Cara penjagaan tanaman hidroponik
Advertisement

Sistem penanaman tanpa tanah; hidroponik bukan lagi suatu aktiviti yang asing di telinga masyarakat kini. 

Ia mula mendapat sambutan ketika musim pandemik Covid-19 melanda negara ini pada tahun lalu. 

Antara sebab-sebab teknik penanaman ini menerima perhatian orang ramai ialah ia mudah untuk dikendalikan dan tidak memerlukan kos yang banyak. 

Meskipun begitu, sebagai seorang petani atau pengusaha tanaman hidroponik, anda perlu tahu cara penjagaan yang betul. Ini bertujuan untuk memastikan tumbuhan ini dapat tumbuh dengan baik dan kualiti yang terjaga. 

Jadi, apakah cara penjagaan tanaman hidroponik yang betul? 

Ayuh baca artikel ini untuk mendapatkan maklumat penting mengenai hidroponik seperti keperluan asas dan cara penanaman tanaman hidroponik yang anda perlu tahu. 

Info Umum Hidroponik 

Cara penjagaan tanaman hidroponik

Seperti yang dinyatakan pada bahagian awal pengenalan, hidroponik merujuk kepada sebuah sistem penanaman yang tidak memerlukan tanah. 

Sebaliknya, akar tumbuhan itu akan dimasukkan ke dalam larutan air baja (nutrien) dengan menggunakan beberapa “alatan”. 

Alatan ini termasuklah sabut kelapa, pasir, batu-bata yang sudah hancur, dan juga habuk kayu bagi menggantikan penggunaan tanah. 

Tahukah anda bahawa sistem penanaman hidroponik ini amat membantu anda untuk berjimat? Terutama sekali buat mereka yang gemar makan sayur-sayuran di rumah atau yang menjalankan bisnes. 

Antara tanaman yang anda boleh tanam dengan menggunakan sistem ini adalah seperti berikut: 

  • Bak choy 
  • Kailan 
  • Sawi 
  • Bayam 

Jika anda ingin tahu dengan lebih lanjut mengenai tanaman hidroponik yang mudah ditanam, anda boleh rujuk artikel di sini bagi mendapatkan maklumat.

Keperluan Asas Tanaman Hidroponik

Walaupun teknik penanaman ini tampak mudah, namun terdapat beberapa keperluan asas yang anda perlu ada. 

Keperluan ini amat penting bagi memastikan tanaman hidroponik anda dapat membesar dengan mekar dan menghasilkan buah atau bunga yang banyak.

HOT  Bidang Veterinar yang Semakin Popular: Focus Minat dan Pemilihan Jurusan yang Tepat

Oleh itu, kami sertakan 4 keperluan asas bagi tanaman hidroponik di bawah ini: 

  • Cahaya

Seperti yang kita tahu, cahaya adalah amat penting bagi pertumbuhan tanaman; sama ada hidroponik atau tidak. 

Penerimaan cahaya yang mencukupi juga boleh ditakrifkan sebagai  proses fotosintesis (photosynthesis). 

Melalui proses ini, tanaman hidroponik anda dapat menghasilkan “makanan” tersendiri dan menghasilkan oksigen untuk hidupan lain. 

Disebabkan itu, jika anda ingin menanam tanaman dengan menggunakan sistem hidroponik, pastikan ia menerima cahaya yang cerah dan secara terus (direct sunlight) pada setiap hari.

Namun begitu, tanaman anda hanya memerlukan cahaya sekurang-kurang 4 jam dalam sehari. 

Jika lebih daripada masa tersebut, khuatiri tanaman anda akan kering. 

Ataupun, jika tanaman anda kurang menerima cahaya matahari, dedaunnya akan bertukar warna kekuningan dan tanaman tersebut akan menjadi “kurus”. 

Salah satu cara untuk mengetahui sama ada tanaman anda menerima cahaya matahari yang mencukupi adalah dengan perhatikan pertumbuhan anak benih yang kurus dan panjang. 

Jika situasi ini yang tanaman anda alami, maka, anda perlu memastikan ia diletakkan pada tempat yang bercahaya.

  • Air

Air merupakan keperluan asas yang terpenting kerana tanaman memerlukan antara 80% – 90% kandungan air bagi memastikan ia boleh tumbuh dengan baik? 

Hal ini kerana kandungan air yang terdapat dalam tanaman merupakan sebuah medium bagi mengangkut nutrien ke seluruh “organ”. 

Selain itu, proses fotosintesis juga tidak dapat dilakukan dengan lancar sekiranya tanaman hidroponik anda tidak menerima air yang mencukupi. 

