekiranya tidak menjalankan tanggungjawab membayar cukai-cukai ini:

  1. Satu notis tunggakan dikeluarkan sekiranya lambat menjelaskan pembayaran. Notis tersebut menyatakan tentang tunggakan dan denda yang akan dikenakan.
  2. Sekiranya pembayaran masih belum dijelaskan selepas notis tunggakan dikeluarkan, tindakan perampasan boleh dilaksanakan dan hartanah tersebut akan dikembalikan semula kepada Pihak Berkuasa Negeri (PBN).

Bagaimana Cara Membayar Cukai Tanah dan Cukai Petak

Kini, pembayaran cukai boleh dibuat melalui beberapa kaedah berikut:

  1. Kaunter hasil PTGS & Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) dan PBT
  2. Pembayaran secara atas talian (MAYBANK2U dan CIMBCLICKS)
  3. Portal https://ehasil.selangor.gov.my/
  4. Melalui kaunter POS Malaysia
  5. Melalui aplikasi CEPAT

Sila layari eHasil Selangor untuk membuat semakan dan bayaran cukai tanah dan cukai petak anda.