cara solat terawih
Advertisement

Mengerjakan solat sunat terawih di rumah mungkin menjadi ‘normal yang baru’ bagi umat Islam di seluruh dunia.

Ini berikutan daripada penularan wabak COVID-19 serta Perintah Kawalan Pergerakan telah memungkinkan kita untuk bersolat di rumah pada setiap masa.

Malah, saranan ini amat digalakkan walaupun suasana agak suram dan berlainan, tidak seperti tahun-tahun dahulu.

Sudah pasti umat Islam akan bergembira untuk menyambut bulan Ramadan yang mulia ini.

Selain disyariatkan untuk berpuasa, bulan Ramadhan merupakan bulan yang yang tersangat istimewa. Ini kerana di dalamnya terdapat malam yang lebih baik dari seribu malam iaitu Lailatul Qadar.

Selain itu, solat terawih juga merupakan keistimewaan Ramadhan kerana ia hanya boleh ditunaikan selama sebulan Ramadhan. Oleh itu, jangan lepaskan peluang untuk mengerjakan solat terawih.

Adalah lebih penting untuk tahu cara solat terawih yang betul.

Oleh kerana kita perlu menjalankan solat terawih di rumah, terdapat beberapa perkara yang perlu kita ikuti.

Sebagai contoh:

Bagaimana cara untuk bersolat berjemaah bersama keluarga?

Apa lafaz niat solat terawih berjemaah dan bersendirian?

Bagaimana kedudukan jemaah yang solat berjemaah bersama keluarga?

Surah-surah yang perlu dibaca pada setiap rakaat?

Bacaan bilal terawih?

Bacaan doa selepas solat terawih?

Semua akan dijelaskan di dalam artikel ini.

Apa itu Solat Terawih?

Solat terawih merupakan solat sunat muakkad ketika bulan Ramadhan. Solat terawih mempunyai 8 hingga 20 rakaat, mengikut kemampuan diri. Ia dilaksanakan setiap dua rakaat satu salam. 

Solat terawih boleh dilakukan pada bila-bila masa antara selepas solat fardhu isya’ sehingga sebelum masuk waktu subuh. Sebaiknya, solat terawih diakhiri dengan solat witir.

Hukum Solat Terawih Bersendirian Di Rumah

Menurut Mufti Wilayah Persekutuan, Dr Zulkifli al-Bakri, hukum menunaikan solat terawih secara bersendirian adalah dibolehkan. Namun begitu, yang paling afdhal adalah menunaikan solat terawih secara berjemaah.

HOT  Menggali Lebih Dalam: Enterprise vs. Syarikat Sendirian Berhad (SDN BHD)

Lafaz Niat Solat Terawih

cara solat terawih

Cara solat terawih bersendirian adalah sama seperti solat yang lain, namun berbeza pada niat serta bacaan doa.

  1. Lafaz niat

Lafaz niat bagi solat terawih bersendirian adalah berbeza dari lafaz niat solat terawih berjemaah. Pastikan anda menyebut lafaz niat yang betul.

Image result for lafaz niat solat terawih

Rumi: ushalli sunnatan tarawih rok’ataini lillahi ta’alaa

Maksud: Sahaja aku solat sunat tarawih dua rakaat kerana Allah Ta’ala

Manakala untuk lafaz niat solat terawih secara berjemaah adalah seperti berikut:

Niat solat terawih dalam rumi: ushalli sunnatan tarawih rok’ataini makmuman lillahi ta’alaa

Maksud: “Sahaja aku solat sunat terawih dua rakaat sebagai makmum kerana Allah Taala.”

Lafaz niat bagi imam pula (suami atau bapa): ushalli sunnatan tarawih rok’ataini imaman lillahi ta’alaa.

  1. Bacaan surah

Jika solat terawih berjemaah, selepas bacaan al-Fatihah kebiasaannya imam akan membacakan surah al-Quran mengikut juz. Ia adalah kelaziman bagi imam yang menghafal al-Quran atau digelar sebagai al-Hafiz.

Namun begitu, anda tidak perlu memaksa diri anda untuk membaca surah yang panjang ketika solat terawih bersendirian. Anda boleh membaca sebarang surah-surah lazim.

Terdapat beberapa surah yang digalakkan untuk dibaca mengikut rakaat:

  • Rakaat pertama: surah at-Takaatsur
  • Rakaat kedua: surah al-‘Asr
  • Rakaat ketiga: surah al-Humazah
  • Rakaat keempat: surah al-Fiil
  • Rakaat kelima: surah al-Quraisy
  • Rakaat keenam: surah al-Ma’uun
  • Rakaat ketujuh: surah al-Kautsar
  • Rakaat kelapan: surah al-Kaafiruun

Bacaan surah untuk solat terawih 20 rakaat:

Sumber: JAKIM

Bagaimana Kedudukan Jemaah Yang Bersolat di Rumah?

Posisi jemaah yang bersolat di rumah adalah sama seperti bersolat jemaah di masjid.

Imam akan berada di depan sekali manakala makmum berada di barisan belakang imam.

