Advertisement

Kaya dengan pemandangan yang hijau, Cameron Highlands merupakan destinasi pelancongan yang sering menjadi pilihan. Dengan suhu yang dingin, menjanjikan percutian yang relax dan tenang.

Jika anda inginkan short getaway dari hiruk pikuk di bandar, Cameron Highlands adalah jawapannya. Ia terletak di kawasan yang strategik, sekaligus menjadikan ia sebagai antara percutian highland yang terkenal di Malaysia.

Walaupun ia merupakan sebahagian dari negeri Pahang, tanah tinggi ini boleh dimasuki melalui Perak. Selain itu, pengunjung dari Kelantan boleh memasuki Cameron Highlands melalui Gua Musang.

Untuk tahu lebih lanjut mengenai destinasi ini, teruskan membaca sehingga tamat.

Sejarah Ringkas Cameron Highlands

Untuk mengenali Cameron Highlands, mari kita singkap sedikit mengenai sejarahnya.

Kawasan ini dinamakan bersempena dengan seorang pengembara dan ahli geologi British, iaitu William Cameron. Sayangnya, peta beliau pada ketika itu telah hilang lalu menyebabkan Cameron Highland kekal tersimpan tanpa diterokai.

40 tahun kemudian, kawasan ini berjaya diterokai oleh Sir George Maxwell. Beliau merupakan seorang pentadbir kolonial pada masa itu. Sejak itu, Cameron Highland terus membangun sebagai destinasi percutian.

Nikmati Secawan Teh di Ladang

cameron highlands

Dengan suhu yang rendah sekitar 15 – 25 °C, kawasan tanah tinggi ini sememangnya ideal sebagai tempat tanaman pelbagai sayuran dan buah-buahan. Tanah yang subur di lereng bukit, sesuai dijadikan sebagai ladang teh.

Jika anda berkunjung ke Cameron Highlands, tidak lengkap tanpa menikmati secawan teh sambil menikmati pemandangan di ladang. Terdapat beberapa ladang teh yang boleh dikunjungi oleh pelancong. Antaranya ialah:

  • Boh Tea Plantation
  • Boh Tea Estate
  • Bharat Tea Plantation

Selain itu, terdapat juga ladang dan kebun tanaman lain yang boleh anda kunjungi. Antaranya seperti:

  • Kebun bunga
  • Ladang strawberi
  • Ladang anggur
  • Ladang lebah
  • Kea Farm
HOT  Malaysia Influencer: TikTok's Reigning Star

Anda juga boleh membeli dan membawa pulang hasil tanaman segar ini.

Pengembaraan Buat Pencinta Alam Semulajadi

cameron highlands

Jika anda mencari aktiviti luar yang dekat dengan alam semulajadi, di sini ada jawapannya.

Terdapat banyak laluan mendaki yang melalui hutan yang subur. Anda boleh pilih laluan yang memenuhi kehendak anda. Laluan yang popular adalah melalui Mossy Forest. Ia sering menjadi pilihan pendaki kerana pemandangan yang memukau.

Selain dari itu, dapatkan nasihat dan maklumat dari orang tempatan. Kadangkala, cuaca yang tidak mengizinkan boleh mengundang bahaya.

Untuk mengelakkan dari perkara yang tidak diingini, maklumkan pada staff hotel atau hos penginapan anda mengenai rancangan pendakian anda.

Tarikan Pelancong

Bagi pencinta sejarah dan budaya, jangan risau. Ada tarikan buat anda.

  • Muzium dan kuil

Terdapat beberapa muzium yang anda boleh lawati di tanah tinggi ini. Yang paling menarik, muzium Time Tunnel membawa anda mengimbau kembali kenangan zaman kanak-kanak. Dengan pameran barangan lama, ia juga menyingkap kembali sejarah Cameron Highlands.

Selain itu, terdapat juga muzium dan kuil yang melambangkan campuran budaya dan sejarah. Mungkin anda boleh memasukkan tempat menarik ini dalam itinerari anda.

  • Pasar malam
cameron highlands

Tidak sah percutian anda di Cameron Highlands kalau tak singgah di pasar malam. Pelbagai jenis makanan, pakaian dan cenderahati boleh didapati di sini. Ia dibuka setiap hari pada musim percutian, bermula dari petang sehingga ke tengah malam.

Tips bercuti di Cameron Highlands

Bagi membantu anda merancang percutian di tanah tinggi ini, berikut merupakan beberapa tips sebagai panduan:

  1. Cameron Highlands sangat sejuk, terutama pada waktu malam. Oleh itu, bawa bersama jaket atau baju sejuk sebagai persediaan.
  2. Jika anda memandu, pastikan minyak kereta mencukupi. Ini kerana kesesakan jalan sering berlaku semasa musim cuti.
  3. Elakkan memilih tarikh semasa cuti sekolah atau cuti umum. Harga hotel dan makanan lebih mahal pada waktu ini.
  4. Rancang perjalanan anda berpandukan bajet. Periksa tempat yang anda ingin lawati samada berbayar atau percuma.
HOT  Sakit Kepala Sebelah Kanan - Kenal Pasti dan Cara Mengatasinya

Semoga dengan perkongsian ini, dapat membantu anda merancang percutian bersama keluarga. Selamat bercuti!

Follow kami untuk berita-berita terkini dan trending