Utama Resepi Bubble Tea Viral-Buat sendiri pun boleh !

Bubble Tea Viral-Buat sendiri pun boleh !

Cuaca panas lit-lit ni jika dapat beli Bubble Tea memang menyegarkan tekak sambl kunyah kenyal-kenyal bubble. Phew! Mari kita cuba buat sendiri, harga pun jauh lebih murah. Berikut merupakan resepi yang dikongsi oleh Nurul Atikah Mustafa:

Bahan-Bahan yang diperlukan untuk buat Bubble Pearl:

  1. 1 Cawan tepung ubi
  2. 1/2 Cawan air panas (untuk uli)
  3. Pewarna Hitam (Pewarna Biru+Pewarna Merah+Pewarna Hijau; sukatan agak2) Guna pewarna yang jual di bakeri.
  4. Secubit garam halus
  5. 1 Cawan gula perang
  6. 4 Cawan air

Cara-Cara:

1.Sukat satu cawan tepung ubi dan letakkan secubit gram. Gaul rata. Masukkan air panas sikit sikit sambil uli sampai doh tak melekat kat tangan. Kacau dengan sudu, hati-hati ya sebab panas. Masukkan pewarna dan uli lagi. Jika aduanan doh kering, tambahkan air dan gaul rata.

2.Bentukkan doh tadi bulat kecik ya! Nak mudah, gentel doh panjang kemudian potong pakai pisau dan gentel lagi bulat-bulat. Bedakkan pearl tersebut dengan tepun ubi juga supaya tidak melekat.

3.Masukkan 4 cawan air + gula perang dalam periuk/pan. Biar mendidih api sederhana.

4.Masukkan hasil doh yang bulat kecik tu ke dalam air gula yang mendidih tadi. Kecil sahaja api. Masak dalam 30–40 minit atau sampai likat air gula tersebut. Perlu masak lama supaya pearl tersebut tak liat.

5.Siap! Boleh simpan bubble pearl tersebut besama air gula didalam peti sejuk. Boleh guna untuk pelbagai air minuman kegemaran anda semua seperti teh ais, susu, soya. Fuh! nikmat!

Exit mobile version