Cara menukar password Cimb clicks
Advertisement

Alamak, CIMB Clicks suruh tukar password baru tapi tak tahu kat mana nak buat? Di sini kami kongsikan langkah demi langkah beserta gambar untuk membantu anda menukar atau reset password baru CIMBClicks andaTeruskan membaca sehingga tamat.

Kenapa perlu tukar password CIMB Clicks baru? Baru-baru ini CIMB Bank Berhad telah memberitahu media bahawa CIMBClicks perbankan dalam taliannya adalah tetap selamat dalam semua urus niaga.

Namun CIMB memaklumkan bahawa kata laluan akaun CIMBClicks mesti lebih daripada lapan aksara dan sehingga 20 aksara, serta CIMB Clicks telah menambah keselematan recaptcha untuk memastikan pengguna bukan bot.

Ramai netizen tidak tahu cara buat password CIMB clicks dan cara update password CIMB clicks, mari kita ikuti langkah macam mana nak tukar password CIMB clicks dan update.

Tutorial bergambar terbaru 2021 cara tukar password CIMB Clicks, jika anda terlupa kata laluan CIMB online anda masih boleh akses ke akaun CIMB online banking anda dengan cara reset password CIMB Click terlebih dahulu.

Anda hanya perlu sediakan

  1. Kad debit/kredit CIMB Bank
  2. Butiran-butiran peribadi anda

Sila ikuti langkah-langkah proses ini.

1. LAMAN SESAWANG RASMI CIMB CLICKS

Anda perlu ke laman sesawang CIMB Bank, dan klik pada Login to CIMB Clicks.

2. FORGOT USER ID OR PASSWORD

Selepas laman login keluar, sila klik pada “FORGOT USER ID OR PASSWORD”.

3. Forgot User ID & Password

Sila pilih “How did you register for CIMB Clicks“. Kemudian paparan seterusnya akan keluar.

4. CIMB ATM/DEBIT/CREDIT CARD

Sila pilih “CIMB ATM/Debit/Credit Card. Jangan pilih selain dari pilihan ini dan paparan seterusnya akan keluar.

5. PENGISIAN MAKLUMAT KAD DEBIT/KREDIT

Kini, anda perlu mengisi maklumat CIMB ATM/Debit/Credit Card Number : 16 Digit Nombor Kad Debit/Kredit

HOT  The Power of Monitoring and Coaching: Nurturing Growth and Success

Jika anda mendaftar CIMB Click menggunakan kad debit, sila rujuk 16 Digit nombor kad debit tersebut dan kad kredit juga sama.

ATM PIN ini Masukkan no ATM PIN kad debit/kredit anda (biasanya nombor 6 digit)

Masukkan perkataan yang dipaparkan dalam gambar.

Sila klik ( / ) pada bahagian “Term and Conditions”

Selesai mengisi 4 ruangan tadi sila klik butang “Next”.

6. NEW PASSWORD

Pada paparan ini ID anda akan dipaparkan. Masukkan password baru anda. Kombinasi password perlu ada seperti ini :

  • Sekurang-kurangnya 8 aksara (seeloknya lebih dari 8 sehingga 20 aksara)
  • Kombinasi huruf besar, huruf kecil, nombor dan simbol (Mang6769!@)
  • Dan nombor tidak boleh berurutan. (Mang123!@)

Masukkan kata laluan yang anda telah fikirkan pada new password dan confirm password. Jangan lupa anda akan dibawa pada bahagian request for TAC.

7. REQUEST FOR TAC

Sebelum klik pada request for TAC pastikan kedua-dua password yang dimasukkan adalah sama. Jika password anda sama dan memenuhi syarat maka tanda ( / ) akan berwarna hijau, jika sebaliknya tanda ( x ) berwarna merah akan dipaparkan.

Setelah betul kesemuanya, klik pada “Request for TAC“.

8. NOMBOR TAC

Setelah itu 6 digit nombor akan dihantar ke telefon bimbit anda melalui sistem “SMS”, pastikan nombor anda telah berdaftar bersama CIMB Online.

Dan kini proses penukaran / update kata laluan telah selesai. Anda wajib ingat kata laluan yang baru agar boleh melakukan urusan seterusnya.

Buka semula ke akaun CIMB Clicks Online Banking anda dan gunakan ID dan Password yang baru buat sebentar tadi.

Tuntasnya di sini, anda tidak perlu mengikuti kata-kata netizen yang memberikan komen negetif terhadap CIMB Online Banking, Kerana CIMB sendiri telah memaklumkan bahawa sistem mereka tidak digodam oleh mana-mana pihak.

HOT  Pembekal Beg Umrah dan Haji Malaysia

Oleh itu, anda perlu peka terhadap maklumat yang sahih yang diberikan oleh pihak berwajib seperti CIMB HQ dan pihak kerajaan.

Semoga artikel kali ini bermanfaat, terima kasih.

Mahu baca lagi segala panduan yang ada di OnTrenz? klik butang di bawah.