Namun, keadaan keadaan adalah berbeza di rumah kerana ada lelaki dan perempuan. Situasi kedudukan adalah mengikut bilangan ahli keluarga di rumah:

  • Ayah, anak lelaki, anak perempuan, ibu.
  • Suami dan isteri
  • Lelaki sahaja (terutama pelajar di sekolah atau universiti atau tinggal di rumah sewa)
  • Perempuan sahaja (terutama pelajar di sekolah atau universiti atau tinggal di rumah sewa)
HOT  10 Filem Malaysia Yang Anda Patut Tonton Di Netflix

Kedudukan imam dan makmum ditunjukkan dengan jelas seperti gambarajah di bawah:

Bacaan Di Antara 2 Rakaat Solat Terawih (Bacaan Bilal Terawih)

Pada permulaan untuk terawih dan selesai 2 rakaat solat terawih, terdapat bacaan-bacaan tertentu yang dilafazkan oleh bilal terawih dan diikuti oleh makmum.

  1. Bacaan Sebelum Terawih
  • Bilal akan membaca lafaz ini:

Sumber: AkuIslam.com

  • Bilal akan sambung dengan selawat ke atas Nabi SAW:

Sumber: AkuIslam.com

  • Makmum akan menyambut dengan membaca lafaz ini:
  • Kemudian, bilal akan mengulang selawat:
  • Makmum akan menjawab dengan lafaz seperti tadi:
  • Bilal dengan lafaz selawat yang sedikit panjang:
  • Makmum akan menyambut:
  • Seterusnya bilal akan menyerut jemaah untuk bangun mengerjakan solat terawih:
  • Makmum akan menjawab dengan lafaz ini:

Sumber: AkuIslam.com

  1. Doa Selepas Solat Terawih

Selepas selesai salam rakaat kelapan, terdapat doa khas yang boleh diamalkan di akhir solat terawih. Anda juga boleh membaca doa dan wirid selepas solat mengikut kemampuan masing-masing.

Maksud: Ya Allah jadikanlah kami golongan yang imannya sempurna, menunaikan segala kewajiban, memelihara solat, menunaikan zakat, mencari segala kebaikan di sisi-Mu, mengharap pengampunan-Mu, sentiasa berpegang teguh dengan pentunjuk-pentunjuk-Mu, terhindar dari segala penyelewengan, zuhud di dunia dan gemira di akhirat, meredhai ketentuan Qada’, mensyukuri segala nikmat-Mu, sabar terhadap musibah.

Dan semoga di akhirat nanti kami dimasukkan sebaris di bawah naungan panji-panji junjungan kami Nabi Muhammad saw, dapat melalui telaga kausar (yang sejuk), dimasukkan ke dalam syurga, terhindar dari api neraka dan duduk di atas singgahsana kemuliaan, didampingi bidadari syurga dengan berpakaian baju kebesaran daripada sutera yang berwarna-warni, menikmati santapan syurga yang lazat, meminum susu dan madu yang suci lagi bersih di dalam gelas-gelas dan kendi dari mata air yang sentiasa mengalir. Bersama orang-orang yang telah Kau berikan nikmat pada mereka, iaitu daripada golongan para nabi, para siddiqin, syuhada dan orang-orang yang soleh dan beruntung sekali mereka akan menjadi teman-teman kami. Demikianlah kemurahan dan kecekapan daripada Allah yang Maha Mengetahui.

Ya Allah jadikanlah kami pada malam yang mulia dan diberkati ini, tergolong orang-orang yang bahagia dan diterima amalnya, dan janganlah Kau jadikan kami tergolong orang-orang yang celaka dan ditolak amalnya.

Semoga Allah mencurahkan rahmat-Nya pada penghulu kami Nabi Muhammad saw, keluarga dan para sahabat Baginda semuanya. Berkat rahmat-Mu, wahai yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Dan segala puji bagi Allah Tuhan pemelihara semesta alam.

Solat Witir

Ia dilakukan sekurang-kurangnya satu rakaat, dan sekurang-kurangnya bagi had sempurna adalah tiga rakaat, bersamaan dua kali salam.

HOT  Doa Qunut Solat Subuh - Dalam Bacaan Rumi & Jawi

Sekiranya anda mengerjakan solat terawih secara berjemaah di masjid, bilal akan memaklumkan kepada para jemaah terlebih dahulu.

Manakala bacaan doa qunut sunat dibacakan bermula pada malam ke-16 hingga akhir Ramadhan pada rakaat akhir solat sunat witir selepas bangkit dari rukuk.

Bacaannya sama seperti menunaikan solat fardhu Subuh.

Demikian panduan ringkas berkenaan cara solat terawih, lafaz niat solat terawih dan bacaan-bacaan dan doa selepas terawih ini yang hanya boleh dilakukan sepanjang Ramadhan.

Hidupkanlah rumah kita dengan melakukan apa yang dituntut dan sentiasa berusaha melipatgandakan amalan di bulan yang mulia ini.

Semoga kita istiqamah melakukan kebaikan, insyaAllah.