Advertisement

Pakej Prihatin PKS Tambahan diumumkan oleh Perdana Menteri memberi manfaat kepada pekerja. Sudah pasti ada yang mahu mengetahui cara memohon Program Subsidi Upah PERKESO ini.

Artikel ini akan menjelaskan tentang bantuan yang diwujudkan untuk pekerja yang memerlukannya.

Teruskan membaca.

Program Pengekalan Pekerjaan PERKESO

PERKESO memberikan inisiatif bantuan sebanyak RM600 sebulan melalui Program Pengekalan Pekerjaan (ERP) kepada majikan untuk diberikan kepada pekerja yang terpaksa mengambil cuti tanpa gaji kerana penularan wabak Coronavirus COVID-19.

Program ini untuk pekerja yang bercuti tanpa gaji.

Program Subsidi Upah

Juga diberi nama Wage Subsidy – subsidi upah berjumlah RM600 sebulan diberikan kepada majikan untuk dibayar kepada pekerja mereka.

Terhad kepada 200 pekerja dengan tempoh maksima 3 bulan.

Program ini untuk majikan yang masih mahu mengekalkan pekerja mereka.

Beza dua program ini boleh dirujuk melalui infografik di bawah:

Pakej Prihatin Tambahan PKS

  • Program subsidi yang diumumkan pada 27 Mac 2020 dinaikkan daripada RM5.9 bilion kepada RM 13.8 bilion.
  • Semua syarikat dengan pekerja bergaji RM4,000 ke bawah layak mendapat bantuan subsidi upah seperti beikut.

Jumlah Pekerja 1-75 Orang

  • Untuk syarikat yang mempunyai pekerja sebanyak 75 orang, syarikat itu menerima subsidi upah berjumlah RM1,200 untuk setiap pekerja.

Jumlah Pekerja 76-100 Orang

  • Layak untuk mendapat subsidi upah berjumlah RM800 untuk setiap pekerja.

Jumlah Pekerja Lebih Daripada 200 Orang

  • Layak untuk mendapat subsidi upah berjumlah RM600 untuk setiap pekerja. Bilangan maksimum yang layak mendapat subsidi ditingkatkan daripada 100 orang kepada 200 orang pekerja.

Perlu Berdaftar Dengan SSM

Penambahbaikan bantuan ini akan membantu syarikat mendapat manfaat. Bantuan ini akan berterusan selama 3 bulan tetapi hanya untuk majikan yang berdaftar dengan SSM atau pihak berkuasa tempatan sebelum 1 Januari 2020 dan dah mendaftar dengan PERKESO.

HOT  Mengatasi Jerawat dan Kulit Kering: Panduan Praktikal untuk Meraih Kulit Sihat dan Berseri

Majikan yang mahu menerima bantuan ini disyaratkan untuk mengekalkan pekerja sekurang-kurangnya 6 bulan – iaitu 3 bulan semasa menerima + 3 bulan selepas.

Ini adalah supaya dapat memberikan perlindungan keselamatan sosial kepada pekerja yang berhadapan risiko kehilangan kerja.

Siapakah Yang Layak Untuk Program Pengekalan Pekerja PERKESO?

  1. Pekerja yang mendapat notis cuti sementara tanpa gaji oleh majikan bermula 1 Mac 2020.
  2. Pekerja sektor swasta yang berdaftar dan mencarum dengan Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) PERKESO
  3. Bergaji RM4,000 dan ke bawah.
  4. Majikan yang membuat permohonan bagi pihak pekerja
  5. Majikan mesti salurkan RM600 terus kepada akaun pekerja.

Cara Memohon Program Pengekalan Pekerja PERKESO

  1. Hanya boleh dimohon oleh majikan bagi pihak pekerja.
  2. Sistem online masih belum diwujudkan jadi perlu dibuat secara manual dengan mengisi borang dan emailkan kepada pihak SOCSO.

Tugas majikan adalah untuk:

  • Muat turun borang ERPC-19
  • Isi borang ERPC-19

Masukkan butiran majikan seperti berikut:

  • No Kod Majikan
  • No Akaun Bank
  • Nama Bank
  • Nama Perusahaan
  • Industri
  • Alamat Surat Menyurat
  • Nombor Telefon Majikan
  • Nombor Faks
  • E-mel
  • Pernyataan jika mempunyai pekerja asing atau

Majikan yang mahu memohon Program Subsidi Upah PERKESO ini, perlu mengisi maklumat berikut

  • Nama Pekerja
  • No Kad Pengenalan
  • Jawatan
  • Nombor Telefon Pekerja
  • Email Pekerja
  • Tempoh Notis Cuti Tanpa Gaji (berapa hari)
  • Gaji Semasa dalam Ringgit Malaysia (RM)

Dokumen sokongan yang perlu disediakan adalah:

  • Salinan Penyata Akaun Perusahaan berserta Nombor Pendaftaran majikan
  • Notis pemberian cuti tanpa gaji kepada pekerja yang terlibat
  • Lampiran senarai pekerja yang terlibat dalam format Microsoft Excel
  • Bagi tuntutan yang ke 2-6, borang ERPC-19 perlu digunakan dengan pengesahan syarikat dan tandatangan

Emelkan borang dan senarai pekerja yang terlibat dalam bentuk Excel ke: erpc19@perkeso.gov.my

HOT  NASI LEMAK EATSY YANG WAJIB ANDA CUBA!

Semak Syarat Kelayakan Program Subsidi Upah PERKESO

  1. Pekerja sudah daftar dan mencarum dengan Sistem Insurans Pekerjaan PERKESO (EIS).
  2. Majikan perlu membuat akuan syarikat mengalami penurunan pendapatan sbenayak 50% sejak Januari 2020.
  3. Pekerja mestilah tidak dibuang kerja, diarahkan cuti tanpa gaji dan gaji tak dipotong semasa menerima bantuan bagi tempoh 3 bulan tersebut dan berikutnya.
  4. Hanya untuk pekerja bergaji RM4,000 dan ke bawah.
  5. Terbuka untuk semua sektor

Cara mohon Program Pengekalan Pekerja PERKESO

  1. Layarai laman rasmi PERKESO online di https://prihatin.perkeso.gov.my
  2. Klik Sign In
  3. Akan dikemaskini kerana dalam proses penyelenggaraan teknikal.

Untuk sebarang pertanyaan berkenaan program ini, boleh rujuk kepada SOCSO di talian:

  • 03-8091 5100
  • 03-4264 5555
  • 1-300-22-8000

Anda boleh lihat di sini untuk FAQ’s berkenaan PERKESO

work from home

Sebagai majikan yang ingin menjaga kebaikan pekerja, bantuan ini akan mengurangkan masalah mereka daripada sebarang ketidakpastian dan mengelakkan pekerja daripada terpaksa diberhentikan.

Pekerja yang merasakan beban kerana tak dapat bekerja akan mendapat sedikit bantuan bagi meneruskan hidup sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Jika anda mempunyai pekerja atau anda sendiri pekerja, jangan lupa juga untuk memohon BPN. Malah anda juga boleh membuat permohonan untuk mengeluarkan pengeluaran duit KWSP Akaun 2 i-Lestari berjumlah RM500 selama 12 bulan.

Semasa artikel ini ditulis, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa ketiga telah dilanjutkan sehingga 28 April 2020, satu tempoh yang penting bagi semua rakyat Malaysia untuk duduk dirumah.

Diharapkan dengan artikel ini dapat membantu majikan dan pekerja untuk memudahkan proses anda memohon bantuan.

Terima kasih kerana membaca.