baja bunga
Advertisement

Penanaman pokok bunga sama ada di luar atau di dalam rumah sudah menjadi suatu hobi bagi majoriti individu. 

Tidak kiralah siapa yang menanam pokok bunga tersebut, mereka perlu cakna akan langkah penjagaannya agar ia tidak layu. 

Salah satu langkah yang sering diabaikan oleh si penanam pokok bunga adalah untuk menggunakan baja yang bersesuai pada pokok tersebut. 

Hal ini terjadi kerana ada antara mereka yang beranggapan penggunaan baja pada pokok bunga adalah tidak penting atau suatu perkara yang remeh. 

Oleh itu, kami akan kongsikan beberapa perkara penting seperti jenis pokok bunga yang bersesuaian ditanam di rumah, langkah penjagaan dan juga baja terbaik untuknya. 

Teruskan membaca untuk mendapatkan maklumat dengan lebih lanjut. 

Jenis Pokok Bunga Yang Sesuai Ditanam Di Rumah 

Lazimnya, kita dapati pokok bunga seperti bunga kertas atau ros yang ditanam di kebanyakan rumah di Malaysia. 

Tapi, kami akan mengutarakan beberapa cadangan tanaman pokok bunga yang boleh menaikkan lagi seri rumah anda. Antara pokok bunga tersebut ialah: 

  1.  Pokok Hydrangea

Pokok Hydrangea atau lebih dikenali Bunga Kembang 3 Bulan sememangnya tumbuhan floral yang terbaik untuk rumah anda! 

Bentuk bunganya yang cantik dan warna yang lembut semestinya boleh naikkan lagi seri laman hijau di rumah anda. 

Buat pengetahuan anda, bunga ini mempunyai 2 jenis iaitu Bigleaf Hydrangea dan juga Smooth Hydrangea.

Bagi Bigleaf Hydrangea, ia mempunyai ciri-ciri seperti bunga yang kelihatan sedikit tajam dan daun yang runcing. 

Menariknya jenis pokok Hydrangea ini selalunya tumbuh di kawasan yang sejuk dan terlindung daripada cahaya matahari. 

Manakala, jenis pokok bunga Hydrangea yang kedua pula mempunyai saiz bunga yang lebih kecil. 

HOT  Memilih Produk Kecantikan Kulit Yang Tepat untuk Kulit Kering

Berlainan dengan jenis yang disebut di atas, Smooth Hydrangea ini boleh tumbuh di kawasan yang terbuka dan menerima cahaya matahari secara langsung. 

Meskipun begitu, anda perlu menyiram pokok bunga ini sekurang-kurangnya 2 kali sehari bagi memastikan bunganya tumbuh mekar, cantik dan hidup untuk jangka masa yang lama. 

  1. Bunga Siantan

Bunga Siatan ialah sejenis tanaman bunga yang renek dan boleh dijadikan sebagai pokok hiasan di halaman rumah. 

Kebiasaannya, bunga ini akan mekar secara serumpun daripada pangkal ranting yang sama. Antara warna bunga yang biasa kita lihat ialah merah, putih, kuning, dan sebagainya. 

Salah satu teknik penjagaan bunga siantan ini adalah ia perlu dicantas dengan menggunakan gunting. 

Jika anda mengabaikan langkah ini, cabang yang terdahulu akan tumbuh dengan lebih padat dan menyebabkan masalah kurang pengudaraan.

Selain itu, ia juga boleh menyebabkan pokok bunga ini terkena serangan Koya iaitu sejenis serangga yang menghisap cairan sap daripada tumbuhan. 

  1.  Peace Lily 

Bunga Peace Lily ialah sejenis tanaman yang ada daun hijau dan dijadikan sebagai bunga hiasan di dalam rumah. 

Hal ini kerana kombinasi warna bunganya yang putih dan daun berwarna hijau dapat menghiasi sudut ruangan rumah. 

Buat mereka yang meminati bunga ini, anda perlu memastikan pokok bunga ini menerima cahaya matahari secara konsisten agar ia tumbuh dengan sihat dan cantik. 

Baja Terbaik Untuk Bunga Anda Di Rumah 

Sebagai orang yang menanam pokok bunga di rumah, sudah pasti inginkan hasil bunga yang cantik dan mekar. 

Seperti yang dinyatakan pada bahagian pengenalan, ramai orang mengabaikan penggunaan baja pada pokok bunga atas faktor ia remeh dan tidak penting. 

Sebenarnya, penggunaan baja organik seperti baja PowerGRO dapat meningkat kesuburan dan kesihatan tanaman pokok bunga. 

Baja organik ini merujuk kepada ciri-cirinya yang bagus seperti bebas bahan kimia yang boleh membahayakan tanaman dan juga tinja haiwan. 

HOT  Memahami Strok: Punca, Gejala dan Pencegahan

Penghasilan baja PowerGRO ini bukan calang-calang. Ia dihasilkan melalui penyelidikan teknologi dari Jepun dan Malaysia agar ia boleh membantu ramai individu seperti peladang, petani, mahupun orang yang meminati pokok bunga, dapat hasil tanaman yang lumayan. 

Bagi mendapatkan hasil tanaman bunga yang lumayan, anda perlu menggunakan baja organik PowerGRO ini sekurang-kurangnya 2 kali dalam sebulan. 

Anda hanya perlu bancuh 1 sehingga 3ML baja ini dengan 1 liter air bebas daripada kandungan klorin sebelum menyemburnya pada batang dan daun pokok bunga pilihan anda. 

Selain itu, kami turut akan sertakan kebaikan menggunakan baja PowerGRO di bawah ini. Antaranya adalah: 

  1. Dapat membaiki komposisi biologi tanah.
  2. Menggalakkan pertumbuhan tunas dan akar tumbuhan yang lebih sihat. 
  3. Menghasilkan putik bunga yang lebih banyak.
  4. Bunga kembang lebih lama dan lambat layu atau gugur. 
  5. Daun pokok lebih hijau, sihat, dan segar. 
  6. Kadar serapan pokok terhadap baja semakin baik. 
  7. Meningkatkan hasil tanaman yang lebih banyak.
  8. Meningkatkan daya tahan tumbuhan dari terkena penyakit. 

Selain itu, anda tidak boleh menggunakan baja organik ini secara serentak bersama campuran racun serangga. Ini boleh mengganggu atau merosakkan tanaman pokok bunga anda. 

Jadi, tunggu apa lagi? 

Dapatkan baja organik PowerGRO ini sekarang dan saksikan hasil tanaman pokok bunga yang cantik, mekar dan lumayan di rumah anda! 

Dapatkan Baja PowerGRO Sekarang!