bina-rumah-atas-tanah-sendiri

Bina rumah atas tanah sendiri adalah impian setiap keluarga kerana dengan membina rumah sendiri, kita dapat menentukan konsep rumah banglo yang kita mahukan. Tambahan pula harga rumah di Malaysia naik secara tidak munahsabah dimana untuk memiliki rumah teres setingkat juga boleh cecah hingga RM300K dan rumah teres dua tinggkat diantara RM700K hingga RM1.5 Juta.

Apabila harga rumah melambung, ramai yang merasai lagi berbaloi membeli tanah sendiri dan bina rumah di atas tanah tersebut. Bina rumah tanah sendiri merupakan impian setiap semua orang.

Jika diikutkan dari segi kos, jika anda bina sendiri memang banyak jimat berbanding anda beli rumah banglo yang telah siap dibina oleh pemaju. Tetapi jika anda hendak bina rumah atas tanah sendiri, anda perlu tahu beberapa perkara supaya rumah idaman anda itu dapat siap sepenuhnya dan berkualiti.

Jika anda hendak bina rumah atas tanah sendiri, anda boleh semak perkara-perkara berikut. Ini untuk mengelakkan anda ditipu atau kos yang dibina munasabah.

1. Geran Tanah

Jika anda ingin membuat rumah sendiri, geran amatlah diperlukan untuk mengenalpasti pemilikannya. Pastikan geran tanah tersebut tertera nama anda sebagai pemiliknya atau nama pasangan anda. Jika anda sudah berkahwin.

Selain daripada itu, anda perlu semak kategori/kegunaan tanah contohnya, pertanian/bangunan kediaman/bangunan komersial. Keluasan tanah dan pelan tanah juga perlu diambilkira dalam menentukan keluasan dan rekabentuk kediaman anda.

Jika kategorinya adalah pertanian, terserah kepada anda untuk menukar syarat atau tidak, kerana apa jua perubahan yang anda lakukan pasti akan melibatkan kos dan pelbagai syarat yang perlu di penuhi.

Tidak semua tapak-tapak tanah lot yang diberi memenuhi syarat untuk kita ubah kategori pemilikannya. Jika perlu anda menukar status kepada bangunan kediaman. Dalam hal ini, anda boleh buat sendiri atau guna khidmat perunding tanah ataupun peguam.

Keluasan tanah dan pelan tanah juga perlu diambilkira dalam menentukan keluasan dan rekabentuk kediaman anda.

2. Keadaan Tapak Rumah Yang Hendak Dibina

Perkara ini juga perlu diambil kira, sebab ianya akan juga melibatkan kos tambahan jika kawasan tersebut tiada laluan masuk yang sempurna. Jika anda membeli tanah yang telah tersedia dengan kemudahan infra seperti jalan, longkang, perbentungan, punca elektrik, punca air dan lain-lain lagi. Ianya pasti dapat mengurangkan kos anda untuk membina infra tersebut.

HOT  Mudah.my - Cara Mendaftar Akaun Pro Niaga Untuk Bisnes

Walaubagaimana pun jika anda tidak pasti, anda boleh rujuk kontraktor yang anda lantik untuk mengira kos tersebut.

3. Bajet dan Kos Bina Rumah Atas Tanah Sendiri

Bahagian ini adalah yang paling penting sekali jika anda ingin bina rumah atas tanah sendiri. Anda perlu tentukan bajet yang anda hendak sediakan. Ini adalah perlu tentukan dari awal supaya bajet anda tidak terlebih dan boleh mengakibatkan rumah anda tidak dapat siap.

Katakan anda ada duit RM500K untuk bina rumah banglo impian anda. Saya cadangkan anda hanya letakkan 80% sahaja untuk bina rumah banglo anda iaitu sebanyak RM400K. Lagi RM100K adalah budget tambahan jika tiba-tiba ada perubahan semasa pembinaan atau ada tambahan yang tiba-tiba anda perlukan.

Anda juga boleh dapatkan pembiayaan melalui bank atau Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam ( LPPSA ) jika anda adalah penjawat awam.

Untuk anda membuat perbincangan dengan Kontraktor Rumah, saya cadangkan anda beritahu dulu rekaan yang anda mahukan contohnya: –

  1. Kawasan Tapak Rumah
  2. Saiz Keluasan Rumah
  3. Rumah Setingkat atau Dua Tingkat
  4. Jumlah Bilik dan Bilik Air

Jadi kontraktor boleh beri anggaran harga kos untuk bina rumah tersebut. Jika kurang, anda boleh tambah spesifikasi seperti ruang solat, stor atau apa yang anda fikir perlu. Jika melebihi budget anda, anda boleh kurang kan spesifikasi. Seboleh-bolehnya anda berbincang dengan Kontraktor Rumah anda.

4. Lantik Kontraktor Bina Rumah

Ini juga bahagian yang paling kritikal, jika anda tersilap lantik kontraktor anda akan mengalami kerugian yang sangat besar sehingga boleh mencapai ratusan ribu ringgit. Saya tahu ramai yang ingin membina rumah banglo sendiri tetapi dengan harga yang amat murah dan ramai yang kene tipu.

