m2u

Anda mahu transfer duit ke akaun M2U lain tapi tak tahu cara-caranya?

Di sini kami kongsikan langkah demi langkah beserta gambar untuk membantu anda transfer duit atau buat pembelian online melalui Maybank2u.

Maybank adalah salah sebuah bank terkemuka di Malaysia.

Umum mengetahui bahawa Maybank telah mewujudkan satu sistem yang memudahkan pemindahan wang atau apa-apa urusniaga melalui maybank2u.com.my dan m2u mobile.

Cara Transfer Duit Maybank2u Daripada Komputer

Untuk melakukan urusniaga m2u maybank, anda boleh melakukan melalui m2u online banking. 

Berikut adalah langkah-langkahnya.

1. Untuk m2u login masuk ke website maybank2u.com.my

maybank2u login

2. Masuk username dan klik login

m2u login

3. Sebelum memasukkan password, satu image security dan pharse name akan keluar untuk memastikan username anda adalah betul.

Setelah anda pasti, masukkan password dan klik login

4. Anda akan dibawa ke halaman utama m2u maybank, klik pada pay &transfer.

pay and transfer m2u

5. Pergi pada bahagian transfer dan klik other accounts.

transfer m2u

6. Terus klik pada new transfer dan pilih bank yang ingin anda urusniaga.

7. Masukkan nombor akaun, nama penerima, pilih urusniaga fund transfer, pilih transfer mode sama ada instant transfer / interbank GIRO, masukkan jumlah duit dan recipient’s reference.

Pastikan anda melakukan double checking sebelum transfer.

8. Confirmation page dari maybank2u akan keluar dan pastikan nama penerima, akaun serta jumlah dengan betul

C:\Users\AIMAN\Desktop\m2u\Untitled5_400x250.png

9. Klik pada request TAC no, TAC no akan keluar pada nombor telefon yang telah anda daftarkan pada m2u maybank.

10. Masukkan TAC tersebut dengan betul dan klik confirm.

11. Anda telah berjaya melakukan urusniaga ke akaun tersebut, resit harus disimpan untuk bukti seterusnya.

C:\Users\AIMAN\Desktop\m2u\Untitled8_400x250.png

Cara Transfer Duit Dengan M2U Mobile

M2U mobile adalah salah satu cara untuk memudahkan anda berurusniaga melalui mobile. 

Ianya adalah versi mudah alih maybank2u.com.my.

Kelebihannya ialah ianya mesra pengguna dan boleh dioptimasikan untuk paparan pada skrin telefon bimbit anda.

Di Antara servis yang ditawarkan adalah

  • Account Summary

Anda boleh melihat baki jumlah dalam saving account,current account, credit/debit card, Maybank history dan transaction history.

  • Fund Transfer

Urusniaga kepada ‘own account transfer’, ‘favourite 3rd party transfer’, ‘favourite interbank GIRO’.

  • Payments

Anda boleh membuat bayaran seperti bil-bil bulanan, kredit kad dan lain-lain.

Cara-cara untuk mendaftar m2u mobile

  • Mempunyai akses maybank2u.
  • Mempunyai telefon bimbit dan juga akses Internet
  • Layari http://maybank2u.com.my 
  • Login username dan password

Bagaimana nak login m2u mobile?

1. Buka mobile browser

C:\Users\AIMAN\Desktop\m2u\m2umobile-img1_400x250.jpg

2. Masukkan url – http://maybank2u.com.my

C:\Users\AIMAN\Desktop\m2u\m2umobile-img2_400x250.jpg

3. Klik login 

m2u login

4. Masukkan username dan password

C:\Users\AIMAN\Desktop\m2u\m2umobile-img4_400x250.jpg

Cara Mendaftar Akaun M2U Online Banking

1. Daftar no telefon untuk TAC code

Untuk mendaftar akaun Maybank2u, anda harus mendaftar nombor telefon di mesin ATM yang berdekatan sekaligus digunakan untuk mendapatkan TAC Code untuk urusniaga.

