baja sawit

Baja sawit adalah penting bagi memastikan pokok kelapa sawit anda mendapat nutrien yang secukupnya. Terdapat pelbagai jenis baja untuk sawit seperti baja organik, kimia dan mineral galian.

Buah pokok kelapa sawit menghasilkan minyak sawit yang merupakan minyak sayuran yang paling banyak digunakan di dunia. 

Oleh itu, bagi memenuhi permintaan minyak kelapa sawit yang tinggi, tanaman pokok kelapa sawit anda perlu subur dan sihat supaya anda mendapat hasil yang memuaskan.

Di dalam artikel ini, kami akan menerangkan kepada anda tentang tips persediaan sebelum membaja, keperluan baja sawit, serta keistimewaan baja PowerGro yang anda perlu tahu.

Teruskan membaca untuk mengetahui dengan lebih lanjut!

Pengenalan Kepada Pokok Sawit 

Elaeis Guineensis Jacq merupakan nama saintifik bagi pokok sawit. Penanaman pokok sawit Malaysia bermula pada tahun 1960-an. 

Hasil penanamannya yang dilakukan secara besar-besaran adalah sebagai langkah yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia untuk membasmi kemiskinan dan meningkatkan taraf hidup penduduk luar bandar pada masa itu. 

Pokok sawit ini mampu memberikan hasil yang berterusan selama 20 hingga 30 tahun. 

Jika anda baru berjinak dengan penanaman sawit, anda perlu tahu bahawa penanaman sawit mempunyai “cabaran” tersendiri seperti: 

  • Pengeluaran hasil sawit yang kurang memuaskan.
  • Musim melawas yang panjang.
  • Mempunyai “sakit” seperti daun bertukar warna menjadi coklat, rosak, dan biji buah yang kecil. 
  • Hasil tandan yang ringan.

Cabaran yang dinyatakan di atas boleh diatasi dengan penggunaan baja PowerGRO. Tetapi, anda perlu tahu tips sebelum membaja tanaman sawit. 

Teruskan membaca dengan lebih lanjut. 

Tips Persediaan Sebelum Membaja

Baja sawit

Bagi mereka yang baru sahaja memulakan bercucuk tanam seperti tanaman pokok kelapa sawit, anda perlu tahu masa yang sesuai untuk membaja supaya tanaman anda subur dan sihat. 

HOT  UFUTURE UiTM: Panduan Pendaftaran dan Log Masuk

Bagi pokok kelapa sawit, masa yang paling sesuai untuk membaja adalah apabila musim sedang sederhana lembap. 

Ini kerana baja memerlukan air untuk diurai sebelum diserap dalam akar pokok. Oleh itu, membaja ketika musim panas sangat tidak sesuai.

Musim hujan yang berterusan juga tidak sesuai kerana baja akan hilang disebabkan dilarikan oleh air yang mengalir di kawasan cerun atau larut resap dalam tanah kandungang pasir tinggi.

Sebelum menabur baja, anda juga perlu memastikan kawasan membaja dibersihkan dan bebas daripada rumpai. 

Ini kerana rumpai akan bersaing dengan pokok kelapa sawit untuk mendapatkan baja juga.

Keperluan Baja Sawit

Baja sawit

Jumlah baja sawit yang perlu diberi pada tanaman sawit juga perlu dikawal dan diukur terlebih dahulu bagi mengelakkan membaja terlalu banyak atau terlalu sikit.

Setiap peringkat kehidupan sawit memerlukan jumlah baja sawit yang berbeza. 

Menurut MPOB, jumlah baja sawit yang disyorkan adalah seperti yang berikut:

  • Peringkat Pra-matang (1-3 tahun) : 

Sebanyak 3.0-6.0 kg baja sawit per pokok per tahun. Kekerapan membaja – 3 kali setahun.

  • Peringkat Matang (4-18 tahun) :     

Sebanyak 9.0-12.0 kg baja sawit per pokok per tahun. Kekerapan membaja – 3 kali setahun.

  • Peringkat Matang Tua (19-22 tahun) : 

Sebanyak 3.0-6.0 kg baja sawit per pokok per tahun. Kekerapan membaja – 3 kali setahun.

  • Peringkat Tua (+ 24 tahun) :            

Baja sawit dihentikan 2 tahun sebelum penanaman semula.