HOT  Mohon UPU Online Dari Rumah Dengan Mudah

Tahukah anda, ramai yang melantik kontraktor yang tidak berdaftar dan terutamanya kontraktor warga asing mengalami kerugian yang tinggi? Lebih 70% yang melantik kontraktor warga asing ini ditipu dimana wang pendahuluan yang diberi untuk membeli barang terus lesap. Memang pakej yang diberikan oleh mereka amat menarik dengan harga yang tidak masuk akal. Tapi potensi anda untuk ditipu adalah amat tinggi.

Jika ada yang siap, kualiti kerja mereka tidak seperti yang dijanjikan sebab mereka tidak kisah kerana mereka tiada syarikat yang berdaftar.

Tips untuk anda melantik kontraktor adalah pastikan Syarikat mereka berdaftar dengan SSM dan CIDB. Anda juga perlu minta kerja-kerja yang mereka telah buat terdahulu atau juga boleh melawat tapak-tapak projek yang sedang mereka bina.

Jika anda belum ada kontraktor pilihan. Saya cadangkan anda hubungi juga kontraktor rumah ini dari BTN Homes ini di talian 013 – 400 6996 (Rosman).

Manakala jika anda sudah ada kontraktor, saya cadang anda hubungi juga untuk tambah option dan perbandingan diantara kontraktor yang anda sudah hubungi dengan BTN Homes. Saya memang rekemen hasil kerja BTN Homes.

5. Pelan Rumah

Untuk pelan rumah, anda tidak perlu lukis cantik-cantik. Anda cuma perlu lakarkan sahaja dan susunatur yang anda rasa anda suka. Boleh juga boleh search di Google untuk dapat gambaran. Kemudian anda beri sahaja kepada kontraktor anda untuk mereka lukis pelan yang sempurna. Anda juga boleh minta khidmat nasihat dari kontraktor anda.

Kontraktor juga akan siapkan pelan rumah anda yang sempurna untuk dihantar ke pihak Majlis Perbandaran kawasan anda untuk kelulusan. Ini penting jika anda bina rumah dengan ada pelan rumah. Sebab anda boleh dapatkan kelulusan dari Majlis Perbandaran, anda boleh insurankan rumah anda dan juga jika anda ingin menjual rumah anda, ianya sangat mudah berbanding rumah yang tiada pelan rumah.

Jika anda bina dengan kontraktor warga asing, saya pasti anda tidak dapat pelan rumah yang sempurna dan rekaan rumah tidak mengikuti spesifikasi majlis perbandaran kawasan anda.

HOT  Cara Semak ASB Dengan MyASNB Online

Antara cadangan saya untuk anda masukkan dalam pelan rumah anda adalah pastikan rumah anda mengadap kiblat dan juga sediakan ruang solat khas di dalam rumah.

6. Spesifikasi

Untuk bina rumah atas tanah sendiri, tidak ramai orang ambil tahu tentang perkara ini. Saya amat tekankan anda perlu tahu mengenai spesifikasi rumah anda. Sebab apa? sebab ini adalah penentu bezanya kos bina rumah anda. Banyak kita dapat offer bina rumah dengan harga yang sangat murah tetapi sebenarnya mereka bina rumah kita dengan bahan yang tidak berkualiti. Ada itu dinding rumah disumbat dengan kertas suratkhabar sahaja. Perkara ini anda perlu berhati-hati.

Apa itu spesifikasi? Spesifikasi adalah bahan-bahan yang akan digunakan dalam membina rumah. Contohnya penggunaan batu-bata samada bata simen atau bata merah untuk dinding rumah. Rangka pintu dan tingkap samada kayu atau besi aluminum, kemasan lantai samada simen konkrit atau jubin seramik dan lain-lain.

Kadang-kadang arkitek/pelukis pelan memasukkan spesifikasi didalam pelan lakaran mereka tanpa disedari oleh pelanggan. Oleh itu, ramai di antara pelanggan merungut pasal spesifikasi yang mungkin ‘tak padan’ dengan bajet mereka. Anda juga boleh berbincang dengan kontraktor untuk ubah spesifikasi mengikut bajet anda.

Akibatnya, wujud konflik antara kontraktor dan pelanggan. Kontraktor menganggap kerja mereka betul manakala pelanggan tak berpuas hati dengan apa yang disediakan oleh kontraktor.


Jika anda ingin membina rumah di kawasan Selangor, Negeri Sembilan dan Melaka. Saya amat rekemen anda menggunakan khidmat kontraktor rumah dari BTN Homes. Mereka sangat profesional dimana pemilik syarikat ini juga dari latar belakang Civil Engineer yang telah bekerja dengan Syarikat Korporat dan juga Consultant Firms. Mereka amat pakar dan beretika. Setakat ini, mereka telah deliver kerja mereka 100% rumah tanpa ada projek yang terbengkalai.

Anda boleh hubungi mereka melalui whatsapp atau layari website mereka.