“Ingatkan berniaga tudung ni suka-suka sahaja, tak sangka makin hari makin ramai pelanggan. Stok pun perlu kerap tambah. Jadi, adakah perlu saya daftar SSM online?”

Ramai peniaga yang menggunakan platform atas talian merasakan tiada keperluan untuk mendaftar perniagaan mereka, malah ada yang rasa prosesnya melecehkan.

Sedangkan ada pelbagai manfaat yang anda bakal perolehi jika mendaftarkan perniagaan anda.

Kami kongsikan kelebihan mendaftar perniagaan anda dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

Kelebihan Daftar Guna Online

Hari ini segala urusan hanya di hujung jari anda. Begitu juga untuk anda mendaftarkan perniagaan anda. Tak perlu lagi beratur panjang dan menunggu lama di kaunter SSM.

Sebaliknya anda boleh lakukannya secara online, pada bila-bila masa dan dimana sahaja.

Untuk mendaftar, hanya perlukan RM60 sahaja untuk tempoh setahun.

Jika anda gagal mendaftar perniagaan, berkemungkinan anda juga berdepan dengan risiko denda RM50,000 atau penjara dua tahun.

Apabila anda daftar SSM online, anda akan memperolehi nombor SSM, sekaligus memberi keyakinan kepada pelanggan untuk berurusan dengan anda.

Apatah lagi hari ini ramai scammer yang ambil kesempatan ke atas peniaga atas talian.

Tahukah anda, selepas anda daftar SSM online, sesebuah perniagaan itu juga akan dilindungi dengan undang-undang negara dan menjadikan entiti anda yang sah di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956.

Sebagai peniaga juga, manfaat yang anda akan dapat selepas mendaftar SSM adalah dapat membuka Akaun Semasa di bank.

Jadi ini akan memudahkan anda untuk mengasingkan duit bagi akaun peribadi dan perniagaan.

Cara Daftar SSM Secara Online

Untuk anda yang mahu daftar SSM online, di bawah kami kongsikan langkah-langkahnya.

Fikir Nama Dan Jenis Perniagaan

Kenal pasti jenis perniagaan yang anda nak daftarkan, sama ada ia milikan tunggal atau perkongsian.

HOT  Cara Jaga Dalaman Wanita: Panduan Praktikal Untuk Kebahagiaan Dan Kesejahteraan

Jika anda berniaga secara kecil-kecilan, bisnes secara atas talian dan freelance, anda perlu daftarkan perniagaan anda secara milikan tunggal.

Untuk nama perniagaan pula, sediakan tiga nama pilihan supaya ada backup kalau-kalau nama yang dipilih sudah digunakan.

Layari e-biz

Untuk mendaftar secara online, anda perlu pergi ke pautan ini ezbiz.ssm.com.my.

Klik pada Sign Up untuk mendaftar buat kali pertama.

Isi butiran yang diperlukan seperti nama penuh dan nombor kad pengenalan.

Reka ID dan kata laluan anda dan ingat untuk memudahkan setiap kali login ke laman web ini.

Boleh rujuk video ini untuk membantu daftar SSM online.

Sahkan Pendaftaran Di Kaunter SSM

Selesai isi maklumat, anda perlu lakukan pengesahan kad pengenalan di kaunter SSM yang terdekat.

Isi Butiran Peribadi

Anda perlu mengisi beberapa maklumat yang berkaitan dengan Borang Pendaftaran Perniagaan Baru (Borang A).

a) Nama perniagaan

b) Tarikh permulaan perniagaan
c) Alamat utama perniagaan
d) Alamat cawangan perniagaan (jika ada)
e) Maklumat pemilik dan rakan kongsi
f) Jenis perniagaan yang akan dijalankan
g) Kemukakan salinan perjanjian perkongsian (jika ada)

Perlukan Bantuan Untuk Pendaftaran SSM Anda?

Buat anda yang pertama kali daftar SSM online, mungkin berasa ragu-ragu untuk melakukannya, apatah lagi jika tiada panduan dari mereka yang berpengalaman.

Jika anda memerlukan bantuan, boleh dapatkan panduan di sini.

Ingat, walaupun anda rasa perniagaan anda kecil dan hanya lakukannya secara suka-suka, adalah digalakkan untuk anda mendaftar perniagaan kerana ada pelbagai manfaatnya.

Semoga perkongsian ini bermanfaat!


Jika anda ada masalah sakit belakang atau sakit lutut. Saya cadangkan anda berjumpa fisioterapi PhysioGo.