mysejahtera
Advertisement

Menurut Pelan Penjana yang diumumkan tempoh hari, pengguna MySejahtera yang layak akan mendapat tebus kredit sebanyak RM50, baucer diskaun dan cashback RM50.

Jadi untuk mendapatkan kredit yang akan dimasukkan bermula Julai 2020 ini, anda perlu mendaftar dahulu. Artikel ini ada caranya.

Mari mulakan.

Apa itu MySejahtera?

login mysejahtera

MySejahtera adalah aplikasi yang dibangunkan oleh Kerajaan Malaysia untuk mengawasi penularan wabak COVID-19 di Malaysia.

Aplikasi ini juga memberikan akses kepada pengguna untuk membuat penilaian kesihatan sendiri dan mendapatkan statistik terbaharu COVID-19 di seluruh negara.

Di samping itu, aplikasi ini juga membantu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk mendapatkan maklumat awal dan mendapatkan tindakan yang seterusnya dengan cepat dan berkesan.

mysejahtera

Dalam pada itu, aplikasi ini adalah untuk menjejejaki sebarang risiko setiap penggunanya. Dengan ini, kita semua dapat melindungi diri dan keluarga dari pandemik COVID-19.

Tujuan aplikasi ini dibina adalah untuk:

  • Mengukur tahap kesihatan pada risiko COVID-19 
  • Mendapatkan maklumat dan panduan kesihatan terkini berkaitan dengan COVID-19
  • Mendapatkan statistik terkini berkaitan COVID-19 di Malaysia dan seluruh negara
  • Mendapatkan info tempat berisiko di seluruh Malaysia
  • Mendapatkan maklumat tempat untuk melakukan saringan kesihatan yang berdekatan
  • Mendapatkan nasihat doktor tentang hal berkaitan COVID-19
  • Membuat temu janji untuk saringan kesihatan berkaitan COVID-19
  • Nombor HOTLINE untuk pertanyaan berkenaan COVID-19
  • Dapatkan ujian saringan COVID-19 di rumah
  • Mendapatkan maklumat Garis Panduan atau SOP terkini daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Pengguna Aplikasi MySejahtera

Terdapat dua kategori pengguna aplikasi MySejahtera. Mereka adalah:

  • Rakat Malaysia dan warga asing yang menetap di Malaysia
  • Pentadbir aplikasi di KKM

Syarat Untuk Mendapatkan Tebus Kredit RM50 MySejahtera

  • Warganegara Malaysia yang sah
  • Telah memuat turun dan mendaftar di  aplikasi MySejahtera
  • Berumur 18 tahun dan ke atas pada tahun 2020
  • Gaji dan pendapatan setiap bulan tidak melebihi RM100 ribu setahun
HOT  Resepi Rendang Ayam Lazat Untuk Hari Raya

Manfaat E-Wallet MySejahtera

  • Terdapat baucar dan diskaun melalui aplikasi ini
  • Menggalakkan pembayaran cashless
log in mysejahtera

Keperluan Minimum Peranti Untuk Memuat Turun Aplikasi MySejahtera

  1. Telefon pintar dengan sistemp pengoperasian Android 4.0 ke atas atau iOS 10 ke atas
  2. Sambungan internet
  3. Boleh menerima SMS bagi tujuan pengesahan One-Time-Pin (OTP)

