bank islam online
Advertisement

Anda pengguna Bank Islam dan mahu mendaftarkan diri secara online buat kali pertama? 

Bila anda daftar Bank Islam secara online, anda akan memudahkan segala urusan akaun bank anda.

Kini anda tidak perlu beratur panjang di ATM lagi dengan panduan mudah ini. Jadi mari mulakan cara-caranya.

Cara Daftar Bank Islam Online

Sebelum memulakan pendaftaran anda, anda harus mengetahui syarat-syaratnya terlebih dahulu.

Syarat Untuk Mendaftar Bank Islam Online

  • Anda perlulah menjadi pemilik tunggal akaun anda
  • Berumur 18 tahun dan ke atas
  • Mempunyai Kad Debit atau KAD ATM BANK ISLAM
  •  Mempunyai No Pin ATM untuk kad ATM/Kad Debit

Langkah-langkah Daftar Bank Islam Online

Jika anda sudah memenuhi syarat yang diberikan, anda boleh mulakan dengan langkah-langkah selanjutnya:

1. Lawati laman web Bank Islam di : https://www.bankislam.biz/

bank islam online

2. Klik pada “FIRST TIME USER”. Anda akan dibawa ke halaman seterusnya.

bank islam online

3. Laman ini adalah terma dan syarat. Anda boleh baca dahulu, dan jika anda setuju, tandakan (/) dan klik pada “Continue”.

bank islam online

4. Pada laman ini, anda akan dibawa untuk klik jenis kad. Pilih kad anda dan klik pada “Continue”.

bank islam online

5. Seterusnya, anda akan dibawa ke halaman yang baru untuk anda memasukkan 16 Digit nombor kad ATM atau Kad Debit dan nombor PIN KAD ATM/DEBIT anda.

CONTOH

  • Nombor KAD ATM/DEBIT: 4799689000008888 (nombor 16 digit pada kad)
  • ATM PIN: Nombor PIN 6 Digit anda yang digunakan di mesin ATM

Klik pada “Continue”.

6. Anda akan dibawa ke paparan selanjutnya. Paparan ini adalah untuk anda mengisikan maklumat berikut:

  • Customer Name: Nama Penuh Anda Pada IC (Contoh: Alia Binti Ahmad)
  • IC/ID: Nombor Kad Pengenalan anda (960903023242)
  • User ID: ID yang mudah untuk anda ingati (Contoh: aliahmad)
  • Password: Kata laluan yang perlu ada kombinasi huruf besar, huruf kecil, nombor dan simbol. Ianya perlu sekurang-kurangnya 8 aksara. (Contoh: AliaAhmad396!5)
  • Confirm Password: Anda perlu memasukkan password tadi untuk disahkan
  • Email: Masukkan alamat email anda
  • Mobile Number: Masukkan  nombor telefon anda dengan nombor “60”. (Contoh: 60             133154540)
  • Private Word: Masukkan kata rahsia anda sebagai kata kunci, anda boleh jadikan apa sahaja menjadi kata rahsia anda (Contoh: Kucing Comel)
  • Select One Private Image: Pilih gambar untuk private image akaun Bank Islam anda.
  • Secret Question & Secret Answer: Pilih tiga soalan serta jawab soalan berikut dengan betul dan jujur. 
HOT  Punca Kanser dan Radang Paru Paru dan Tanda Paru Paru Perokok

Ini penting kerana anda boleh memproses verifikasi sekiranya anda terlupa kata laluan atau akaun bank online anda dicerobohi orang lain.

Contoh Soalan: What is your first car model?

Contoh Secret Answer: Perodua Myvi

bank islam online
bank islam online

  Klik pada “Submit”

7.       Sahkan jawapan yang anda berikan pada Langkah 6 dan klik pada “Confirm”

8. Anda seharusnya menerima SMS dari pihak Bank Islam mengatakan pendaftaran nombor telefon anda untuk IAC Berjaya.

Itu sahaja caranya. Dengan Bank Islam, anda boleh menyemak baki akaun anda dengan mudah. 

Untuk memudahkan lagi urusan anda dengan Bank Islam secara online, anda boleh download aplikasi Bank Islam di telefon anda.

Muat Turun Bank Islam Mobile App

bank islam online

GO by Bank Islam – Aplikasi Bank Islam pada telefon pintar Android dan IOS. 

Dengan aplikasi GO dari Bank Islam, anda boleh memudahkan urusan anda untuk melakukan transaksi ‘Favourite’. Fungsi ini amat berguna jika anda ingin melakukan bayaran utiliti atau sewa yang perlu dibayar setiap bulan.

Telefon Pintar dan Tablet Yang Disokong

bank islam online

Aplikasi ini disokong oleh telefon dan tablet dengan spesifikasi di bawah:

  • IOS 10.0 dan ke atas
  • Android 5 dan ke atas

Tetapi aplikasi ini tidak boleh digunakan pada telefon anda sekiranya telefon anda jail-broken atau rooted

Oleh itu, sentiasa kemas kini aplikasi anda untuk perkhidmatan yang optimum.

Perkhidmatan dari Go by Bank Islam

Aplikasi ini juga menyokong perkhidmatan yang sama sekiranya Bank Islam Online diakses melalui komputer anda. 

Anda akan diberikan pilihan untuk perkhidmatan berikut:

  1. Rumusan akaun untuk:
  • Akaun Simpanan atau Semasa
  • Akaun Deposit Bertempoh dan Akaun Pelaburan
  • Kad Kredit-i
  • Akaun Pembiayaan
  1. Pindahan atau transaksi dana kepada senarai ‘Favourite’ anda.
  2. Membuat bayaran bil ke dalam senarai ‘Favourite’ anda
  3. Tambah nilai telefon anda
  4. Bayaran kepada Kad Kredit-I dan akaun pembiayaan Bank Islam
  5. Kongsi atau muat turun resit transaksi anda
  6. Pengesahan transaksi melebihi Rm10,000 yang dibuat melalui Perbankan Internet Bank Islam (Pengesahan transaksi)
HOT  Punca dan Penyebab Rambut Gugur dan Cara Rawatan Rambut Gugur

Sistem Keselamatan Yang Lebih Ketat

Dengan GO dari Bank Islam, anda dilindungi dengan prosedur log masuk yang ketat. Anda perlu mengakses dengan menggunakan imej dan perkataan peribadi yang sama seperti anda lakukan di dalam laman Bank Islam.

Malah, hanya satu sesi log masuk dibenarkan melalui satu peranti pada satu masa. 

bank islam online

Individu lain seperti rakan, keluarga ataupun penceroboh, tidak boleh mengakses aplikasi tanpa ID pengguna dan cap jari atau pengesahan digital atau kata laluan anda.

Maklumat sulit anda juga tidak akan disimpan dalam telefon ataupun tablet anda.

Kesimpulan 

Bank Islam online memudahkan urusan perbankan anda untuk melakukan transaksi, menyemak baki akaun dan perkhidmatan lain.

Dengan GO dari Bank Islam, segala urusan ini dapat dilakukan dengan lebih pantas dan efisyen. 

Sekiranya anda mempunyai masalah, anda, anda boleh terus menghubungi pusat perkhidmatan pelanggan Bank Islam di talian 03-26 900 900 atau klik di sini jika anda terlupa kata laluan.

Semoga artikel ini bermanfaat, anda boleh kongsikan dengan yang lain.