Advertisement

Kisah ini dikongsikan oleh Tuan Fawwaz Bin Raidi di laman Facebook beliau. Kisah ini adalah ditulis berdasarkan perbualan diantara orang cina Malaysia dan orang cina Indonesia yang didengari oleh beliau.


Apa kabar Malaysia?

Hari ni aku nak cerita satu kisah yang agak istimewa sedikit. Memandangkan tahun baru cina bakal menjelang, aku rasa kisah ini boleh melahirkan semangat baru pada semua yang membacanya.

Jumaat 24 Januari 2020.
Aku bawak isteri dan anak2 keluar jalan2 ke ikea cheras untuk meluangkan masa bersama sambil mencari perabot rumah untuk buat ofis isteri kat rumah yang mula menjinakkan diri dengan perniagaan online dari rumah menjual sos LesLada kami.

Isteriku mencari tempat duduk yang kosong di restoran & kafe ikea, dalam kebanjiran manusia yang sedang santap hidangan mereka. Aku tengok rakyat Malaysia yang hadir makan di ikea ni berubah dari perangai asli mereka yang makan dan pinggan mangkuk bersepah selepas makan. Aku melangkah kaki ke garisan yang panjang untuk membeli makanan, semua umat manusia kelaparan meatball gamaknya. Aku melihat isteriku memilih meja di belakang dua orang amoi.

Selesai bayar, aku pon amek air dan tuju ke arah meja makan yang isteriku pilih. Aku perasan yang dua orang amoi tadi dah ada peneman meja mereka, uncle dan aunty cina mengisi ruang duduk kosong disebelah mereka, mungkin mak ayah dorang kot.

Tiba2 aku terdengar perbualan rancak dalam bahasa Indonesia. Menceritakan pengalaman mereka di Malaysia dan suasana yang berlainan dari kampung halaman mereka. Aku pelik. Mana datang plak orang indon ni. Tak perasan plak waktu aku tgh jalan cari meja wife aku duduk. Keliling meja kitorg ramainya cina dan melayu. Mungkin aku prejudis dengan masyarakat Indonesia dan membayangkan sekian rupa pada suara dan bahasa yang dituturkan. Rupanya yang berceloteh bahasa Indonesia tu amoi dua orang belakang meja kitorg. Aku sangkakan minah indon mana yang suara lantang bercerita dalam bahasa Indonesia.

Aku pon cakap kat isteriku, “rupanya 2 amoi belakang kita ni orang Indonesia.” Wife aku cakap “itulah. Ummu tengok yang orang cina dari Indonesia pon bercakap bahasa Indonesia. Kat Malaysia ni, cina2 sini nak cakap bahasa Malaysia pon dengan pelat dan tak retinya.” Betul juga apa yang bini aku cakap, detik hatiku. Amoi dari Indonesia ni begitu fasih berbahasa Indonesia malah tanpa malu, segan dan merasa bangga semasa berkomunikasi dalam bahasa kebangsaan negaranya.

HOT  Conveyancing Lawyer - The Essential Guide to Finding the Right Lawyer In Malaysia

Kemudian aku terdengar aunty cina ni menegur 2 amoi yang ku sangkakan anaknya tadi dalam bahasa cina, mandarin. Tergurannya berbunyi agak menyindir. Seorang amoi tadi menjawab sapaan dari aunty tersebut, “maaf, saya ngak bisa bahasa cina.” Wow wow wow. Sentap sekejap aku yang tengah gigit meatball ke-9 bersalutkan brown sauce dan jem resberi ikonik ikea. Nikmat yang dirasai… hilang sebentar. This will be a good conversation, i tought to myself. Ini bakal perbualan menarik, bisik hatiku.

“Kamu orang cina. Mesti kena tau bahasa cina kan?” Sapa uncle tu pada mereka berdua. Salah sorang dari mereka menjawab, “kami bukan orang china, kami orang Indonesia.” Aku yang terdengar statement ni agak terkejut kerana mereka betul2 kelihatan seperti orang cina biasa. Dengan wajahnya yang bermata sepet dan pemakaian baju tshirt dan skirt pendek seperti keramaian cina berpakaian. Isteriku memberitahu bahawa uncle dan aunty tadi sebenarnya dengan sengaja memilih untuk duduk di tempat berkenaan kerana mungkin mereka berpikir yang dua orang amoi ni sama kaum dengan mereka sedangkan meja belakang wife aku pilih waktu tu memang dah kosong dan meja sebelah amoi ni kosong juga tetapi ada pinggan mangkuk orang sebelum yang sedang diangkut oleh pekerja kebersihan di kafe berkenaan. Mereka berdiri menunggu meja dibersihkan dan duduk sebelah dua orang amoi ni.

“Kami lahir dan membesar di Indonesia. Tidak pernah sekali pon sampai ke tanah China. Kami rasa cinta pada negara kami tinggal dan bangga bertutur bahasa Indonesia, bahasa kebangsaan kami. Kami tiada hasrat untuk tinggal di tanah besar China, gak perlu untuk kami belajar bahasa mandarin.”