Pokok kelapa sawit yang mendapat baja secukupnya akan cepat membesar dan berbuah dengan banyak. Oleh itu, anda akan mendapat hasil yang memuaskan. 

Keistimewaan Baja PowerGRO

Baja sawit

Baja PowerGRO adalah salah satu produk terbaik di pasaran Malaysia kerana keberkesanannya dalam membantu tumbesaran pokok supaya membesar dan sihat pada keadaan optimum.

HOT  Runner Delivery: A Swift and Efficient Solution for Quick Deliveries

Ia bebas dari campuran bahan kimia dan sisa haiwan. Produk ini juga tidak mempunyai bau seperti baja yang ada di pasaran.

Baja sawit

Kebaikan Baja PowerGRO Kepada Tanaman Sawit:

  • Akar baru akan banyak bercambah keluar. Ini membantu pokok sawit menjadi stabil. 
  • Biji buah sawit yang terhasil akan menjadi lebih besar, berat sihat. 
  • Bilangan tandan yang banyak dan ia mempunyai lebih banyak biji. 
  • Tandan sawit akan memberikan hasil secara berperingkat tanpa putus. 
  • Penghasilan buah sawit yang konsisten ketika musim melawas. 

Cara penyediaan baja PowerGRO untuk pokok sawit: 

  • Bancuh baja PowerGro dengan air tanpa klorin mengikut sukatan yang bersesuaian iaitu 100ml untuk 20 liter air. 
  • Kemudian, semburkan bancuhan baja ke tanah di sekitar pokok, batang, dan daun. 
  • Kekerapan pembajaan pula boleh dilakukan sebanyak seminggu atau 2 minggu sekali untuk 3 bulan yang pertama.

Pada bulan seterusnya, anda hanya perlu sembur baja ini sebulan sekali sahaja.

Selain daripada pokok sawit, baja PowerGro ini juga sesuai untuk tanaman jenis:

  • Pokok buah-buahan
  • Sesuai untuk pokok durian, rambutan, mangga, nangka dan pelbagai lagi!
  • Pokok bunga
  • Sesuai digunakan untuk pokok jenis hiasan atau bunga seperti bunga kertas dan sebagainya.
  • Pokok sayuran
  • Sesuai untuk tanaman jenis sayuran seperti cili, tomato, terung.
  • Tanaman padi
  • Sesuai untuk pengunaan tanaman padi yang dibantu formula microb didalam kandungan baja kami

Baja PowerGro juga boleh digunakan secara berlebihan pada tanaman kerana ia bersifat organik dan tiada istilah overdose

Kesimpulannya, terdapat banyak perkara yang anda perlu tahu tentang baja sawit jika anda ingin pokok kelapa anda subur dan sihat untuk mendapatkan hasil yang banyak.

Jika anda sedang mencari baja foliar yang bagus dan berkualiti tinggi, PowerGro merupakan pilihan yang terbaik untuk anda!

Baja sawit

Kami meningkatkan kesihatan tanah dengan membina bahan organik yang kaya dan meningkatkan aktiviti mikrob. Berikan tanaman anda setiap kelebihan yang mungkin semasa menanam!

HOT  Review Caliburn Pod dan NanoSTIX Pod di Malaysia

Kami juga menawarkan beberapa servis untuk pelanggan kami juga:

  • Khidmat penanaman Sacha Inchi

Projek ini adalah hasil kerjasama bersama ladang Universiti Kolej Agrosains Malaysia, UCAM.

Objektif projek ini adalah untuk menghasilkan SOP menyeluruh untuk tanaman Sacha Inchi, bermula daripada pembenihan hingga ke pengeluaran hasil.

  • Konsultasi Tanaman Durian

Dengan penglibatan secara langsung dalam bidang pertanian, menjadi tanggungjawab kami untuk berkongsi serba dalam mendapatkan kaedah yang terbaik dan sesuai untuk tanaman.

  • Menghasil dan Membekal Baja

Menggunakan formulasi organik dan teknologi mikrob, kami menggabungkan kedua-dua elemen tersebut dalam penghasilan produk.

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai baja PowerGRO, anda boleh klik pada pautan di bawah ini sekarang! 

Ingin Hasil Sawit Yang Banyak? Dapatkan Baja PowerGRO Sekarang!