mudah.my

Adakah anda serius mahu menggunakan website mudah.my untuk memulakan bisnes? Jika ya, anda wajib mempunyai akaun Pro Niaga!

Jadi, artikel ini memfokuskan tentang cara mendaftar akaun Pro Niaga bagi memulakan bisnes online di mudah.

Sekiranya anda tidak tahu mengenai Pro Niaga, jangan risau.

Berikut adalah maklumat ringkas tentang apa yang anda perlu tahu untuk memulakan bisnes sebagai pemilik akaun Pro Niaga.

logo mudah.my

Apakah itu Pro Niaga (Mudah)?

Pro Niaga membantu usahawan bisnes mencapai jutaan pelanggan online di Malaysia.

Apabila mendaftar akaun baru, anda diberikan beberapa faedah seperti:

  • Mendapat sebuah kedai online secara percuma
  • Mengiklankan semua produk dan servis
  • Diskaun pada Mudah Credits, yang boleh anda gunakan untuk membayar iklan dan perkhidmatan premium

Secara tidak langsung, pelanggan dapat mengetahui lebih lanjut tentang produk dan bisnes pemilik akaun.

Akaun Pro Niaga juga memudahkan anda bagi menguruskan semua iklan dengan menggunakan Ad Management yang boleh digunakan untuk mengurus beribu-ribu iklan.

Sesiapa sahaja, tidak kira seorang peniaga ataupun syarikat, boleh membuka akaun Pro Niaga.

Kenapa perlu buat bisnes di Mudah?

Berbisnes di mudah.my merupakan tindakan yang bijak kepada sesiapa yang ingin bermula menjual secara online di Malaysia tidak kira individu atau syarikat.

Saya berkata demikian kerana kelebihan yang diperolehi dengan menggunakan mudah.my.

Antaranya ialah:

Tidak perlu menyediakan hosting dan bina website

  • Di Mudah.my, anda tidak perlu membeli hosting, beli domain dan bina website kerana mereka menyediakannya secara percuma.

Tidak memerlukan modal besar

  • Anda boleh meletakkan iklan secara percuma bagi kebanyakan kategori, kerana ramai peniaga menggunakan www.mudah.my bagi mengiklankan produk dan servis mereka.

Tidak perlu mencari pelawat untuk website

  • Terdapat sebanyak 5.2 juta pelawat unik setiap bulan di website Mudah. Anda hanya perlu menawarkan produk atau servis yang diingini oleh pelawat ini.

Cara Mendaftar Akaun Pro Niaga

  • Layari laman web rasmi Mudah.my di pautan (https://mudah.my) dan klik pada Create Account yang berada di bahagian Pro Niaga sebelah bawah.
homepage mudah.my
  • Seterusnya, anda akan dibawa ke laman yang diminta bagi memilih kawasan, kategori dan jenis. Pilih kawasan berdasarkan tempat serta kategori dan jenis yang sesuai berkenaan perniagaan yang dijalankan.

Jika mempunyai syarikat yang berdaftar, sila pilih “Company”. Jika tidak, sila pilih “Profesional Seller”. Kemudian, tekan pada butang Next.

daftar Akaun Pro Niaga Mudah.my
  • Selepas itu, anda akan diminta bagi mengisi borang pendaftaran Pro Niaga. Masukkan detail perniagaan anda dengan lengkap pada borang tersebut.

Antara maklumat yang perlu diisi adalah:

  • Nama kedai Pro Niaga
  • Ringkasan maklumat bisnes
  • Maklumat produk atau servis
  • Logo syarikat
  • Nama syarikat
  • Alamat
  • Poskod
  • Negeri
  • No. Telefon
  • No. Telefon Bimbit
  • Laman web syarikat
  • Nombor kad pengenalan
  • Alamat e-mel
  • Setelah selesai, skrol ke bawah dan masukkan pula maklumat billing info perniagaan anda.

Tersebut adalah contoh borang pendaftaran Pro Niaga yang telah diisikan dengan maklumat yang lengkap. Anda harus periksa semua maklumat yang diisi supaya tidak menghadapi sebarang masalah pada masa depan.

Pendaftaran Pro Niaga Profile
Pendaftaran Pro Niaga Profile Billing

Setelah yakin bahawa semua maklumat dimasukkan adalah betul, tik pada kotak kecil di bawah bagi menandakan bahawa anda bersetuju dengan terma & syarat daripada Mudah.my dan klik pada Register.

  • Kemudian, apabila semua maklumat yang dimasukkan adalah betul, e-mel pengesahan akan dihantar kepada e-mel yang diberi dan anda perlu klik pada pautan yang disediakan dalam e-mel tersebut sebagai pengesahan. Anda akan diberi tempoh 48 jam bagi melakukannya.

Sekiranya anda tidak menerima e-mel pengesahan daripada Mudah.my, periksa dalam folder spam anda. Jika masih tiada, sila isikan borang Pro Niaga Support di pautan (https://www2.mudah.my/support/form/0?ca=9_s&id=15).

Pendaftaran Pro Niaga Email Confirmation mudah.my

Gambar di atas adalah contoh e-mel yang akan dihantar kepada anda oleh Mudah.my. Sekarang, anda perlu klik pada pautan yang disediakan dalam e-mel tersebut.

  • Setelah klik pada pautan dalam e-mel pengesahan itu, akaun anda menjadi aktif. Sekarang, iklan produk perniagaan anda boleh dimasukkan.
  • Untuk membuat iklan produk, tekan pada Post Free Ad yang berada di bahagian atas sebelah kanan di laman web rasmi Mudah.my.
Post iklan Mudah
  • Kemudian, anda akan dibawa ke laman untuk memasukkan iklan produk perniagaan anda.
Produk upload mudah my

Terdapat beberapa maklumat yang perlu diisi untuk memasukkan iklan produk perniagaan anda, seperti kategori, gambar (sebanyak 6), dan maklumat tentang produk tersebut.

  • Pertama sekali, masukkan jenis kategori, sub-kategori 1, sub-kategori 2 dan pilih “Company” atau “Professional Seller”.
seller mudah.my
  • Kedua, masukkan gambar-gambar produk berkaitan yang hendak digunakan untuk iklan produk anda.
  • Ketiga, masukkan maklumat berkenaan dengan iklan anda seperti jantina, kondisi, tajuk, maklumat ringkas, harga, lokasi dan kawasan.
  • Akhir sekali, masukkan maklumat anda seperti nama, e-mel dan no. telefon supaya pelanggan boleh hubungi sekiranya ada maklumat lanjut.

Tambahan pula, anda boleh klik pada Preview Ad untuk lihat iklan anda sebelum diterbitkan dan membetulkan sebarang masalah.

Setelah yakin bahawa maklumat dimasukkan adalah betul, klik pada Submit Now untuk menerbitkan iklan di Mudah.my.

  • Tahniah! Iklan anda telah dihantar untuk dikaji oleh Mudah.my. Sekiranya iklan anda tidak mempunyai sebarang masalah, iklan produk anda akan diterbitkan.
Iklan siap mudah.my

Anda akan dibawa ke laman seperti gambar di atas bahawa iklan produk anda telah dihantar kepada Mudah.my untuk dikaji.

Maklumat Lanjut

Sekiranya anda mempunyai sebarang masalah atau pertanyaan lanjut, sila rujuk butiran berikut:

Semoga artikel ini terbukti bermanfaat dan memberi keyakinan kepada sesiapa yang ingin bermula bisnes secara online di Mudah.my.

Baca artikel: Top 5 Best SEO Malaysia Services Companies Yang Anda Patut Percaya