“Jadi kami bisa tutur bahasa Indonesia. Keturunan kami cina. Ibu bapak saya orang cina tapi gak bisa tutur cina. Kami memang dibesarkan bercakap bahasa Indonesia saja.” Uncle dan aunty tadi kebingungan agaknya dengan jawapan dari anak muda tersebut. Aunty tu tanya samada masih wujud lagi atuk nenek mereka yang boleh berbahasa cina dan salah sorang dari mereka menjawab nenek dia boleh faham bahasa cina sebab nenek kepada neneknya asal dari China. Uncle tadi kata, “you patut belajar la bahasa cina. Paling2 pon bahasa mandarin. Di sini semua anak cina reti bahasa cina. Hokkien, mandarin. Itu bahasa ibunda kita.”

HOT  Wang Tidak Dituntut: Sila Semak di eGUMIS

Aku rasa uncle ni hendak tanamkan rasa cintakan bangsa dalam diri dua orang amoi ni. Tetapi jawapan yang diberikan kepada uncle ni dari salah seorang amoi ni membuatkan aku terpikir sejenak tentang negaraku sendiri. “Kami lahir dan membesar di Indonesia. Tidak pernah sekali pon sampai ke tanah China. Kami rasa cinta pada negara kami tinggal dan bangga bertutur bahasa Indonesia, bahasa kebangsaan kami. Kami tiada hasrat untuk tinggal di tanah besar China, gak perlu untuk kami belajar bahasa mandarin.” Dialek Indonesia yang tebal pada setiap tutur bicaranya menunjukkan kesungguhan yang hendak disampaikan kepada uncle dan aunty ni betapa mereka benar2 tidak merasakan penting untuk belajar bahasa ibunda cina yang diutarakan itu.

Uncle dan aunty ni dari tadi bersembang menggunakan bahasa Malaysia pasar yang pelat dan sangat kurang selesa dalam menuturkata mula beralih kepada bahasa ingeris agar mereka boleh teruskan perbualan dengan dua orang amoi ni. Bilamana dua amoi ni bertutur dalam bahasa ingeris masih juga melekat pelat bahasa Indonesia. Aku yang mendengar perbualan mereka ni terasa janggal bila aku terpikir yang begitu ketara jurang kebolehan berbahasa kebangsaan dalam masyarakat berbilang bangsa di Malaysia. Sedih. Terasa bagaikan ini satu halangan besar kepada negara majmuk berbilang bangsa untuk pupuk semangat bersatu padu dalam masyarakat Malaysia.

Bahasa Malaysia bukan untuk bangsa melayu. Bahasa Indonesia bukan untuk bangsa tertentu. Ia merupakan bahasa kebangsaan. Kebangsaan Malaysia ada pada bahasanya seperti mana kebangsaan Indonesia pada bahasanya. Terpupuk semangat kebangsaan rakyat bangsa berlainan kulit, bentuk mata dan paras rupa bilamana dalam diri mereka cintakan bahasa kebangsaan.

Belajar bahasa kedua dan ketiga sangat penting dalam dunia industri hari ini dan malahan di Malaysia pula yang semakin menjurus kepada kepentingan kebolehan bertutur bahasa mandarin untuk memohon sesuatu pekerjaan. Perpecahan hati berlaku dalam masyarakat kita kerana ramai dalam kalangan kita mempersoalkan Lingua Franca negara iaitu bahasa Malaysia dan tulisan jawi yang merupakan aslinya tulisan bahasa kebangsaan ini.

HOT  Sakit Kepala Sebelah Kanan - Kenal Pasti dan Cara Mengatasinya

Indonesia kini sedang rancak maju dalam segala aspek dan mula merapatkan jurang ekonomi yang tinggi dengan Malaysia oleh kerana masyarakat negara mereka benar2 cintakan negara. Sedangkan penduduk Indonesia, anak muda bangsa cina ini begitu bangga dengan bahasa kebangsaannya. Wajarlah kita bermuhasabah diri kita di mana silap kita sejak kebelakangan ini dalam menyatukan masyarakat Malaysia demi membangunkan ekonomi Malaysia. Pada pendapat aku, sejak kita mula mengiktiraf bahasa ingeris sebagai bahasa pengantar.

Kisah ini aku tulis atas dasar cintakan negara dan impian untuk melihat realisasi budaya kebangsaan Malaysia. Tiada niat menguris hati mana2 pihak.

Demi Malaysia

Selamat tahun baru cina!

Rumusan Kisah: 2 amoi dari indonesia berkomunikasi dalam bahasa indonesia, uncle dan aunty cina sebelah mereka tegur suruh cakap bahasa cina sesama mereka tapi amoi respon dengan mengatakan tidak reti tutur bahasa cina, mandarin @ hokkien. Bila ditanya, amoi kata tak de kepentingan untuk mereka pelajari bahasa cina kerana negara mereka Indonesia dan bukannya China. Bahasa bukan lagi jiwa bangsa tetapiĀ #bahasajiwanegara


Pendapat Peribadi: Memang sangat ketara penguasaan bahasa Malaysia dari kalangan orang Cina Malaysia sangat teruk. Ini disebabkan bahasa pengantar di SRJK (C) adalah di dalam Bahasa Cina. Maksudnya semua mata pelajaran adalah diajar di dalam Bahasa Cina kecuali Bahasa Malaysia. Perhimpunan pun di dalam Bahasa Cina maka tidak mustahil kanak-kanak cina di usia muda sangat lemah menguasai Bahasa Malaysia sebab mereka jarang bertutur di dalam Bahasa Malaysia. Jika ada pun masih pelat. Saya berkata ini diatas kapasiti saya pernah berlajar di SRJK (C).