Advertisement

Panduan ini mengandungi semua yang anda ingin tahu tentang cara mengerjakan haji.

Sekiranya anda mahu mengetahui cara mengerjakan haji dengan betul dan sempurna, inilah tempatnya.

Teruskan membaca. Mudah-mudahan panduan ini membantu anda mendapat haji mabrur.

Kenapa Perlu Mengerjakan Haji?

Musim haji bakal tiba tak lama lagi.

Bakal jemaah haji pasti sibuk menguruskan keperluan yang perlu dibawa.

Selain dari barang keperluan, sudahkah anda melengkapkan diri dengan ilmu dan panduan haji lengkap?

Menunaikan haji merupakan salah satu dari rukun Islam.

Ia merupakan ibadah yang wajib ditunaikan oleh setiap orang beragama Islam yang mampu dari segi sihat tubuh badan serta wang ringgit.

Sebagai panduan bersama, di sini akan dikongsikan cara mengerjakan haji.

Selain itu, anda juga boleh menjadikan panduan ini sebagai checklist persediaan sebelum pergi haji. Diharapkan agar ia dapat membantu anda mendapat haji yang mabrur.

Persediaan sebelum berangkat

Related image

Sebagai persediaan awal, jemaah haji dinasihatkan agar perbanyakkan taubat.

Ia bagi membersihkan hati dari dosa-dosa. Bawalah hati yang bersih dan ikhlas menjadi tetamu Allah.

Selain itu, digalakkan juga untuk bermaaf-maafan sesama Muslim.

Tidak kira samada ahli keluarga, jiran tetangga mahupun sahabat handai.

Mohon agar dikirimkan doa dan ucapan selamat pergi dan pulang.

Sebelum berangkat, ambil perhatian dan peka dengan maklumat yang disampaikan oleh pihak Tabung Haji. 

Bagi memastikan perjalanan yang lancar, periksa tarikh dan masa berangkat dengan betul.

Pastikan anda sampai di Tabung Haji Kelana Jaya sekurang-kurangnya 6 jam sebelum penerbangan.

Persiapan semasa di tanah suci

Setibanya di Lapangan Terbang Jeddah, ambil bagasi anda dan lalui pemeriksaan kastam dengan tenang.

Elakkan dari tergopoh gapah dan banyakkan bersabar.

HOT  Panduan Umrah Dan Cara Mengerjakan Umrah Lengkap

Ingat, anda ke tanah suci bagi menunaikan haji.

Oleh itu, pelihara niat anda dan fokus dalam mengerjakan ibadah.

Jangan rosakkan haji anda dengan perkara yang remeh.

Semasa dalam ihram, jauhi perkara dan perbuatan yang dilarang.

Antaranya seperti memotong kuku dan menggugurkan rambut.

Jika larangan ini dilanggar, anda wajib membayar dam.

Cara mengerjakan ibadat haji

ibadat haji

Berdasarkan sunnah Rasulullah s.a.w, ibadah haji boleh dikerjakan melalui tiga cara, iaitu:

1.Haji tamattu’

Haji tamattu’ bermaksud mengerjakan umrah dahulu pada musim haji dan menjalankan amal ibadat yang berkaitan dengan umrah sahaja.

Apabila tiba waktu haji, jamaah akan berihram haji pula dan menjalankan amal ibadat yang dikhususkan untuk haji.

2. Haji ifrad 

Cara mengerjakan haji ifrad adalah dengan berniat ihram untuk mengerjakan haji sahaja dan melaksanakan semua amalan yang berkaitan.

Umrah pula dilakukan selepas selesai melaksanakan haji. 

3. Haji qiran 

Cara terakhir mengerjakan haji ialah dengan haji qiran.

Ia bermaksud mengerjakan haji dan umrah secara serentak, iaitu dengan satu niat.

Umrah dikira sudah selesai apabila selesai mengerjakan haji.

Tatacara Mengerjakan Haji

Terdapat beberapa pandangan yang berbeza di kalangan ulama mengenai cara mengerjakan haji.

Oleh itu, jemaah haji boleh memilih cara mengerjakan haji yang sesuai dari segi masa dan keadaan. 

Jika anda risau tersilap atau keliru, anda boleh rujuk pada pegawai Tabung Haji.

Anda belajar sesuatu?

Share dengan kami di ruangan komen.

Follow kami untuk artikel-artikel menarik setiap minggu.