bantuan prihatin nasional
Advertisement

Cukai pintu, cukai jalan, cukai pendapatan…

Banyaknya cukai!

Alamak, cukai pendapatan belum semak lah.

Dah kena mula bayar ke? Baru masuk kerja bulan lepas.

Macam mana nak bayar? Dekat mana?

Banyaknya soalan!

Artikel ini adalah untuk anda yang masih keliru dan tidak pasti bagaimana ingin menguruskan dan menyemak status bayaran cukai anda. Jangan risau lagi.

Apa itu LHDN?

Agensi utama Kementerian Kewangan, LHDN, bertanggungjawab memungut dan mengurus cukai langsung negara seperti cukai pendapatan dan cukai taksiran.

Bidang kuasanya melibatkan pengurusan kewangan dan kakitangan, ini adalah bagi meningkatkan kuali pentadbiran percukaian.

Secara ringkasnya, LHDN adalah badan Pentadbir Cukai di Malaysia.

Apa itu Cukai Pendapatan?

Setiap upah, gaji, komisyen, dividen dan lain-lain akan dikenakan caj tahunan. Caj yang dilevi ini dikenali sebagai Cukai Pendapatan.

Terdapat dua jenis Cukai Pendapatan iaitu:

  1. cukai pendapatan peribadi
  2. cukai perbadanan

Penyata cukai perlulah diisytihar secara tahunan untuk membayar atau menerima rebat. Hasil kutipan cukai-cukai ini digunakan oleh kerajaan untuk mendana aktiviti dan berkhidmat untuk rakyat.

Apa itu ezHasil?

EzHasil adalah sebuah platform elektronik yang ditubuhkan oleh LHDN bagi membolehkan pembayar cukai mengendali transaksi dan urusan berkenaan cukai dengan mudah.

Melalui platform ini, pengguna boleh;

  1. menyemak sekiranya rekod transaksi cukai sudah dikemaskini
  2. memastikan Potongan Cukai Bulanan telah dibuat
  3. menyemak sekiranya Penilaian Cukai yang dihantar melalui e-Filing telah dikemaskini di dalam lejar
  4. Menyemak baki cukai
  5. Memastikan butiran peribadi seperti alamat dan nombor akaun bank telah direkod dengan betul oleh LHDNM

Mengakses Masuk ezHasil Kali Pertama

  1. Layari laman web ezHasil di https://ez.hasil.gov.my/CI/
  • Daftarkan diri sebagai pembayar cukai

Pendaftaran boleh dilakukan;

  1. Di kaunter cawangan LHDNM berdekatan (sila bawa bersama Salinan Kad Pengenalan dan Penyata Pendapatan atau slip gaji terkini)
HOT  Welcome Bonus $50 : Manfaat dari XM Trading Platform

Di laman utama ezHasil, klik tab Perkhidmatan dan pilih e-Daftar.

Kemudian, daftarkan diri dibawah individu, syarikat atau lain-lain yang berkenaan.

  • Memohon nombor PIN untuk mengakses
  1. Pemohonan nombor PIN individu boleh dibuat dan didapatkan di cawangan LHDNM terdekat.
  2. Pemohonan nombor PIN organisasi boleh dibuat dan didapatkan di cawangan LHDNM/ Pusat Transformasi Bandar (UTC)/ Pusat Khidmat Hasil (PKH) terdekat.

Permohonan organisasi memerlukan beberapa dokumen yang berkenaan. Senarai dokumen-dokumen penting tersebut boleh dirujuk di sini.

  • Mengakses masuk ezHasil Untuk Kali Pertama

Bagi mendapatkan sijil digital individu mahupun organisasi, pengguna perlu melayari laman web ezHasil semula selepas mendapatkan nombor PIN.

  1. Klik “Login Kali Pertama”
  • Masukkan nombor PIN dan nombor rujukan. Kemudian, klik “Hantar”
  • Isi dan semak butiran yang diperlukan. Kemudian, klik “Setuju”
  • Semak butiran di paparan mesej yang terpapar. Kemudian, klik “Hantar”
  • Paparan berikut menunjukkan pendaftaran Sijil Digital dan akses masuk kali pertama anda berjaya.

Tahniah!

Semudah itu sahaja untuk mengakses semua urusan percukaian anda secara talian. Semoga artikel ini meleraikan persoalan anda dan memudahkan proses mendaftar.

Dengan menggunakan aplikasi-aplikasi cukai yang terdapat di bawah ezHasil, sememangnya ianya lebih mudah dan menjimatkan masa.

Sebarang pertanyaan lanjut, hubungi LHDNM di butiran berikut:

Baca >>> Cara Semak MyASNB secara online