Cryptocurrency ialah mata wang digital yang dicipta dari kod komputer. Ia merupakan satu bentuk mata wang yang tidak memerlukan pihak ketiga yang dipercayai bagi mengesahkan sebarang transaksi. Mari kita sama-sama huraikan apa yang anda perlu tahu.
Seperti yang kita sedia maklum, sebarang transaksi duit biasanya mendapat jaminan dari bank. Namun perkara tersebut tidak berlaku di dalam cryptocurrency.
Uniknya cryptocurrency Malaysia ini adalah ianya disahkan oleh berjuta-juta komputer dari seluruh dunia bagi sesuatu transaksi.
Ia merupakan transaksi terus dari rakyat ke rakyat (peer-to-peer) yang tidak melibatkan pihak ketiga. Secara teorinya, transaksi ini lebih cepat dan selamat jika hendak dibandingkan dengan pemindahan wang biasa kita gunakan. Secara asasnya, ia menggunakan teknologi yang dikenali sebagai blockchain.
Apa itu Blockchain?
Teknologi blockchain dikatakan dikeluarkan di atas kertas putih (whitepaper) oleh individu yang bernama Satoshi Nakamoto dengan idea untuk berkongsi dan menyebarkan maklumat tanpa boleh ditiru dan diubah, pada masa yang sama privasinya terjamin.
Untuk menerangkan dengan mudah, kita boleh simpulkan yang teknologi blockchain merangka sebuah legasi sistem yang mempunyai ciri-ciri untuk dikawal selia oleh semua orang di dalam jaringan tersebut.
Ia tidak akan pernah gagal melainkan internet musnah atau terhapus. Sistem ini adalah telus, berintegriti dan tidak akan korup. Blockchain juga dikenali sebagai “decentralized system”.
Apabila berkata mengenai cryptocurrency, kebanyakan rakyat Malaysia pastinya akan mengaitkan dengan Bitcoin. Antara cryptocurrency Malaysia yang popular selain Bitcoin adalah Ripple, Ethereum, Verge dan Litecoin.
Perlu diingatkan bahawa Bank Negara Malaysia (BNM) telah mengeluarkan kenyataan bahawa ia tidak akan mengawal cyrptocurrency dan ia tidak sah di Malaysia.
Walau bagaimanapun, BNM juga menyatakan bahawa ia tidak akan mengharamkan cryptocurrency kerana ia merasakan larangan dapat mengekang inovasi dan kreativiti.
Oleh kerana mata wang cryptocurrency tidak diiktiraf oleh Bank Negara, ia tidak akan dilindungi oleh BNM sekiranya berlaku sebarang pertikaian atau kerugian.
Jadi diingatkan, jika anda memilih untuk bereksperimen dengan cryptocurrency, anda perlu menanggung risiko sendiri.
Apa Yang Perlu Anda Ketahui Sebelum Melabur Dalam Cryptocurrency Malaysia?
Seperti mana-mana jenis produk pelaburan kewangan yang lain pastinya terdapat risiko. Apabila berurusan dengan cryptocurrency, rakyat Malaysia perlu memahami bahawa cryptocurrency adalah pelaburan berisiko tinggi dan ia tidak menentu.
Berikut adalah beberapa langkah amaran yang perlu diambil kira semasa pelaburan:
1. Simpan Di Tempat Yang Selamat
Apabila membeli cryptocurrency dari pertukaran crypto (crypto exchange), anda disarankan jangan tinggalkan ia di sana. Keluarkan dan masukkannya ke dalam digital wallet atau hardware wallet.
Ini kerana pertukaran crypto boleh digodam dan boleh berlaku kecurian.
Pilihan terbaik untuk kekal selamat bagi menyimpan cryptocurrency adalah dengan menggunakan hardware wallet.
Hardware wallet adalah peranti fizikal yang digunakan untuk menjaga keselamatan cryptocurrency anda dengan menyimpan kunci peribadi dalam tetapan luar talian. Ianya mampu mengurangkan risiko kecurian.
Anda juga dinasihatkan untuk memilih “trusted manufacturer” dengan reputasi yang baik seperti Trezor atau Ledger kerana mereka telah lama berada di pasaran dan telah diselidiki oleh komuniti global.
2. Penyelidikan Adalah Penting Apabila Melabur
Sebagai pelabur, anda harus terlebih dahulu melakukan penyelidikan dan mengambil kira pandangan mengenai cryptocurrency yang anda berminat untuk melabur. Kebanyakan yang melakukan pelaburan dalam cryptocurrency hanya melihat permodalan pasaran, di mana Bitcoin mengambil tempat pertama.
Seorang pelabur yang bijak akan melihat dari pelbagai metrik yang lain seperti kecairan, aktiviti pemaju, dan komuniti.
3. Ketahui Cara Untuk Mengenalpasti Scammer
Sekiranya terdapat penjual menjual di bawah nilai pasaran, ia mungkin satu penipuan. Ini kerana ia sangat jarang dapat membeli cryptocurrency di bawah nilai pasaran. Ianya melainkan anda berjaya tawar-menawar apabila membeli secara pukal.