Cara Daftar MySejahtera dan Tebus Kredit RM50

  1. Ada boleh ke laman sesawang MySejahtera di sini, atau muat turun aplikasi Mysejahtera terus ke dalam telefon pintar. 
  • Klik di sini untuk aplikasi Android (Google Play)
  • Klik di sini untuk Apple iPhone (App Store)
  • Klik di sini untuk Huawei (AppGallery)
  1. Klik pada Daftar Di sini
log in mysejahtera
  1. Anda boleh mendaftar dengan nombor telefon ataupun dengan email anda
  2. Masukkan OTP yang diterima melalui SMS
  3. Atau klik pada pautan pengesahan melalui email
  4. Selepas itu anda akan dibawa ke paparan untuk mendaftarkan maklumat anda dengan MySejahtera.
  5. Di sini anda perlu memasukkan atau mengemaskini maklumat berikut:
  • Nama Pengguna
  • Nama Penuh
  • Nombor Telefon
  • Nombor Kad Pengenalan atau Passport
  • Umur
  • Jantina
  • Bangsa
  • Alamat Semasa
  1. Kemudian anda akan dibawa ke paparan seterusnya.
  2. Tetapkan Kata Laluan
log in mysejahtera
  1. Tekan butang “Sahkan”
  2. Pendaftaran anda ke dalam MySejahtera telah berjaya
  3. Anda akan menerima mesej “Terima kasih! Hampir selesai. Sila klik pautan di bawah untuk memuat turun aplikasi MySejahtera. ID Pengguna anda ialah idpengguna@gmail.com. Kata laluan anda adalah seperti yang dimasukkan dalam halaman sebelumnya”
  4. Tekan “Tutup”
  1. Kini anda boleh log in semula ke aplikasi MySejahtera.

Cara Log In MySejahtera

Ini merupakan langkah-langkah untuk anda masuk atau log in ke dalam MySejahtera.

  1. Buka aplikasi MySejahtera
  2. Tunggu sehingga siap loading sepenuhnya
  3. Masukkan ID Pengguna
  4. Klik Log Masuk
  5. Jika terlupa kata laluan, klik pada Lupa Kata Laluan
  6. Sekiranya semuanya berjalan lancar, anda kini boleh log in MySejahtera
HOT  4 Kelebihan Menanam Secara Hidroponik

**Kredit e-Wallet MySejahtera berjumlah RM50 akan dimasukkan mulai Julai 2020.

Maksud Klasifikasi Kesihatan Dalam MySejahtera

Apabila anda sudah selesai mendaftar masuk, anda boleh cuba menjawab soalan ujian saringan COVID-19 yang ada di dalam aplikasi ini.

Seterusnya, anda akan diberikan klasifikasi kesihatan. Maksud setiap klasifikasi kesihatan adalah seperti berikut:

  1. Low Risk

Individu yang mempunyai risiko rendah terhadap jangkitan COVID-19.

  1. Casual Contact

Individu yang berkemungkinan terdedah kepada individu lain yang dijangkiti COVID-19.

  1. Close Contact

Individu yang telah dikenal pasti terdedah kepada individu lain yang dijangkiti COVID-19. Ini termasuk:

  • Pekerja kesihatan yang terdedah kepada COVID-19 (termasuk memberi rawatan secara langsung kepada pesakit COVID-19 tanpa menggunakan PPE, bekerja dengan pekerja kesihatan yang terjangkit dengan COVID-19, menziarahi pesakit atau tinggal bersama pesakit COVID-19)
  • Bekerja bersama-sama atau berada dalam bilik yang sama dengan pesakit COVID-19
  • Mengembara bersama pesakit COVID-19
  • Tinggal di rumah bersama-sama pesakit COVID-19
  1. Person Under Surveillance (PUS)

Individu yang mempunyai risiko mendapat jangkitan COVID-19. Contoh: individu yang mempunyai sejarah perjalanan ke luar negara dalam tempoh 14 hari.

  1. Person Under Investigation (PUI)

Individu yang mempunyai risiko mendapat jangkitan COVID-19, seperti individu yang mempunyai sejarah perjalanan ke luar negara atau yang pernah menghadiri perhimpunan ramai (mass gathering) dalam tempoh 14 hari sebelum kemunculan simptom.

  1. Confirmed Case

Individu yang telah diuji positif COVID-19.

Mudah sahaja kan? Anda boleh kongsikan artikel ini dengan yang lain jika bermanfaat.Ingin baca artikel lain tentang COVID-19? Klik di sini.


Jika anda ingin membeli minyak wangi, corelle malaysia, jam tangan atau beg tangan secara bayaran ansuran tanpa hutang atau dikenali bayar secara layby. Anda boleh layari www.layby.my