shoppee

Sebenarnya ejaan sebenar bukan Shoppee tetapi Shopee. Saja jer saya eja Shoppee sebab ramai yang eja silap di carian Google. Tapi tak kisahlah, janji saya nak cerita tentang cara berniaga di shopee.

Shopee ini adalah marketplace No 1 di dalam Malaysia dan telah memintas Lazada. Saya cakap ini berdasarkan data dari Similarweb.com

shoppee

So, jika anda ingin cuba menjinakkan diri dalam bisnes online, saya sarankan anda buka akaun di Shopee dan jadi sebagai seller. Sebelum saya teruskan bercerita, mesti ramai yang tanya berapa modal saya perlu keluarkan untuk memulakan berniaga di shopee? Sebenarnya boleh dikatakan hampir “0” jika anda buat dropship. Dibawah saya tunjuk langkah demi langkah untuk anda berjaya buat jualan di Shopee.

Langkah 1 : Sourcing Barang Atau Cari Barang

Sebelum kita tahu cara berniaga di shopee, part paling genting adalah apa jenis barang yang kita hendak jual? Ramai yang baru nak mula berniaga sangkut dekat langkah ini dimana mereka tidak tahu apa jenis barang yang mereka hendak jual dan part paling penting juga kita kene mahir kuasai ilmu sourcing barang atau ilmu cari supplier atau manufacture.

Saya akan listkan dan seterusnya anda boleh explore sendiri.

A. Kedai Serbanika

Shoppee

Haaa… mungkin anda selama ini hanya berbelanja sahaja di kedai serbanika. Tapi sebenarnya anda boleh jer jual barang-barang yang ada di kedai serbanika seperti ECO, Mr DIY, MyDIN, SpeedMart dan lain-lain. Anda hanya ambil gambar dan listkan di Shopee, jangan lupa markup harga juga. Yang bestnya tak perlu beli dulu.

B. Ejen Dropship

Anda juga boleh menjadi ejen dropship dengan mana-mana produk yang ada menawarkan sistem dropship. Kelebihan dropship, anda tidak perlu restock produk tersebut. Jika mendapat sambutan, barulah anda boleh ambil stock tersebut dan simpan. Kalau tidak faham apa itu dropship, anda boleh Google.

HOT  [VIRAL] Lebih 1 Juta Views Tonton Ulasan Isham Jalil Mengenai Anwar Ibrahim & Kejatuhan Ringgit

C. Pusat Pemborong

Anda juga boleh beli barang-barang jualan di pusat pemborong seperti Kenanga Wholesale, GM Klang, PT Widuri dan GMH Health & Beauty.

shoppee

D. Import Barang dari China

Boleh dikatakan ramai perniaga di Malaysia atau di Dunia sekalipun, mereka akan tahu cara sourcing barang di China. Jika anda tahu cara nak import barang dari China, ianya memang satu kelebihan. Anda tidak perlu ke China pun jika anda ingin import. Anda boleh beli secara online juga. Caranya melalui laman web TaoBao.

Bagaimana anda ingin membeli barang di TaoBao? Klik Link Dibawah

Jika anda sudah tahu caranya, anda tidak perlu dapatkan ebook diatas, akan tetapi saya rekemen sangat anda dapatkan ebook diatas sebab di dalam ebook ini akan ajar cara A-Z anda import barang dari China hanya di depan komputer sahaja. Tak rugi anda labur dalam ilmu sebab jika anda tersilap langkah mungkin anda akan dapat kerugian yang lagi besar.

Langkah 2 : Buka Akaun Shoppee (Shopee)

Setelah anda tahu apa barang yang ingin anda jual. Anda perlulah buka akaun di Shoppee. Pergi ke Seller Center untuk anda tetapkan maklumat kedai online anda.

Sebenarnya ada banyak trick yang anda boleh pelajari jika anda ingin menjual di shoppee. Jika saya hendak cerita pun di sini terlalu panjang dan juga mungkin hanya basic sahaja. Saya rekemen anda dapatkan panduan ebook bisnes shopee dibawah.

Di dalam ebook ini juga akan mengajar anda cara anda hendak menjana 4 angka seminggu. Ianya tidak mustahil jika anda berusaha dan sentiasa belajar.

Jika anda beli ebook diatas. Anda boleh join Facebook Group Support mereka. Disini anda boleh tanya pelbagai soalan jika anda ada kemusykilan.

HOT  Aman Shah Bank: Kembali Mengegarkan Negara

Akhir kata, semoga anda berjaya. Apa yang penting sebenarnya adalah Fast Action, Fast Results. Ramai orang gagal apabila lambat bertindak.