branula size
Advertisement

Jom kita bercerita serba sedikit tentang Branula, tak lah terlalu detail, jika ada idea bolehlah tambah atau perbetulkan.

Bagi siapa-siapa yang kerja dihospital, anda tahu la apa branula ni.

Branula atau nama lainnya dikenali sebagai Cannula. Tapi biasanya medical staff ni selalu sebut ” Set line/ Insert line/ insert branula. Kalau orang awam biasa banyak sebut ” Cucuk masukkan jarum “

Branula ni macam korang tengok gambar dekat atas tu, semakin kecik nombor saiz branula tersebut, semakin besarlah saiz jarumnya.

Pic satu dari kiri:-

1.) Branula Merah = 14 Gauge
2.) Branula Kelabu = 16 Gauge
3.) Branula Hijau = 18 Gauge
4.) Branula Pink = 20 Gauge
5.) Branula Biru = 22 Gauge
6.) Branula Kuning = 24 Gauge

Semakin kecik saiz branula, semakin besar jarumnya. Yang saiz kecik tu masa nak masukkan branula memang tak sakit. Tapi bila masukkan ubat akan rasa sakit yang amat sebab pressure-nya kuat. Yang saiz besar pulak sebaliknya. Masa masuk rasa sakit. Tapi masa masuk ubat tak akan rasa sakit..

huhu faham tak? Yang faham, faham.. kalau ko tak faham, ko baca balik semula. Keh3 😝

Huhuhu sesapa yang pernah kena insert bolehlaa bagitahu korang pernah kena kaler yang mana? Aku pernah masuk admit ward tahun 2015, Aku diinsert kaler pink. Mujur bukan kena saiz hijau, kelabu apatah lagi merah. 😝 keh3 selamattt.. takut jugak kalau dapat kaler hijau, kelabu atau merah.

Apakah itu Branula?

Branula atau juga dikenali sebagai cannula ialah jarum yang biasa doktor/Medical Assistant/ Jururawat yang EXPERT dan Berkemahiran akan cucuk jarum tersebut kedalam urat salur darah untuk memudahkan masukkan ubat kepada pesakit setelah selesai di set kan.
Kalau di hospital korang akan tengok memang ramai pesakit-pesakit ada mende alah ni dekat tangan mereka masing-masing. Haaaa..ni lah dia jarum yang biasa selalu masuk dekat tangan/lengan anda itu.
Kebanyakan apabila pesakit yang akan dimasukkan wad, sememangnya mesti akan dipakaikan branula ini untuk kes-kes yang tertentu.

HOT  Tips Bersenam di Rumah: Ke Arah Kehidupan Sihat dan Aktif

Teknik Posisi yang betul memasukkan jarum branuIa ialah ianya akan dicucuk secara 30 darjah, ianya juga adalah untuk mengelakkan kebocoran pada URAT VENA kita..

Branula ni sebenarnya adalah tiub plastik tapi orang memang suka panggil ” jarum “. Sebab masa nak masukkan tiub plastik tu memang gunakan jarum. Lepas tiub branula dah masuk dan ada backflow of blood, maka jarum tersebut akan ditarik keluar.

Kenapa nak kena insert?

Sememangnya kemasukan Branula di tangan pesakit adalah bertujuan untuk memudahkan didalam pemberian ubat-ubatan IV antibiotik, Cecair IV Drip, tranfusi darah, pemberian ubat-ubatan cecair, dan juga sedutan darah menggunakan syringe untuk prosedur mengambil darah terutamanya bagi bayi dan juga kanak-kanak mengikut keadaan dan kesesuaian.

Akhir kata, sebab tak mahu tulis panjang-panjang.. heh

Sememangnya Pemberian ubat-ubatan melalui INTRAVENA adalah lebih cepat berkesan kepada diri kita kerana ubat tersebut akan dimasukkan terus masuk kedalam salur darah, ianya tidak seperti memakan ubat-ubatan pil yang kebiasaannya mengambil masa yang lama untuk menunjukkan keberkesanan ubat itu kepada diri kita.

Sekiann..