Cara Belajar Bahasa Inggeris Dalam Bahasa Melayu
Advertisement

Apakah cara terbaik untuk belajar bahasa Inggeris? Terdapat banyak kaedah untuk mendalami bahasa Inggeris bagi rakyat Malaysia. Satu cara yang unik dan jarang didengari adalah dengan belajar Bahasa Inggeris dalam Bahasa Melayu.

Ini sesuai bagi mereka yang tidak mampu membaca dan bercakap dalam Bahasa Inggeris.

Dengan menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa mengajar, ia dapat menyampaikan maklumat dengan berkesan.

Bagaimana cara belajar Bahasa Inggeris dalam Bahasa Melayu ini? Teruskan membaca artikel ini untuk mengetahui dengan lebih lanjut.

Tips Untuk Meningkatkan Penguasaan Bahasa Inggeris Bagi Penutur Bahasa Melayu

Berikut adalah beberapa tips untuk memantapkan penguasaan Bahasa Inggeris:

  1. Dengar Muzik Kegemaran

Anda minat mendengar lagu kegemaran Bahasa Inggeris? Ini adalah cara yang mudah untuk anda memahami dan bertutur dalam Bahasa Inggeris.

Dengan mendengar lagu-lagu ini, anda dapat mendengar cara sebutan pelbagai perkataan dan juga dapat belajar perkataan baru.

Jika ada bahagian lagu yang tidak pasti, anda boleh cari lirik lagu tersebut di Google. Dari situ, anda boleh lihat perkataan-perkataan yang dinyanyikan oleh artis tersebut.

Jika anda selalu mendengar lagu tersebut, anda akan mudah menghafal lagu itu dan penguasaan Bahasa Inggeris anda menjadi semakin baik.

  1. Baca Artikel atau Blog Yang Berkaitan Dengan Minat
A group of people sitting at a table

Description automatically generated

Anda juga boleh berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris dengan yakin melalui pembacaan artikel atau blog. Cari blog yang berkaitan dengan minat anda sahaja.

Sekiranya anda peminat bola sepak, cari artikel di laman web seperti ESPN atau SkySports. Ia mengandungi banyak artikel berkaitan kelab bola sepak yang anda sokong.

Perkataan yang digunakan tidak kompleks dan senang untuk difahami. 

Bagi mereka yang suka fesyen, anda boleh pergi laman web seperti Daily Mail atau GQ. 

HOT  100 Teka Teki Yang Mampu Menceriakan Hari Anda

Daripada situ, anda boleh belajar perkataan Bahasa Inggeris yang baru untuk penulisan atau penuturan.

  1. Asah Skil Percakapan dengan Menonton Filem Kegemaran
A person sitting at a table using a computer

Description automatically generated

Selain mendengar lagu Bahasa Inggeris, anda juga boleh menonton filem-filem Hollywood.

Anda boleh buka sarikata sambil menonton supaya anda dapat memahami apa yang disebut oleh watak-watak dalam filem tersebut.

Ini merupakan cara belajar Bahasa Inggeris dalam Bahasa Melayu yang biasa diamalkan.

Dengan memahami apa yang disebut, anda dapat belajar perkataan-perkataan yang sesuai untuk digunakan dalam sesetengah situasi.

Ini boleh meningkatkan kosa kata anda yang boleh digunakan dalam kehidupan harian sama ada dalam percakapan atau penulisan.

Ia boleh membantu anda untuk membiasakan diri dengan pelbagai loghat atau slang Bahasa Inggeris.

  1. Asah Pertuturan Melalui Media Sosial

Media sosial juga boleh memainkan peranan penting untuk meningkatkan kemahiran Bahasa Inggeris.

Ini kerana majoriti pengguna media sosial di Twitter dan Instagram menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar. 

Media sosial memberi peluang untuk anda untuk berkenalan dengan rakan baru bukan sahaja dari Malaysia, tetapi dari luar negara.

Ini dapat melatihkan diri anda untuk bertutur dalam Bahasa Inggeris dengan baik.

Anda juga boleh belajar cara bertutur dengan menyertai forum-forum seperti di Reddit atau Quora. Seperti cara sebelum ini, cari forum yang berkaitan perkara yang anda minat.

  1. Belajar Bahasa Inggeris Dalam Bahasa Melayu Di YouTube
A person sitting at a table in front of a window

Description automatically generated

Selain dari belajar dengan membuat perkara di Internet, anda juga boleh belajar belajar Bahasa Inggeris dalam Bahasa Melayu dengan menonton video mengajar di YouTube.

Terdapat video yang mengajar Bahasa Inggeris untuk penutur Bahasa Melayu.

Cikgu Rachael merupakan tenaga pengajar dua pusat pembelajaran Sistem Pengujian Bahasa Inggeris Antarabangsa (IELTS) di Johor dan mempunyai channel di YouTube.

HOT  Young Living Malaysia: 5 Essential Oil yang paling laris.

Beliau telah memuat naik pelbagai video yang mengajar Bahasa Inggeris seperti ‘Past Tense’ dan juga situasi biasa seperti cara betul order makanan.

Ini sesuai bagi mereka yang ingin belajar Bahasa Inggeris untuk mengisi masa lapang mereka.

Kesimpulannya, terdapat pelbagai cara untuk anda belajar Bahasa Inggeris dalam Bahasa Malaysia untuk anda mengikuti.

Adakah anda mencari syarikat yang menyediakan servis tuisyen dari rumah? Anda haruslah mencuba SifuTutor!

Ini adalah antara kelebihan yang anda akan nikmati melalui SifuTutor:

1. Tutor Pakar yang disaring dan individu yang berpengalaman dan berkelayakan.

2. SifuTutor menganalisa dan merancang pembelajaran mengikut tahap kesesuaian setiap pelajar.

3. Kelas dibuat di rumah dan mengikut masa kesesuaian setiap pelajar dan ibu bapa.

Ini adalah cara untuk mendapatkan tutor untuk anak anda. Semua borang boleh didapati di laman web:

  1. Isi Borang Ringkas

Lengkapkan maklumat anak anda untuk SifuTutor memilih tutor terbaik.

  1. Dapat Profile Tutor

SifuTutor akan menapis dan memberikan beberapa profil tutor untuk pilihan ibu bapa.

  1. Mula Kelas Penilaian

Selepas tarikh & masa dipersetujui, anak anda akan mulakan kelas penilaian dengan tutor yang dipilih.

Jika ada apa-apa soalan, anda boleh rujuk SifuTutor di website atau page Facebook mereka.