Oleh itu, anda perlu pastikan tanaman hidroponik menerima air yang mencukupi (maksudnya tidak kurang dan tidak berlebihan) agar ia boleh tumbuh dengan baik. 

  • Udara

Seperti yang diketahui umum, udara mempunyai dua komponen yang penting bagi setiap hidupan seperti karbon dioksida dan oksigen. 

HOT  5 Bahan Terbaik untuk Karpet: Pilihan Teratas untuk Rumah Anda

Bagi tanaman, ia memerlukan karbon dioksida untuk menghasilkan makanan, manakala oksigen pula diperlukan bagi respirasi dan penukaran makanan kepada tenaga. 

Jadi, sebagai seorang “penjaga” tanaman hidroponik, anda perlu pastikan ruangan tanaman anda mempunyai pengudaraan yang baik. 

Jika tidak, tanaman anda boleh dijangkiti pertumbuhan kulat yang boleh membahayakan kesihatannya. 

Selain itu, pengudaraan yang baik juga amat penting untuk akar bagi memastikan ia dapat “mengaut” nutrien di tanah. 

  • Nutrien

Yang terakhir sekali adalah penerimaan nutrien daripada tanah atau melalui penggunaan baja. 

Setiap nutrien yang diterima seperti nitrogen, fosforus, dan kalium mempunyai fungsi-fungsi yang tertentu dan kebaikan pada tanaman. 

Ketiga-tiga nutrien berfungsi untuk menggalakkan pertumbuhan, pertumbuhan akar, dan juga pengeluaran bunga dan buah untuk tanaman anda. 

Tetapi, jika anda ingin menggunakan baja, pastikan ia mempunyai NPK yang sama rata seperti 8-8-8 agar tanaman anda menerima nutrien yang mencukupi. 

Cara Penjagaan Tanaman Hidroponik

Cara penjagaan tanaman hidroponik

Pada bahagian ini, kami akan menyediakan beberapa cara penjagaan tanaman hidroponik yang betul, antaranya ialah: 

  • Tempatkan tanaman hidroponik di kawasan yang bercahaya. 
  • Pastikan ada ruang antara akar dan larutan nutrien bagi memastikan aliran pengudaraan yang baik. 
  • Pastikan suhu larutan nutrien antara 25-29 darjah Celcius. 
  • Anda perlu buang mana-mana bahagian tanaman yang sudah rosak akibat penyakit atau serangan serangga. 
  • Basuh bekas dan alatan tanaman setiap kali anda menggunakannya. 

Penggunaan Baja Sesuai Untuk Tanaman Hidroponik

Cara penjagaan tanaman hidroponik

Pada bahagian atas, kami ada menyatakan mengenai penggunaan baja yang bersesuaian dan mencukupi adalah amat penting untuk pertumbuhan tanaman anda. 

Oleh itu, salah satu produk baja lokal yang terbaik untuk tanaman hidroponik ialah baja PowerGRO. 

Baja ini telah digunakan oleh golongan petani di Malaysia dan menerima kepercayaan mereka disebabkan keberkesanannya. 

HOT  Hiasi Raya Anda Dengan Pokok Hiasan Dalam Rumah

Bukan 1,000 tetapi lebih daripada 30,000 pengguna yang berpuas hati dengan baja PowerGRO ini!

Bagusnya baja ini kerana ia diperbuat daripada bahan-bahan organik dan tidak mengandungi cecair kimia mahupun tinja haiwan. 

Jadi, ia memang sesuai untuk semua jenis tanaman; termasuklah hidroponik, tidak berbau, dan meningkatkan imuniti sistem tumbuhan anda. 

Selain itu, penyediaan baja ini adalah amat mudah. Bagi tanaman hidroponik, ia mempunyai 2 cara penyediaan iaitu: 

Cara pertama: 

Bancuhkan 1ml baja PowerGRO bersama 1 liter air. Walau bagaimanapun, sukatan ini boleh berubah atas faktor isipadu tangki bagi tanaman hidroponik anda. 

Cara kedua: 

Bancuhkan 3ml baja PowerGRO bersama 5 liter air. Kemudian, anda boleh semburkannya pada daun dengan kadar kekerapan sekali seminggu sahaja. 

Dengan adanya 3 saiz baja PowerGRO yang berbeza iaitu 500ml, 1 liter, dan juga 5 liter, anda boleh memilih mengikut keperluan dan jumlah tanaman yang anda di rumah atau kawasan tanaman. 

Jadi, jika anda menanam tanaman hidroponik di rumah, pastikan ada PowerGRO. 

Barulah ia dapat membesar dengan baik, sihat dan mempunyai hasil yang banyak!

Jom Dapatkan Baja PowerGRO Di Sini Sekarang!