Advertisement

Di dalam artikel ini menunjukkan contoh resume yang anda boleh ambil dan menjadi sumber rujukan bagi membuat resume anda sendiri. Resume yang bagus akan dapat membantu meningkatkan peluang untuk anda dipanggil untuk temuduga. Rata-rata majikan akan menolak terus resume yang tidak bermutu dan beranggapan pemohon tersebut tidak serius dalam memohon pekerjaan. Di sini, anda akan terlepas peluang untuk mendapatkan pekerjaan yang baik. Sila teruskan dan rujuk contoh resume dibawah.

Panduan ini mengandungi beberapa contoh resume terbaik dan terbaru.

Nak tahu kenapa? Ada 4 sebab dan 4 tips untuk mendapatkan contoh resume bahasa Melayu yang menarik.

Kenapa Perlu Ada Resume Kerja?

Dalam usaha mencari kerja, resume merupakan perkara paling penting sekali.

Resume yang lengkap dan padat boleh membuatkan majikan tertarik untuk hire anda.

Nak tengok template dan contoh resume power? Teruskan membaca sehingga tamat.

4 Contoh Resume Terbaik

Terdapat banyak contoh resume yang boleh anda dapat di internet.

Namun, yang manakah resume terbaik dan boleh dijadikan rujukan?

Di sini terdapat beberapa contoh resume yang sering mendapat pujian majikan.

Resume #1

Contoh Resume Ontrenz

contoh resume2 ontrenz

Kredit: Pestabuku.com

Resume #2

contoh resume

Download contoh resume di sini

Resume #3

resume contoh

Kredit: semakonline.com

Download di sini

Resume #4

sample resume ontrenz

Kredit: MauKerja.com

4 Sebab Kenapa Ini Resume Terbaik

Berdasarkan resume di atas, kenapakah ia dikatakan sebagai contoh resume terbaik?

Terdapat beberapa sebab kenapa resume ini menjadi contoh terbaik dan cara membuat resume dengan betul:

1. Ayat yang tidak meleret

Jika anda mahukan resume yang bagus, elakkan dari menulis dengan ayat yang meleret.

Resume terbaik mengandungi ayat yang ringkas dan padat.

Resume yang meleret akan membuatkan bakal majikan atau recruiter berasa bosan.

HOT  Tips dan Cara Membaja Pokok Durian Dewasa

Bayangkan, berapa banyak resume yang mereka kena baca setiap hari?

Hanya masukkan maklumat yang tepat dan penting sahaja dalam resume.

2. Susunan subheadings mengikut turutan

Seperti memasak, menulis resume juga mempunyai turutan dan langkah-langkah yang perlu diikuti.

Dengan turutan yang kemas, ia menyebabkan resume anda lebih cantik.

Secara tak langsung, menimbulkan rasa ingin tahu pada si pembaca.

Turutan subheadings yang anda boleh letak dalam resume:

  • Maklumat diri
  • Pengalaman kerja
  • Pendidikan
  • Pencapaian
  • Rujukan

3. Hanya 1-2 pilihan warna

Pemilihan warna pada resume melambangkan diri anda di mata bakal majikan atau recruiter.

Tersalah pilih warna akan menimbulkan tanggapan negatif.

Pastikan resume anda nampak professional dan serious.

Jika terlalu banyak pilihan warna, resume anda akan kelihatan seperti menu restoran.

4. Ada gambar dan email yang professional

Gambar pada resume menzahirkan ketrampilan anda.

Recruiter dan bakal majikan pasti tertarik dengan gambar yang tampak professional dan meyakinkan.

Email yang formal juga sangat penting.

Ia melambangkan tahap serius anda dalam memohon pekerjaan.

Sebaiknya, gunakan nama sebenar anda sebagai email. Contoh: nurafiqah@gmail.com

Elakkan dari menggunakan email yang tidak matang. Contoh: cutegirl90@gmail.com

4 Tips Penting Cara Buat Resume (Bagi yang Baru Cari Kerja)

Bagi memastikan resume anda ditulis dengan baik, ikut tips ini:

1. Pastikan resume anda konsisten

Gaya penulisan yang sama dan teratur.

Jika resume dalam Bahasa Melayu, maka pastikan semuanya ditulis dalam Bahasa Melayu.

Begitu juga jika ditulis dalam Bahasa Inggeris.

2. Tiada salah ejaan

Pastikan tiada typo atau salah ejaan. Anda boleh periksa menggunakan Microsoft Word.

3. Gunakan hanya satu jenis font

Pilih satu jenis font yang anda suka, dan gunakan hanya font tersebut untuk resume.

HOT  Kebangkitan Ejen Dropship: Merevolusikan Logistik E-Dagang

Elakkan dari menggunakan font Arial. Seeloknya, gunakan font Times New Roman atau Calibri.

4. Penggunaan huruf besar dan kecil yang tepat

Tulis resume secara professional dengan menggunakan huruf besar dan kecil secara tepat.

Diharapkan agar perkongsian ini dapat menjadi panduan buat anda. Selamat maju jaya!

Bacaan Lanjut:

>>>Cara Memohon Jawatan Kerajaan