Pengeluaran KWSP Akaun 2
Advertisement

Berikutan pengumuman kerajaan yang membenarkan rakyat Malaysia mengeluarkan simpanan Akaun 2 KWSP, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) memaklumkan bahawa pencarum boleh membuat permohonan pengeluaran i-Lestari daripada Akaun 2 bermula 1 April 2020.

Semua ahli EPF yang berumur bawah 55 tahun boleh membuat pengeluaran wang simpanan dalam Akaun 2. Pemohon boleh mengeluarkan wang sebanyak RM500 sebulan untuk tempoh selama 12 bulan.

Pencarum boleh memohon melalui 3 saluran yang ditetapkan:

  • Dalam talian melalui laman sesawang KWSP
  • Melalui emel kepada ilestarimohon@epf.gov.my
  • Secara pos ke alamat alamat Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, Karung Berkunci No 220, Jalan Sultan 46720 Petaling Jaya (Pengeluaran iLestari).

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh KWSP, pencarum perlu membuat permohonan sekali sahaja dan wang akan dikreditkan secara berulang ke dalam akaun bank pencarum.

Pencarum dijangka menerima wang pengeluaran sebanyak RM500 setiap bulan melalui akaun bank masing-masing pada 1 Mei 2020.

Diharapkan kemudahan ini dapat membantu meringankan beban rakyat terutama mereka yang berpendapatan rendah berikutan Perintah Kawalan Pergerakan wabak COVID-19.

Mereka yang layak memohon dapat menggunakan wang untuk membeli barangan keperluan asas seperti makanan dan keperluan anak-anak.

Ringkasan Pengeluaran KWSP Akaun 2 i-Lestari

Berikut adalah ringkasan Permohonan Pengeluaran KWSP Akaun 2 i-Lestari menurut laman rasmi KWSP:

Kemudahan pengeluaran i-Lestari:

  • Fasiliti pengeluaran dari Akaun 2 ahli
  • Jumlah maksimum pengeluaran RM500 sebulan
  • Amaun pengeluaran akan dikreditkan ke dalam akaun bank ahli bermula Mei 2020
  • Tempoh maksimum 12 bulan

Cara Pendaftaran:

  • Bermula dari 1 April 2020 secara emel dan pos
  • Bermula dari 1 Mei 2020 secara dalam talian di laman sesawang KWSP

Permohonan Pengeluaran:

  • Digalakkan membuat permohonan secara dalam talian kerana proses yang mudah dan cepat (dalam masa 3 hari)
  • Permohonan secara manual akan mengambil masa kerana proses pengesahan akan dilaksanakan secara manual
HOT  Langkah Pemasangan Sistem Fertigasi Yang Betul dan Mudah

Butiran selanjutnya akan dipaparkan di laman sesawang, Facebook dan Twitter KWSP dalam masa terdekat.

Ahli KWSP juga diingatkan untuk sentiasa berwaspada akan sebarang skim penipuan dan hanya berurusan secara terus dengan pihak KWSP.

Bacaan Lanjut: Semakan Penyata Akaun KWSP