baja orkid
Advertisement

Tanaman orkid amat popular dan digemari oleh kaum wanita untuk ditanam sebagai pokok hiasan yang mendamaikan mata memandang.

Bentuk bunganya yang unik dan warnanya yang terang membuatkannya ditanam secara komersial. 

Kini, ia ditanam secara hibrid yang dicipta bertujuan untuk komersial dan lebih cantik, sesuai sebagai pokok hiasan yang mewah. 

Asal usul nama orkid datang dari famili Orchidaceae iaitu famili yang mempunyai banyak perbezaan dari segi bentuk bunga dan pokok bagi menentukan jenis dan spesis.

Bagaimana hendak mengenali sama ada spesis orkid itu ialah orkid liar atau hibrid? 

Caranya begini:

Orkid liar amat mudah ditanam dan dijaga, dan senang berbunga, cuma bunganya tidak tahan lama. 

Manakala orkid kacukan atau hibrid, agak lambat berbunga, tetapi bunganya lebih tahan lama. 

baja orkid

Bunga orkid hibrid lebih besar dan warnanya lebih menyerlah. 

Permintaan untuk orkid jenis hibrid adalah lebih tinggi, terutama bagi tujuan komersial seperti sebagai hiasan majlis kahwin, hiasan pentas untuk majlis korporat.

Berbanding pokok bunga yang lain, penjagaan bunga orkid agak cerewet dan harganya lebih mahal. 

Oleh itu, anda perlu ada pengetahuan berkenaan pokok orkid dan penjagaan bunganya. 

Jenis-jenis Orkid

Umumnya, terdapat dua jenis orkid iaitu orkid simpodium dan monopodium.

Pertumbuhan orkid simpodium berakhir dengan pengeluaran bunga, dan boleh tumbuh sebagai epifit (menumpang) atau terrestrial (atas tanah). 

Genus–genus orkid dalam kategori simpodium ialah Oncidium, Cattleya, dan Denrobium.

baja orkid
Orkid Cattleya

Manakala,  orkid monopodium pula mempunyai cara pertumbuhan yang tidak berakhir dengan pengeluaran bunga. Batangnya lebih kecil dan dilitupi oleh daun–daun. 

Batang orkid monopodium tidak bercabang dan boleh mengeluarkan tunas–tunas baharu selepas di potong. 

Berbeza dengan orkid simpodium, batangnya seperti bebawang semu yang beruas atau pendek tiada beruas. 

HOT  Pemakanan Optimum untuk Ibu Bakal: 10 Makanan Terbaik untuk Diet Kehamilan yang Sihat

Bunga–bunga orkid simpodium akan terbit dari tunas-tunas baharu yang matang.

Genus-genus yang terdapat di dalam kumpulan monopodium ialah Venda, Arachnis, Renanthera, Aranda dan Mokara.

baja orkid
Orkid Renanthera

Tips Penanaman Orkid

Kaedah penyemaian orkid bergantung kepada jenis orkid tersebut. Antaranya melalui keratan batang, umbisi, offshoot, tangkai bunga dan juga melalui tisu kultur. 

Secara komersial, bunga orkid perlu dibiakkan menggunakan kaedah tisu kultur bagi mendapatkan lebih banyak anak pokok yang baharu. 

Persekitaran yang bersih juga penting bagi menjamin anak pokok hidup dan survive menjadi pokok bunga yang dewasa. 

Setelah berjaya melalui proses penyemaian anak pokok, peringkat yang seterusnya adalah proses penanaman.

Proses Penanaman Pokok Orkid

  1. Pastikan anak pokok orkid sudah mempunyai akar dan sekurang–kurangnya 2 helai daun. 
  2. Sebelum di tanam, pastikan akar dibersihkan secara teliti dan direndam dalam bekas berisi air. 
  3. Semai di dalam seedling tray yang berisi peat moss dan disiram secara berkala sehingga mencapai ketinggian 4 cm. 
  4. Anak pokok akan dipindahkan ke pasu kecil yang berukuran diameter dalam 3–4 cm, dan diberi perlindungan daripada cahaya matahari secara terus dengan meletakkan jaring hitam di atasnya. 
  5. Pemindahan akan sentiasa berlaku mengikut kadar pembesaran anak pokok tersebut. 
  6. Pokok orkid yang sederhana besar, memerlukan  arang atau batu bata berukuran 20 cm dan diisi separuh bahagian pasu, dan diletakkan pokok tersebut ke dalamnya. 
  7. Kadar penyiraman perlu dilakukan 2 kali sehari.

Anda Cari Baja Orkid Yang Bagus?

Sebenarnya, untuk mendapatkan bunga orkid yang cantik dan mekar, anda perlu menggunakan baja seperti PowerGRO.  

baja orkid

Ini kerana penggunaan baja ini memainkan peranan yang penting dalam memastikan kesihatan dan kesuburan pokok bunga orkid sentiasa terjaga. 

Baja ini menggunakan campuran mikro-organisma anerobik mikrob yang mempunyai kesan yang baik terhadap proses pembentukan produk pertanian.

HOT  Unveiling the Power of Malaysia Influencers: A Deep Dive into TikTok Influencer Marketing

Untuk merangsang pembungaan dan tumbesaran bunga orkid, anda perlu menggunakan baja foliar PowerGRO dengan sukatan 1 sudu untuk 1 gelen air. 

Kaedah penggunaannya pula sangat mudah, anda hanya perlu sembur pada batang dan daun sehingga basah. 

Selepas 2 minggu, perubahan pada pokok tersebut amat jelas kelihatan lebih segar dan bermaya. 

Selain itu, kebaikan baja PowerGro adalah :

  • Menggalakkan pertumbuhan tunas dan akar tumbuhan yang lebih sihat. 
  • Bunga kembang lebih lama dan lambat layu atau gugur. 
  • Daun pokok lebih hijau, sihat, dan segar. 
  • Kadar serapan baja yang tinggi untuk setiap pokok.
  • Gandaan hasil tanaman yang memuaskan.
  • Penggalakan tumbuhan tunas dan akar yang lebih sihat
  • Daya tahan penyakit pokok.
  • Pengeluaran bunga yang kerap, segar dan tahan lama.

Jimat wang, hasil berganda, pengguna gembira. Gunalah baja PowerGro untuk tanaman orkid anda sekarang! 

Klik Di Sini Untuk Dapatkan PowerGRO