Anda perlu memasukkan kad debit / kad ATM di mesin ATM.

Pilih Bahasa dan masukkan 6 digit no pin ATM. Seterusnya pergi ke bahagian Maybank2u / Phone Banking / ATM Sms Alerts

maybank2u m2u daftar

2. Pilih kemaskini tel bimbit M2U TAC

C:\Users\AIMAN\Desktop\m2u\atm-maybank-2-576x420_400x250.jpg

3. Masukkan no telefon bimbit yang anda mahu guna 

4. Daftar Akaun Maybank2u Secara Online

Daftar masuk melalui laman web maybank2u https://www.maybank2u.com.my/ dan klik Register Now

C:\Users\AIMAN\Desktop\m2u\maybank2u-register-696x401_400x250.jpg

5. Masukkan nombor debit ATM (12 digit) dan Nombor pin keselamatan (6 digit)

Anda perlu membuat profile untuk akaun anda.

  • Username
  • Password
  • Confirm Password
  • E-Mail
C:\Users\AIMAN\Desktop\m2u\onlineReg_img2a_400x250.jpg

Kemudian klik butang request for TAC, masukkan TAC code dan klik Next.

6. Login Akaun Maybank2u

Setelah selesai mendaftar, log masuk ke akaun anda di laman web http://maybank2u.com.my

C:\Users\AIMAN\Desktop\m2u\maybank2u-login-696x382_400x250.jpg

7. Masukkan username  anda dan tekan login.

M2u akan mengeluar satu pop up iaitu gambar dan security phase, jika username dan gambar itu betul tekan butang yes dan masukkan password.

C:\Users\AIMAN\Desktop\m2u\maybank2u-password-696x485_400x250.jpg

Setelah selesai anda boleh melakukan apa-apa urusniaga melalui maybank2u. 

C:\Users\AIMAN\Desktop\m2u\Akaun-Maybank2u-696x399_400x250.jpg

Anda juga boleh menonton tutorial daftar Maybank2u di Youtube:

Apa Itu M2U APPS?

M2U Apps atau aplikasi maybank2u yang boleh dimuatturun daripada Apple Store atau Google Play.

Ianya salah satu inovasi daripada Maybank untuk pengguna-pengguna untuk mudah berurusniaga secara cepat dan mudah.

Di antara kelebihan M2U Apps ini ialah ianya mesra pengguna serta cepat untuk melakukan sebarang urusniaga:

Terdapat beberapa Servis yang ditawarkan oleh M2U Apps

  • Transfer to own / other account
  • Semakan baki akaun

Antara cara log in M2U Apps ini ialah:

  • Mempunyai akses maybank2u.
  • Memuat turun aplikasi M2U di apple store dan google store.

1. Masukkan username.

2. Masukkan password dan login.

3. Ini adalah laman utama untuk M2U Apps

Antara Cara Transfer M2u Apps seperti berikut:

Pada laman utama m2u apps, klik pada bahagian transfer to other accounts / own account.

Klik pada new transfer dan pilih bank untuk di urusniaga.

Masukkan account number dan recipient name sahaja dan klik continue.

Pilih amount untuk diurusniaga dan klik pada ok.

Pilih transfer type iaitu fund transfer, transfer mode instant ataupun giro.

Anda boleh pilih tarikh dan masa untuk transfer, dan klik proceed

Tahniah anda berjaya melakukan pemindahan wang.

Maybank telah banyak membantu orang ramai untuk berurusniaga setiap hari.

Sesuai dengan peredaran zaman yang canggih kini, Maybank telah membentuk satu urusniaga elektronik maybank2u bagi memudahkan semua urusniaga berlaku dengan cepat.

Selain itu ia juga membantu urusan pengguna untuk melakukan transaksi dengan mudah dan pantas, hanya di hujung jari.

Semoga artikel kali ini dapat membantu anda untuk melaksanakan urusniaga dengan lancar.

>>> Bacaan Lanjut: Cara Mendaftar Akaun Perbankan Online