Berhati-hati jika anda dihubungi oleh penjual yang menawarkan untuk menjual “murah” atau “harga terbaik” cryptocurrency. Ia adalah antara cara biasa yang digunakan oleh scammer di Malaysia.
Bagaimana Cara Untuk Anda Memulakan Pelaburan?
Jika anda ingin mencuba pelaburan dalam cryptocurrency, di bawah adalah langkah-langkahnya:
1. Anda harus memutuskan cryptocurrency mana yang anda mahu melabur.
Kemudian anda kena lakukan penyelidikan mengenainya.
Jangan bergantung semata-mata kepada apa yang dikatakan oleh rakan-rakan anda atau apa yang anda baca di forum mengenai nilai yang semakin meningkat.
2. Anda perlu mempunyai cryptocurrency. Jika anda tidak mempunyai apa-apa ini bermakna anda perlu membeli beberapa untuk memulakan pelaburan.
3. Pilih pertukaran crypto (crypto exchange) yang membeli dan menjual cryptocurrency.
Ingat, anda perlu berurusan dengan pertukaran crypto yang mempunyai reputasi yang baik. Akan ada yuran yang dikenakan apabila membeli cryptocurrency. Setiap pertukaran crypto mempunyai yurannya sendiri.
4. Gunakan perkhidmatan Escrow apabila anda membeli atau menjual cryptocurrency secara langsung dari individu.
Perkhidmatan Escrow melindungi anda daripada pembeli atau penjual yang menyeleweng.
Ia juga berfungsi memastikan dana anda selamat dalam akaun deposit. Dana diletakkan di bawah kawalan pihak ketiga. Ini membantu memastikan urus niaga lebih selamat dengan memastikan pembayaran terus selamat sehingga semua syarat telah dipenuhi.
Sebagai contoh, jika anda telah membuat pembayaran, tetapi penjual melanggar perjanjijan perdagangan, perkhidmatan Escrow akan bertindak sebagai penimbang tara dan menentukan siapa yang akhirnya akan menerima dana tersebut.
Itulah sebabnya penting untuk berkomunikasi melalui sistem Escrow ketika membeli dari penjual.
Adakah Ia Boleh Digunakan Di Malaysia?
Tahukah anda bahawa gerai Nasi Kerabu di Kelantan menerima pembayaran melalui Bitcoin? Pastinya anda tahu bahawa rakyat Malaysia kini boleh menggunakan cryptocurrency Malaysia untuk membuat pembelian.
Selain itu, terdapat juga pengedar kereta Proton di Seri Kembangan menerima Bitcoin dan Ethereum sebagai bayaran.
Bukan itu sahaja, bahkan terdapat juga mesin ATM Bitcoin di Malaysia. Ia terletak di Ipoh dan membolehkan pengguna membeli atau mengeluarkan Bitcoin. ATM sedang dinaiktaraf untuk memasukkan mata wang cryptocurrency lain seperti Ethereum, Lite dan Dash.
Jadi, Perlukah Anda Melabur Dalam Cryptocurrency?
Nasihat kami kepada rakyat Malaysia adalah anda boleh cuba menceburinya tetapi haruslah berhati-hati.
Seperti mana-mana pelaburan yang lain, peraturan yang sama digunakan seperti kepentingan kepelbagaian dan memahami di mana anda meletakkan wang anda.
Lakukan penyelidikan sebelum membuat keputusan cryptocurrency mana yang hendak pilih.
Kesimpulan
Ingat, tidak ada jaring keselamatan ketika berurusan dengan cryptocurrency. Anda tidak boleh membuat laporan polis jika wang anda dicuri dan tidak ada badan pengawal untuk melindungi pelaburan anda.
Hal ini kerana cryptocurrency adalah bebas dari manipulasi dan kawalan kerajaan. Ia dipantau melalui protocol P2p internet.
Bagaimanapun maklumat yang dikongsikan ini sebagai panduan sahaja sebelum anda memulakan pelaburan. Anda sendiri perlu melakukan penyelidikan sebelum membeli.
Sekiranya anda berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Cryptocurrency Malaysia, saya cadangkan anda menggunakan khidmat Weltrade secure broker ini. Sangat dicadangkan dan dipercayai!
Kelebihan menggunakan perkhidmatan Weltrade:
- Broker STP yang cemerlang berurusniaga
- Spread yang rendah dan tiada sebut harga semula
- 77 instrumen perdagangan
- Leverage sehingga 1:1000
- Pelaksanaan perdagangan segera dari 0.5 saat
- Platform perdagangan terbaik di dunia
Weltrade adalah sekumpulan 65 profesional dengan pengalaman antarabangsa yang meluas dalam bidang kewangan dan teknologi internet. Menyediakan perkhidmatan berkualiti tinggi 24jam kepada pedagang dan pendekatan secara individu untuk setiap pelanggan.
Kenapa anda perlu menggunakan perkhidmatan Weltrade?
- 12 tahun dalam Pasaran Forex
- Broker berlesen yang dikawal selia
- 100 000 pedagang dari 18 buah negara
- Anugerah kewangan berprestij
- Sokongan penuh pelanggan 24/7
- Pembayaran dalam masa 30 minit
Semoga perkongsian kali ni memberikan manfaat kepada anda. Selamat Berjaya!